Pages

Friday, January 06, 2017

Selangor Bebas Plastik 2017


30/12/2016 - Selangor, Bayaran 20 sen akan dikenakan terhadap penggunaan beg plastik bermula 1 Januari 2017 selaras dengan kempen ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ di negeri ini. Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, pada masa sama, kerajaan negeri turut mengharamkan penggunaan beg plastik.

Sebelum ini, ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ hanya terhad pada Sabtu bagaimanapun ia akan diperluaskan kepada tujuh hari. Kerajaan negeri juga meletak sasaran Selangor bebas polistirena sepanjang 2017, katanya selepas melancarkan Kempen Selangor Bebas Plastik di Ruang Legar SUK, di sini semalam.

Beliau yang juga Adun Bukit Lanjan berkata, bermula 1 Januari tahun hadapan juga, peniaga di negeri ini tidak akan lagi membekalkan bekas makanan polistirena termasuk pemberian beg plastik secara percuma kepada pelanggan. Undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan hal ini telah dikaji bagi menyokong dasar ini, jadi peniaga harus bersetuju untuk mengamalkan bebas plastik dan polistirena apabila memperbaharui lesen perniagaan.

Pada masa sama juga, peniaga akan dibekalkan dengan bahan visual bagi membangkitkan kesedaran orang awam terhadap kempen #BebasPlastik, katanya.

Dalam pada itu, katanya, berdasarkan kaji selidik yang dibuat kerajaan negeri mendapati 71 peratus rakyat negeri ini merasakan kempen Bebas Beg Plastik pada Sabtu sahaja tidak memadai.

Kerajaan negeri turut melancarkan laman sesawang pendidikan www.bebasplastik.my, melaluinya orang ramai boleh berikrar menyokong bebas plastik dan menggalakkan peniaga, peruncit dan pembekal untuk mendaftar, katanya.













kredit surce





















No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..