Pages

Friday, January 13, 2017

Senarai jutawan Jun-Disember 2016





Senarai jutawan Jun-Disember 2016

Pemenang RM1 juta bulan Jun
- Chai Nam Kiong dari Kuala Lumpur

Pemenang RM1 juta bulan Julai
- Cristina Gerardine A/P Oej Samuel dari Selangor

Pemenang RM1 juta bulan Ogos
- Muhamad Farid Roslan dari Selangor

Pemenang RM1 juta bulan September
- Rosli Mohidin dari Johor

Pemenang RM1 juta bulan Oktober
- Loo Ah Kow daripada Johor

Pemenang RM1 juta bulan November
- Basariah binti Saad daripada Perak

Pemenang RM1 juta bulan Disember
- Vernon Vincent Sta Maria dari Kuala Lumpur





SSP BSN 2017: 12 Juta Ringgit, 12 Jutawan, 12 Bulan



BATU PAHAT: Bank Simpanan Nasional (BSN) membuka tirai tahun baharu 2017 dengan menawarkan peluang lebih luas kepada orang ramai untuk bergelar jutawan selepas mengumumkan kempen baharu iaitu 12 Juta Ringgit, 12 Jutawan, 12 Bulan. 

Menurut Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Frederick Siew, sepanjang tahun 2016 menyaksikan pencapaian terbaik syarikat itu apabila unjuran simpanan BSN SSP memperlihatkan peningkatan di luar jangkaan selepas berjaya mencapai jumlah RM350 juta, lebih daripada sasaran.

"Masyarakat sudah mula sedar tentang manfaat produk perbankan ini yang menawarkan ganjaran lumayan selain menggalakkan orang ramai untuk menyimpan dan secara tidak langsung memperoleh kadar keuntungan melalui simpanan mereka.

"Perkara ini terbukti apabila kami berjaya memperoleh sebanyak RM350 juta bagi tahun 2016 dan menjangkakan jumlah itu akan meningkat kepada RM500 juta pada tahun akan datang," katanya.

Frederick berkata, penyimpan yang mempunyai SSP dengan jumlah keseluruhan atau baki simpanan minimum RM3,000 dan ke atas, layak menyertai dan tersenarai dalam Cabutan Istimewa tahun depan.

“Penyimpan yang mempunyai SSP dalam satu sijil tunggal dengan jumlah minimum RM3,000 dan ke atas sudah layak mendapat “Peluang Berganda” dalam Cabutan Istimewa.

"Ini bermakna nombor atau unit SSP pelanggan sedia ada, mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menang dalam Cabutan Istimewa," katanya.

Sementara itu, pada majlis Cabutan SSP Bulan November yang berlangsung di Square One Mall di sini, pada Sabtu, turut menyaksikan Basariah Saad, 64 tahun, diumumkan sebagai pemenang hadiah Cabutan Istimewa yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000,000.

Seorang lagi penyimpan bertuah, Ong Wei Wei dari Selangor yang berjaya memandu pulang sebuah kereta BMW 320i apabila beliau memenangi hadiah bagi Cabutan Bulanan.

Selain Cabutan Istimewa dan Cabutan Bulanan, BSN juga telah memperkenalkan Cabutan Remaja, khusus untuk remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Khas dan Kategori Biasa.

Turut berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 bagi kategori Khas adalah Nur Shamin Azmi dari Putrajaya. 

Menerusi kempen itu juga BSN mengumumkan jutawan terakhir bagi tahun ini iaitu Vernon Vincent Sta Maria dari Kuala Lumpur.

Sementara itu, cabutan bulanan pula dimenangi oleh Fatimah Musa dari Terengganu yang bakal memandu pulang sebuah kereta Mercedes GLC. 

Manakala bagi cabutan remaja kategori khas dimenangi oleh Fabian Tang Hsiem Lee dari Melaka yang membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi, Ronnie Hussein yang mempersembahkan beberapa buah lagu termasuk Dikoyak Waktu.








No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..