Pages

Thursday, February 16, 2017

Lemang periuk kera dapat sambutan




Namun, bagi sepasang suami isteri, mereka memilih pokok herba atau nama saintifiknya, nepenthes sepp itu untuk dijadikan lemang periuk kera.

Kamarul Zulkipli, 34, bersama isterinya, Nor Sidawati Sulaiman, 34, meskipun lemang periuk kera masih baharu, tetapi sambutan amat menggalakkan di negeri ini walaupun sudah ada lemang buluh yang begitu sinonim dengan negeri beradat ini.

Memulakan perniagaan itu tiga tahun lalu selepas merasai keenakan lemang periuk kera di sebuah rumah rakannya di Melaka, dia berkata, sememangnya percubaan pertama berjaya kerana melihat kelongsongnya tidak hancur dan kukuh menyokong pulut dan santan yang dimasak.

Rentetan daripada itu, Kamarul dan isteri, nekad menjual lemang periuk kera yang dibeli di Labis Segamat dan Rompin Pahang.

“Saya perlu beli kelongsong periuk kera ini di dua tempat iaitu Labis dan Rompin sebanyak 2,000. Saya lakukan ini kerana sukakan rasa lemang periuk kera. Walaupun jauh tapi berbaloi.

“Rasanya amat istimewa mungkin disebabkan aromanya yang tersendiri kerana lemaknya dan kelembutan pulut itu sendiri.

“Sesiapa perlu merasai sendiri barulah tahu keenakan lemang periuk kera,” katanya ditemui di rumahnya di Taman Bukit Intan, Senaling.

Menurutnya, pemprosesan penyediaan lemang periuk kera hanya mengambil masa 20 hingga 30 minit sahaja.

“Penyediaannya memang lebih mudah iaitu menggunakan teknik mengukus berbanding lemang biasa yang dibakar.

“Kita perlukan kelongsong periuk kera betina yang berbentuk seperti mangkuk dan perlu dibersihkan sebelum dimasukkan pulut dan santan.

“Periuk kera betina sesuai untuk membuat lemang kerana berbentuk mangkuk, kecil dan mudah diuruskan berbanding periuk kera jantan yang agak lonjong.

“Setelah dimasak, lemang ini mampu bertahan selama 10 hari hingga 12 hari,” katanya bila tiba perayaan Aidilfitri, dia tidak menang tangan menyiapkan tempahan.

Menurutnya, tempahan lemang itu tidak terhad pada musim perayaan sebaliknya sepanjang masa.

“Saya lakukan ini sebagai kerja sampingan sahaja dan jika ada tempahan, saya ambil,” katanya turut menerima tempahan lemang buluh.

Katanya, lemang periuk kera ini dijual dengan harga RM1.50 satu dan sesuai dimakan dengan rendang atau serunding.




















sumber:






No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..