Pages

Tuesday, February 14, 2017

Perdaya orang ramai RM21.6 juta, 34 dalang African Scam diberkas


Acryl Sani (kanan) bersama Pengarah CAD Singapura David Chew ketika sidang media berhubung kejayaan menumpaskan African Scam di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)


Kuala Lumpur: Polis menahan 34 anggota sindiket 'African Scam' yang memperdayakan ramai wanita membabitkan nilai kerugian RM21.6 juta dalam Operasi Tiong Global 1/17 pada 6 hingga 10 Februari lalu

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Acryl Sani berkata, suspek terdiri daripada 13 lelaki warga Afrika, wanita tempatan (13), wanita warga Singapura (tujuh) dan seorang wanita Indonesia berusia antara 22 hingga 67 tahun

"Operasi yang dijalankan dengan kerjasama Commercial Affairs Department (CAD) Singapura itu dijalankan di sekitar Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Melaka dan Sarawak

"Maklumat disalurkan polis Singapura mendapati sebanyak 43 kes didalangi sindiket berkenaan dengan menjadikan wanita Singapura sebagai mangsa membabitkan nilai kerugian RM21.6 juta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman, di sini, hari ini

Acryl berkata, polis turut merampas tujuh kereta pelbagai model, dua rantai emas, kad ATM (26), telefon bimbit (39), komputer riba (13) dan wang tunai berjumlah RM19,690

"Kami turut membekukan dua akaun bank milik suspek mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA)

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana menipu dan Akta Pencegahan Jenayah 1958 (POCA)," katanya










kredit






No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..