Pages

Saturday, July 22, 2017

Awas video luc@h watak animasi


Awas video lucah watak animasi

 Antara senarai video yang terdapat dalam laman video sosial yang pastinya membimbangkan ibu bapa hari ini



SHAH ALAM - Teknologi di hujung jari kini mendedahkan kanak-kanak kepada perkara tidak bermoral.

Ibu bapa pula dilihat lebih cenderung memberikan anak kecil mereka gajet dan akses internet dengan alasan mahu anak tenang dan tidak diganggu.

Terbaru, menerusi perkongsian pengguna Facebook bernama Cikgu Zahran mendakwa, ada pihak tidak bertanggungjawab menyunting watak animasi kegemaran kanak-kanak, Upin dan Ipin menjadi video lucah ringan.

Video tersebut dimuat naik ke dalam sebuah platform video sosial terkenal dan mendapat tontonan tinggi.

“Lepas raya hari tu, dah dua kali aku dapat kesan anak aku tengok benda pelik yang tak sepatutnya dilihat ketika usia kanak-kanak.

“Ada manusia tak guna di luar sana mengambil kesempatan. Aku tak pasti apa matlamat mereka sama ada mahu mendapatkan tontonan ribuan pengguna atau agenda merosakkan pemikiran kanak-kanak,” katanya.
Menjelaskan perkara tersebut, Cikgu Zahran berkata, laman video sosial tersebut bahaya apabila ruangan carian telah menjadi carian dan memutarkan video secara automatik.

“Kita sangka budak tengah tengok Upin dan Ipin, tetapi mereka dibawa ke saluran lain.

“Cuti raya aku kesan anak perempuan aku tengok video budak lelaki bersunat. Budak-budak yang naif bukan tahu apa-apa, dan aku dah beri amaran. Hari ini pula tengok kak Ros (watak dalam Upin dan Ipin) tengah bersalin,” katanya.

Cikgu Zahran turut mendakwa, wujud 'sa-luran jahat' dari negara jiran yang mahu mengaut keuntungan daripada watak animasi terkenal.

“Mungkin ini salah satu agenda jahat sebab Upin dan Ipin terkenal sampai ke sana.

“Jadi, ibu bapa perlu pantau perkara seumpama ini. Kanak-kanak tak salah sebab tak tahu apa-apa, cuma kita risau akibat terdedah dengan benda pelik, nanti mereka akan pergi ke fasa mencuba pula,” katanya.

Perkara itu mendapat respons pengguna Facebook lain, yang rata-rata bimbang kewujudan video berkenaan dan meminta ibu bapa memantau kartun yang ditonton anak masing-masing.


http://www.sinarharian.com.my/semasa...imasi-1.703265

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..