Pages

Thursday, August 03, 2017

Terry sasar bawa Villa ke EPL




Terry sasar bawa Villa ke EPL


LONDON: John Terry berikrar membantu Aston Villa menyambar semula tiket ke Liga Perdana Inggeris (EPL) tatkala Liga Kejuaraan bakal membuka tirainya minggu ini.
Selepas memenangi 15 gelaran sepanjang 22 tahun bersama Chelsea, Terry perlu mencari kelab baharu berikutan kontrak tidak disambung dan dia menolak pelawaan beberapa kelab EPL sebelum menandatangani perjanjian 60,000 pound (RM340,069) seminggu dengan Villa.
Kehadiran Terry dalam saingan liga kedua England itu akan menjadikan Villa sebagai kelab tumpuan musim ini ketika mereka terus bergelut untuk ke EPL sejak dua musim lalu.



Namun, bekas pertahanan England itu sedar dia bakal menempuh perjalanan yang sukar tatkala kali pertama beraksi luar daripada EPL sejak pinjaman singkat ke Nottingham Forest pada 2000.
Malah, pertahanan berusia 36 tahun itu percaya ia akan menjadi pencapaian terbesar kariernya jika dapat membantu Villa selepas mengambil kira prestasi hambar pasukan itu sejak beberapa musim kebelakangan.
"Ia akan menjadi istimewa. Untuk keluar daripada zon selesa adalah keputusan yang besar," kata Terry.
"Ia adalah liga yang paling sukar diramalkan dalam bola sepak dunia. Kami perlu memburu status juara untuk dinaikkan pangkat.
"Adakah ia memberi tekanan? Sudah tentu. Dengan sejarah kelab ini, ia berhak untuk kembali beraksi di EPL." - AFP






No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..