AMALAN KEKAYAAN
3 Rahsia Menjadi Kaya
Semoga menjadi ilmu yang dimanafaatkan kepada anda
sebagai rezeki dan bekalan di akhirat kelak
Kaya sebenarnya di HATI ini...
antara amalan kekayaan oleh Allah ini adalah
Setiap hari amalkan baca
1. Amalan Pertama (3x pagi & petang)
“Allahumakfini bi halalika ‘an haramika wa aghnini bi fadlika ‘aman siwak,
“Ya Allah! Cukupkanlah bagiku rizki yg halal dariMu, jauhkanlah aku dari rizki yg Engkau haramkan. Dan berikanlah aku kekayaan dengan anugerahMu bukan selainMu“ (HR. Tirmidzi)
Mengapa kita disuruh mencari rezeki yang halal ?
Supaya mendapat keberkahan dalam hidup kita. Sehingga apa yang kita makan, minum, pakai diberkahi Allah SWT. Kalau semuanya di berkahi maka kita akan mendapatkan kebahagiaan didunia dan diakhirat. Kerana tujuan hidup seorang muslim tidak hanya bahagia didunia tetapi juga bahagia diakhirat. Inilah yang membezakan kita dengan umat yang lain.
Contoh rezki yang diberkati adalah berapapun rezki yang kita terima banyak ataupun sedikit kita merasa puas dan boleh mensyukurinya. Maka dari sisi ini akan dilahirkan kebahagiaan hidup didunia dan di akhriat kelak.
REZEKI YANG HALAL, SUMBER KEBAHAGIAAN. Minta dengan Allah agar mendapat rezeki yang HALAL. Jangan menipu, makan rasuah, kurang timbangan, khilaf
2. AMALAN KEDUA ( selepas solat 5 waktu)
الّلهُمَّ إِنِّى أَعُوْذُبِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَ أَعُوْذُبِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَ أَعُوْذُبِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَ أَعُوْذُبِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرّجَالِ
ALLAHUMMA INNI A’UDZUBIKA MINAL HAMMI WAL HAZAN, WA A’UDZUBIKA MINAL ‘AJZI WAL KASALI, WA A’UDZUBIKA MINAL JUBNI WAL BUKHLI, WA A’UDZUBIKA MIN GHLABATID DAYNI WA QAHRIR RIJAAL
Ertinya : “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kesusahan dan kedukaan, aku berlindung kepada-Mu dari lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu dari takut (miskin) dan kikir, aku berlindung kepada-Mu dari banyaknya hutang dan paksaan orang-orang”
Disamping doa tersebut di atas, tambahkan bacaan ini setiap solat sunnah fajr/qabliyah subuh (2 rakaat sebelum sholat fardhu subuh) ;
SUBHANALLAH WA BIHAMDI, SUBHANALLAH AL-AZHIM, ASTAGFIRULLAH 100x
(Maha Suci Allah dengan segala puji-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung, aku memohon ampunan-Mu)
Kemudian tangan kanan memegang dada sebelah kiri (jantung), dengan membaca
YAA FATTAH YAA RAZZAQ 70x
(Yang Maha Pembuka, Yang Maha Pemberi Rezeki)
Itulah doa dan amalan untuk lunas hutang dan rejeki lancar deras mengalir. Akan lebih afdhol jika anda imbangi dengan sedekah semampunya.
3. surah at taubah - ayat 128 & 129 - 7x pagi & petang.
Bacaan Rumi : Laqad ja akum rasulun min anfusikum 'azizun 'aalaihi maa 'anittum harisun 'alaikum bil-mu' minina ra uufur rahim. Fain tawallau faqul hasbiyallahu la ilaha illa hu(wa) 'alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul- 'arsyi 'azim (128, 129 At-Taubah)
Terjemahannya : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."
RAHSIA & FADILATNYA SURAH AT-TAUBAH :-
1. Membaca Surah At Taubah akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman.
2. Barangsiapa membaca ayat 111 dari surah At Taubah, di kedai atau di tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
3. Barangsiapa yang setiap harinya membaca dua ayat yang akhir dari surah At Taubah iaitu ayat 128 & 129 sebanyak 7 kali ulang sesudah solat fardu, atau sekurang-kurangnya selepas solat Subuh dan Maghrib, maka :-
a. Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat
b. Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia
c. Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan
d. Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan
e. Terhindar dari sihir.
f. Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya
g. Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.
h. Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat melangsaikan hutang-hutangnya.
Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.” - Riwayat al-Baihaqi
4. Ayat 128 – 129 hendaklah dibaca sekali setiap selesai melakukan solat fardhu, insyaAllah orang yang mengamalkannya akan memperolehi syafaat Rasulullah s.a.w. di hari perhitungan kelak.
5. Mengamalkan ayat 128 – 129 sangat baik kesannya untuk menolak sebarang penyakit.
6. Laits bin Sa’ad r.a. meriwayatkan: Ada seorang yang patah paha dalam satu kemalangan, mendapat mimpi seseorang menyuruhnya meletakkan jarinya di atas paha yang patah itu sambil membaca ayat 129 seratus kali. Setelah orang tersebut terbangun, dia melakukan sebagaimana yang dianjurkan mimpinya. Tidak berapa lama kemudian, dia merasakan pahanya yang patah itu sudah sembuh.
7. Ayat 129 adalah doa bertawakal kepada Allah SWT supaya mencukupkan keperluan diri dan keluarga. Amalkannya ayat ini dengan membacanya tujuh kali selepas Solat Subuh dan tujuh kali selepas Solat Maghrib dengan yakin bahawa Allah SWT sahaja yang dapat memberi pertolongan. InsyaAllah, Allah SWT akan mencukupkan segala urusan dunia dan akhiratnya.
8. Ayat 129 ini adalah ayat pendinding.
9. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.
9. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.
10. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.
11. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.
amalan utk lembutkan hati...amalkan ini
banyakkan menangis
banyakkan rasa bersalah dalam diri sendiri (sesalan)
maafkan saya jika selalu jumpa orang
4.AMALAN KEEMPAT istifar 100x
Istighfar yang paling utama adalah mengucapkan
‘Astaghfirullahal’adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih’
(Aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, tiada tuhan selain Dia yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat pada-Mu).
Lalu nabi saw telah menjelaskan bahwa siapa yang membacanya,
"maka akan diampuni dosanya meski dosa itu berupa lari dari medan perang.”
(HR. Turmudzi, dengan sanad baik, dan disepakati oleh adz-Dzahabi).
"Subhanallah, Walhamdulillah Walaa ilaha illallah Wallahu akbar Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem."
(HR Muslim)
Salah Satu Doa Yang Sering Dibaca Nabi Muhammad Saw.
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ وَ عَلَى طَاعَتِكَ
YAA MUQALLIBAL QULUUB, TSABBIT QALBII 'ALAA DIINIKA WA ‘ALAA THOO'ATHIK.
YAA MUQALLIBAL QULUUB, TSABBIT QALBII 'ALAA DIINIKA WA ‘ALAA THOO'ATHIK.
Artinya : Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu dan di atas ketaatan kepada-Mu.
Semoga saya dan anda dapat manafaatkan ilmu ini
semoga kaya dan berjaya
dunia dan akhirat
SUMBER & KREDIT
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..