Pages

Thursday, September 21, 2017

Gambar-gambar 7 suspek : bakar pusat tahfiz



Gambar-gambar 7 suspek bakar pusat tahfiz


Gambar-gambar 7 suspek bakar pusat tahfiz|Inilah wajah -wajah yang dipercayai menjadi suspek utama dalam kes bakar pusat tahfiz baru baru ini.



Dalam sidang akhbar sebentar tadi, Amar Singh berkata, tujuh remaja berusia antara 11 hingga 19 tahun ditahan polis pada pukul enam petang semalam sehingga pukul 2.30 pagi tadi.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh hari ini mengesahkan kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat, di sini, kelmarin merupakan perbuatan khianat.
Kesemua mereka merupakan penduduk yang tinggal di sekitar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Amar Singh berkata, enam daripada suspek positif dadah. Kesemua suspek telah dibawa ke mahkamah hari ini dan akan direman sehingga 22 September ini.








Siasatan dibuat di bawah Seksyen 302 kerana membunuh dan Seksyen 435 sebab khianat guna api.
“Dengan tangkapan tersebut polis percaya telah berjaya menyelesaikan kes kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
“Punca perbuatan khianat ini adalah disebabkan perbuatan ejek mengejek antara suspek-suspek dan pelajar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah,” kata Amar Singh.
Menurut beliau dua dari suspek mempunyai rekod jenayah lampau iaitu merusuh dan mencuri kenderaan.
Amar Singh turut memberi amaran kepada orang awam agar tidak menularkan mesej yang tidak benar kerana boleh memberi kesan siasatan dan proses mahkamah. Tindakan boleh diambil dibawah Seksyen 203 Kanun Kesiksaan







No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..