Pages

Friday, October 13, 2017

Cara Mudah Halau Anai-Anai Yg Ekonomi






Nasib baik lah rumah aku dinding batu. Kalau dinding kayu sure berlubang dah rumah aku. Macam rumah mak kat kampung lah. Kena tukar papan dinding sebab rosak di makan anai-anai.

Anai-Anai Haiwan Perosak

Anai -anai merupakan serangga perosak yang berwarna putih. Anai-anai biasanya makan kayu yang sudah lapuk. Tapi anai-anai jugak dah advance sekarang makan kayu yang elok dan segala benda yang berasal dari kayu.
Hapus Anai-Anai
Anai-anai ni habitat asal dia ialah tanah yang dipanggil busut. Kat kampung aku dulu banyak busut anai-anai ni. Anai-anai jugak boleh menyerang rumah dan bersarang di:
  • Kerangka pintu | Kerangka tingkap | Parquet atau lantai kayu
  • Skirting kayu | Siling rumah | Kabinet kayu
  • Almari kayu | Stor kayu | Rak kayu

Cara Mengesan Kehadiran Anai-Anai

Laluan Anai-anai

Anai-anai ni haiwan perosak yang sangat terer seni binaan terowong. Betul aku tak tipu. Hehe!


Kalau semut main redah je lalu lalang kat dinding & lantai rumah. Tapi anai-anai dia buat terowong laluan yang khas. Cerdik ke tak tu?

Kesan Perubahan Warna / Tekstur Pada Bahan Kayu

Jika ada nampak perubahan warna pada lantai parquet, kerangka pintu, kerangka tingkap dan kabinet — itu menunjukkan kehadiran anai-anai. Rumah anda sudah diceroboh!!

Kehadiran Kelkatu

Tiba-tiba ada kelkatu dalam rumah!! Sedangkan rumah memang bertutup rapat. Mana datangnya kelkatu tu?
Kelkatu akan keluar dari sarangnya untuk bina koloni baru. Jika kelkatu ada dalam rumah yang bertutup bermakna dalam rumah anda sudah ada sarang anak-anai!

Rekahan atau Lubang

Sebarang rekahan pada tepi kerangka berkayu di rumah yang ada selut berpasir menandakan anai-anai bersarang di situ.



Cara Mudah Halau Anai-Anai

Petua halau anai-anai ni aku rasa boleh halau sahaja untuk sementara waktu. Cara ini tidak menjamin koloni anai-anai akan dihapuskan. Sebab sarang anai-anai ada dalam tanah yang dalam. Tapi boleh saja cuba. Mana tau berkesan dapat hapus terus anai-anai pulak kan.

Garam Dapur

Simbah garam bercampur air tembakau pada sarang anai-anai. Sembur pada kawasan yang berpotensi ada anai-anai.

Air Kapur Sirih

Siramkan air kapur sirih ke kayu yang di serang dan juga sarang anai-anai. Sifat panas dari kapur sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut.

Air Cucian Beras

Siram air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai.

Minyak Tanah

Semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini.

Tembakau

Campur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.

Racun

Beli sahaja racun anai-anai di pasaran dan gunakan mengikut aturan. Ada dua jenis racun anai-anai, iaitu jenis repellant dan non-repellant. Aplikasi sama ada dicampur dengan tanah atau sebagai umpan.
Contoh racun anai-anai jenis repellant adalah dari bahan Bifenthrin. Ia bertindak membunuh anai-anai sekiranya bersentuh secara langsung atau menghalau anai-anai.
Racun anai-anai jenis non-repellant mengandungi bahan seperti Imidacloprid dan Fipronil. Racun jenis ini sukar dikesan oleh anai-anai dan boleh menyebabkan anai-anai mati apabila tersentuh racun.

Kitaran Hidup Anai-Anai

Koloni anai-anai terdiri daripada ratu raja, pemangku ratu, pemangku raja, pekerja, tentera dan peninjau. Jika permaisuri mati, pekerja lain boleh bertukar menjadi permaisuri tetapi saiznya tidak besar seperti permaisuri asal.
Hapus Anai-Anai
Kadang-kadang pemangku ratu dan pemangku raja akan tumbuh sayap menjadi kelkatu (termite swarmers) dan dan terbang mencari kawasan baru untuk membuat sarang baru.
Awas jika rumah dikunjungi kelkatu! Pemusnah barang kayu sudah datang ke rumah korang!
Hapus Anai-Anai
Saiz ratu anai-anai sangat besar hingga ia langsung tidak boleh bergerak!! Ratu dijaga sepenuhnya oleh anai-anai pekerja yang membersihkannya dan memberinya makan. Ratu anai-anai boleh mengeluarkan beribu-ribu telur sehari!

Tahu tak? Ratu anai-anai ada yang jual dengan harga mencecah RM2,500 seekor!! Ada yang makan ratu anai-anai hidup-hidup dan mendakwa ia boleh menguatkan tenaga batin. 
Hapus Anai-Anai
Cara mudah membunuh kelkatu tanpa racun serangga ialah dengan letakkan air dalam besen atau dulang bawah lampu yang dihurungi kelkatu. Kelkatu yang jatuh akan mati lemas dalam air.
Koloni anai-anai terdiri daripada 3 kasta asas iaitu pekerja, askar dan pembiak.
Telur akan menetas menjadi larva yang belum matang. Masa dan cara pemakanan anai-anai yang menentukan laluan pembentukkannya untuk menjadi kasta yang bersesuaian.
Pekerja anai-anai adalah jumlah yang terbesar dalam koloni anai-anai. Anai-anai pekerja akan menyuap makan kepada nimfa, askar dan anai-anai pembiak. Mereka juga menggali terowong, mencari makanan dan minuman, serta membina dan membaiki sarangnya.
Hapus Anai-Anai
Askar anai-anai terbentuk daripada nimfa, pseudergate dan pekerja. Metamorposis berlaku melalui proses molting. Askar mempunyai bahagian mulut yang istimewa bagi tujuan pertahanan untuk menentang pelbagai pemangsa seperti semut dan lipan.
Pembiak terbentuk daripada kelkatu ataupun neotenic. Kelkatu akan hilang sayapnya dan mengawan untuk membentuk koloni yang baru.

Harga Bayaran Pest Control Skill Termite 

 rumah SEWA sekarang ni dah 20 tahun lebih. Memang lah rumah aku atas tanah. Tapi tak jangka langsung rumah akan jadi sarang anai-anai macam ni.



Friday, October 06, 2017

Jurulatih direman 5 hari









JURULATIH pasukan renang kebangsaan yang ditahan kerana merogol atlet renang negara direman selama lima hari bermula hari ini sehingga 7 Oktober.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, suspek ditahan susulan laporan yang diterima mengenai atlet renang yang dirogol pada 26 September lalu.

"Mangsa membuat laporan pada 1 Oktober kerana bimbang akan keselamatannya.

"Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun yang juga jurulatih," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


















https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...direman-7-hari

Bajet 2018 dibentang 27 Oktober |TERKINI : Khabar gembira untuk penjawat awam





Bajet 2018 dibentang 27 Oktober |TERKINI : Khabar gembira untuk penjawat awam
PUTRAJAYA: Bajet 2018 akan dibentangkan di Parlimen pada 27 Oktober ini, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata demikian dalam ucaptamanya ketika mempengerusikan Majlis Konsultasi Bajet 2018 bertema Negaraku Membentuk Masa Depan di Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Beliau berkata, setiap cadangan dan pandangan rakyat akan didengar kerajaan dalam menggubal bajet negara. "Setiap isu yang dibangkitkan dan cadangan yang dikemukakan akan diperhalusi dan diberi pertimbangan sewajarnya.

"Majlis Konsultasi ini adalah satu platform yang penting bagi sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberi pandangan dan maklum balas terhadap cabaran dan isu semasa serta langkah menanganinya. "Inilah dasar keterbukaan dan keprihatinan kerajaan dalam mendahulukan kepentingan rakyat," katanya. Yang turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Othman Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Beliau berkata, meskipun pelbagai negara berhadapan dalam ketidaktentuan ekonomi dunia, Malaysia masih mampu menghadapi cabaran ini dengan pelbagai langkah dan inisiatif termasuk melaksanakan Dasar Transformasi Nasional. "Kalau kita tidak buat dasar ini, mungkin kita berhadapan dengan kemelesetan ekonomi atau berhadapan dengan situasi ekonomi yang lebih sukar," katanya.

























SUMBER KREDIT : https://www.bharian.com.my/node/293158

Jurulatih renang kebangsaan ditahan perkosa atlet









KUALA LUMPUR: Seorang jurulatih pasukan renang kebangsaan ditahan di Sri Petaling, di sini, semalam, selepas dipercayai merogol seorang atlet.

Suspek berusia 35 tahun, berasal dari China dan kini berstatus penduduk tetap (PR), ditahan di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur, sekitar jam 12.30 tengah hari.

Dia ditahan selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis, Ahad lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata pihaknya akan mendapatkan kebenaran menahan reman suspek hari ini.

"Setakat ini, siasatan sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Polis Kuala Lumpur.

"Berdasarkan siasatan, kejadian rogol berlaku sekitar September lalu, namun identiti mangsa tidak akan didedahkan," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Beliau mengesahkan setakat ini, pihaknya hanya menerima laporan daripada seorang mangsa.

Sementara itu, sumber berkata, suspek berkenaan sebelum ini terbabit dengan program 'KITA JUARA' pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dalam acara renang disiplin air.

Namun, mangsa tidak terbabit dalam mana-mana acara pada KL2017, yang berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos lalu.

Suspek yang juga bekas atlet Olimpik sudah berada di negara ini sejak lebih lima tahun lalu.











https://www.bharian.com.my/berita/ke...ng-rogol-atlet
















Thursday, October 05, 2017

Bajet 2018 [Semua cadangan Majlis Konsultasi Bajet 2018 akan diperhalusi - Najib







Semua cadangan Majlis Konsultasi Bajet 2018 akan diperhalusi - Najib

KUALA LUMPUR 15 Jun - Kerajaan memberi jaminan semua cadangan dan pandangan yang dikemukakan dalam Majlis Konsultasi Bajet 2018 akan diperhalusi dan diberi pertimbangan yang sewajarnya.

Sambil menyifatkan majlis konsultasi sebagai platform penting bagi sektor awam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memberi pandangan terhadap cabaran serta langkah menanganinya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usaha itu turut menunjukkan dasar keterbukaan dan keprihatinan kerajaan dalam mendahulukan kepentingan rakyat.

Malah, kata Perdana Menteri, pembentangan yang dikemukakan oleh wakil daripada Bank Dunia, Malaysian Rating Corporation Berhad, Deloitte Southeast Asia, Universiti Malaya dan Catcha Group juga sangat berguna dan informatif.


“Banyak isu yang telah dibangkitkan antaranya oleh Dr. Deepak Mishra dari Bank Dunia yang mencadangkan agar fokus diberikan kepada peningkatan produktiviti serta pertumbuhan yang lebih inklusif termasuk penambahan tenaga kerja wanita.

“Malaysian Rating Corporation Berhad yang diwakili oleh Nor Zahidi Alias pula mengunjurkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5 peratus pada tahun 2018 dan beliau mencadangkan agar usaha-usaha diteruskan untuk meningkatkan pertumbuhan pendapatan bagi penduduk bandar bagi menangani isu golongan miskin bandar atau urban poor,” kata Najib menerusi laman blog beliau, najibrazak.com hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut berkata, beliau yakin persekitaran global yang berdaya saing mampu dicapai oleh negara dengan membangunkan semangat keusahawanan kuat selain digerakkan dengan budaya inovasi dan kreativiti yang memberi keutamaan kepada ekonomi digital.

Katanya, bagi mencapai hasrat itu, Malaysia harus lebih proaktif dan agresif menerapkan penggunaan teknologi dan pendigitalan dalam perniagaan yang secara langsung dapat meningkatkan produktiviti.

“Digital Malaysia diberi keutamaan yang tinggi dalam agenda kerajaan dan kita akan memperhebatkan inovasi memandangkan ia adalah faktor pembezaan memacu keuntungan dan pertumbuhan jangka panjang. Justeru, saya berasa gembira apabila mendapat maklum balas positif mengenai inisiatif seperti Digital Free Trade Zone yang disampaikan oleh wakil Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM).

“Dalam menggalakkan pertumbuhan e-Dagang, wakil ACCCIM juga mencadangkan peningkatan nilai pengecualian cukai ke atas pembelian dalam talian. Kavita Rekhraj dari Deloitte Southeast Asia pula telah menekankan kepentingan ‘sharing economy’ dan bagaimana konsep tersebut boleh memberi manfaat besar kepada rakyat Malaysia.

“Contohnya, seorang pemandu e-Hailing boleh mendapat pendapatan sebanyak RM4,300 sebulan dan seorang hos platform Airbnb boleh mendapat pendapatan sebanyak RM17,000 jika mendapat tempahan sebanyak 60 malam,” katanya.

Selain itu, kata Perdana Menteri, Patrick Grove dari Catcha Group juga telah mencadangkan agar Malaysia menjadi negara pertama memperkenalkan rangka kerja berkenaan penghantaran barang menggunakan dron selain mendigitalkan semua perkhidmatan kerajaan dalam meningkatkan kecekapan.

“Beliau juga menyarankan agar subjek kecerdasan buatan (artificial intelligence) dijadikan sebahagian daripada kurikulum di sekolah menengah bagi memastikan sistem pendidikan negara menghasilkan pelajar yang inovatif. Ini penting dalam memastikan pelajar kita berupaya berubah mengikut keperluan masa hadapan lebih-lebih lagi untuk mengisi pekerjaan yang kini masih belum wujud lagi,” katanya.

Tambah Perdana Menteri, topik pendidikan turut dibincangkan dalam majlis itu antaranya wakil daripada Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM) memohon agar peruntukan biasiswa dan geran bagi pelajar universiti swasta berdasarkan merit diwujudkan terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan kurang upaya selain berharap kerajaan meningkatkan peruntukkan untuk latihan vokasional.

Menurut Datuk Seri Najib, beliau turut berkongsi mengenai prestasi ekonomi negara bagi suku pertama tahun ini yang mana ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.6 peratus dengan pelaburan langsung asing (FDI) meningkat kepada RM17 bilion terutamanya dalam sektor perkhidmatan, perlombongan dan pembuatan.

“Saya yakin ekonomi negara akan kekal stabil dan kukuh dengan pertumbuhan yang positif hasil daripada dasar-dasar yang digubal kerajaan

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada 236 wakil institusi yang hadir dan telah menyumbang kepada perbincangan yang sangat intensif dan produktif pagi tadi. Insya-Allah, kerajaan akan membentangkan bajet yang prihatin terhadap masalah rakyat serta progresif dalam memastikan negara terus maju membangun ke arah Transformasi Nasional 2050 (TN50),” katanya. - UTUSAN ONLINE








SUMBER KREDIT http://www.utusan.com.my/berita/nasi...#ixzz4kCEuIXeZ
© Utusan Melayu (M) Bhd