Pages

Friday, October 13, 2017

Cara Mudah Halau Anai-Anai Yg Ekonomi






Nasib baik lah rumah aku dinding batu. Kalau dinding kayu sure berlubang dah rumah aku. Macam rumah mak kat kampung lah. Kena tukar papan dinding sebab rosak di makan anai-anai.

Anai-Anai Haiwan Perosak

Anai -anai merupakan serangga perosak yang berwarna putih. Anai-anai biasanya makan kayu yang sudah lapuk. Tapi anai-anai jugak dah advance sekarang makan kayu yang elok dan segala benda yang berasal dari kayu.
Hapus Anai-Anai
Anai-anai ni habitat asal dia ialah tanah yang dipanggil busut. Kat kampung aku dulu banyak busut anai-anai ni. Anai-anai jugak boleh menyerang rumah dan bersarang di:
  • Kerangka pintu | Kerangka tingkap | Parquet atau lantai kayu
  • Skirting kayu | Siling rumah | Kabinet kayu
  • Almari kayu | Stor kayu | Rak kayu

Cara Mengesan Kehadiran Anai-Anai

Laluan Anai-anai

Anai-anai ni haiwan perosak yang sangat terer seni binaan terowong. Betul aku tak tipu. Hehe!


Kalau semut main redah je lalu lalang kat dinding & lantai rumah. Tapi anai-anai dia buat terowong laluan yang khas. Cerdik ke tak tu?

Kesan Perubahan Warna / Tekstur Pada Bahan Kayu

Jika ada nampak perubahan warna pada lantai parquet, kerangka pintu, kerangka tingkap dan kabinet — itu menunjukkan kehadiran anai-anai. Rumah anda sudah diceroboh!!

Kehadiran Kelkatu

Tiba-tiba ada kelkatu dalam rumah!! Sedangkan rumah memang bertutup rapat. Mana datangnya kelkatu tu?
Kelkatu akan keluar dari sarangnya untuk bina koloni baru. Jika kelkatu ada dalam rumah yang bertutup bermakna dalam rumah anda sudah ada sarang anak-anai!

Rekahan atau Lubang

Sebarang rekahan pada tepi kerangka berkayu di rumah yang ada selut berpasir menandakan anai-anai bersarang di situ.



Cara Mudah Halau Anai-Anai

Petua halau anai-anai ni aku rasa boleh halau sahaja untuk sementara waktu. Cara ini tidak menjamin koloni anai-anai akan dihapuskan. Sebab sarang anai-anai ada dalam tanah yang dalam. Tapi boleh saja cuba. Mana tau berkesan dapat hapus terus anai-anai pulak kan.

Garam Dapur

Simbah garam bercampur air tembakau pada sarang anai-anai. Sembur pada kawasan yang berpotensi ada anai-anai.

Air Kapur Sirih

Siramkan air kapur sirih ke kayu yang di serang dan juga sarang anai-anai. Sifat panas dari kapur sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut.

Air Cucian Beras

Siram air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai.

Minyak Tanah

Semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini.

Tembakau

Campur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.

Racun

Beli sahaja racun anai-anai di pasaran dan gunakan mengikut aturan. Ada dua jenis racun anai-anai, iaitu jenis repellant dan non-repellant. Aplikasi sama ada dicampur dengan tanah atau sebagai umpan.
Contoh racun anai-anai jenis repellant adalah dari bahan Bifenthrin. Ia bertindak membunuh anai-anai sekiranya bersentuh secara langsung atau menghalau anai-anai.
Racun anai-anai jenis non-repellant mengandungi bahan seperti Imidacloprid dan Fipronil. Racun jenis ini sukar dikesan oleh anai-anai dan boleh menyebabkan anai-anai mati apabila tersentuh racun.

Kitaran Hidup Anai-Anai

Koloni anai-anai terdiri daripada ratu raja, pemangku ratu, pemangku raja, pekerja, tentera dan peninjau. Jika permaisuri mati, pekerja lain boleh bertukar menjadi permaisuri tetapi saiznya tidak besar seperti permaisuri asal.
Hapus Anai-Anai
Kadang-kadang pemangku ratu dan pemangku raja akan tumbuh sayap menjadi kelkatu (termite swarmers) dan dan terbang mencari kawasan baru untuk membuat sarang baru.
Awas jika rumah dikunjungi kelkatu! Pemusnah barang kayu sudah datang ke rumah korang!
Hapus Anai-Anai
Saiz ratu anai-anai sangat besar hingga ia langsung tidak boleh bergerak!! Ratu dijaga sepenuhnya oleh anai-anai pekerja yang membersihkannya dan memberinya makan. Ratu anai-anai boleh mengeluarkan beribu-ribu telur sehari!

Tahu tak? Ratu anai-anai ada yang jual dengan harga mencecah RM2,500 seekor!! Ada yang makan ratu anai-anai hidup-hidup dan mendakwa ia boleh menguatkan tenaga batin. 
Hapus Anai-Anai
Cara mudah membunuh kelkatu tanpa racun serangga ialah dengan letakkan air dalam besen atau dulang bawah lampu yang dihurungi kelkatu. Kelkatu yang jatuh akan mati lemas dalam air.
Koloni anai-anai terdiri daripada 3 kasta asas iaitu pekerja, askar dan pembiak.
Telur akan menetas menjadi larva yang belum matang. Masa dan cara pemakanan anai-anai yang menentukan laluan pembentukkannya untuk menjadi kasta yang bersesuaian.
Pekerja anai-anai adalah jumlah yang terbesar dalam koloni anai-anai. Anai-anai pekerja akan menyuap makan kepada nimfa, askar dan anai-anai pembiak. Mereka juga menggali terowong, mencari makanan dan minuman, serta membina dan membaiki sarangnya.
Hapus Anai-Anai
Askar anai-anai terbentuk daripada nimfa, pseudergate dan pekerja. Metamorposis berlaku melalui proses molting. Askar mempunyai bahagian mulut yang istimewa bagi tujuan pertahanan untuk menentang pelbagai pemangsa seperti semut dan lipan.
Pembiak terbentuk daripada kelkatu ataupun neotenic. Kelkatu akan hilang sayapnya dan mengawan untuk membentuk koloni yang baru.

Harga Bayaran Pest Control Skill Termite 

 rumah SEWA sekarang ni dah 20 tahun lebih. Memang lah rumah aku atas tanah. Tapi tak jangka langsung rumah akan jadi sarang anai-anai macam ni.



No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..