Pages

Wednesday, September 12, 2018

DOA NABI YUNUS A.S - KISAH AL-QURAAN



Kuliah Subuh AHAD lalu sedikit sebanyak diceritakan peristiwa DOA Nabi Yunus dan amalan pemakanan serta sedikit pengalaman Ustaz Emran Muaz Al Jabar,

Dalam kuliah tersebut Ustaz Emran mencerita kisah dalam Al-Quran bagaimana Nabi Yunus yg ditelan Ikan HUD yg sgt besar, dan membaca DOA ini , dalam Kegelapan Malam yg Gelap..
Nabi Yunus dimuntah keluar dari mulut ikan tersebut dan seramai 100 ribu pengikut Nabi Yunus yg telah sedia menunggu Nabi Yunus.

Mengikut pengalaman Ustaz Emran ini juga, seorang perempuan yg mengandung dan kandungannya telah mati dalam perut agak lama, perempuan itu takut utk menjalani pembedahan maka perkara ini diadukan oleh ibu perempuan itu kepada Ustaz Emran, diajarkan ZIKIR Doa ini, kandungan itu telah keluar secara semulajadi tanpa pembedahan yg sakit yg sagt ditakuti oleh perempuan itu..

Diceritakan pula apabila Nabi Yunus dimuntahkan oleh Ikan Hud itu beliau terdampar di tepi pantai, Beliau sgt lemah dan rasa sgt lapar, Allah SWT telah tumbuhkan sejenis pokok menjalar dan berbuah iaitu pokok buah labu, Apabila Nabi Yunus makan maka ia memberi tenaga yg segera.








TIPS : Buah Labu Kuning sgt berkhasiat utk sakit mata glukoma dan sakit hati berdebar ( nervouse) nak ambil peperiksaan, labu ini juga dikata makanan kegemaran nabi








Rahsia doa Nabi Yunus a.s sangat besar maknanya ,amalkan setiap hari tidak kira di waktu senang atau susah .Ucaplah Alhamdullilah atas nikmat Allah S.W.T kurniakan kepada kita walau hanya sekecil zarah atau seluas lautan sentiasalah kita bersyukur atas nikmat itu .

Berdoalah setiap hari sekurang - kurangnya tiga kali sehari tidak kira dalam apa jua keadaan sekali pun ,terutamanya bila kita dalam keadaan yang teramat sangat memerlukan pertolongan dari Allah S.W.T .Moga Allah S.W.T mendengar dan permudahkan segala urusan kita .

Sepertimana di dalam al-Quran terdapat kisah Nabi Yunus a.s. yang boleh dijadikan pengajaran dan jika di amalkan doa Nabi Yunus a.s ,Allah S.W.T akan lepaskan hambanya dari kesusahan atau musibah yang menimpa ,Insya Allah .

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.

“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin .”

"Tiada tuhan { yang dapat menolong } melainkan Engkau { ya Allah } .Maha Suci Engkau ,sesungguhnya aku dari orang yang zalim "
Walaubagaimanapun doa hendaklah seiring dengan usaha kerana itu fitrah manusia dan apabila berdoa hendaklah bersertakan dengan sedikit usaha Insya Allah kita akan terselamat dari sesuatu malapetaka dari menjadi lebih teruk lagi.

Iktibar dari doa / tasbih Nabi Yunus a.s. semasa terperangkap di dalam perut ikan nun ,sabda Rasulullah SAW maksudnya :

“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Baik dan buruk diri manusia itu bukan kita yang harus menilai sebaliknya DIA yang MAHA ESA.
"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar". - Sayidina Umar bin Khattab.

Di antara amalan yang mujarab untuk melepaskan bala atau untuk menunaikan apa-apa hajat solat hajat 2 rakaat, kemudian selawat ke atas Nabi sebanyak 100 kali, istighfar 100 kali, kemudian bacalah tasbih ini sebanyak 70,000 kali atau 10,000 kali atau 313 kali. Diamalkan setiap hari selama 7 hari. Insya-Allah segala hajatnya akan ditunaikan oleh Allah.

Oleh itu amalkanlah doa ini sebagai wirid harian dan bacalah doa ini sentiasa sama ada dalam keadaan senang atau susah kerana betapa besarnya hikmah dan kebaikan doa yang terdapat di dalam al-Quran ini untuk menjadi amalan harian kita.















SUMBER KREDIT
mdruzaidaud.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..