Pages

Thursday, August 02, 2012

Cuti umum Aidilfitri diperluas ke Wilayah Songkhla



30 Julai 2012
BANGKOK - Kabinet Thailand memperluas cuti umum Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha dan Tahun Baru Cina ke Wilayah Songkhla berkuatkuasa serta-merta.

Sebelum ini, cuti umum itu hanya diberikan kepada wilayah selatan iaitu Pattani, Narathiwat dan Yala.

Jurucakap kerajaan Sansanee Nakpong berkata, kabinet juga meluluskan cuti umum Krismas kepada empat wilayah tersebut. - Bernama

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..