Pages

Friday, August 03, 2012

McDonald's tawar koleksi gelas sempena Olimpik


Wartawan Sinar Harian
31 Julai 2012
Mc Donald's tawar koleksi gelas sempena Olimpik
Kira-kira 3.3 juta gelas Coca-Cola edisi terhad dari McDonald’s sempena Sukan Olimpik London 2012.
KEMERIAHAN Sukan Olimpik diserikan dengan peluang mengumpul gelas Sukan Olimpik London 2012 Coca-Cola edisi terhad dari McDonald’s.

Koleksi ini boleh didapati dalam enam warna berlainan. Setiap satunya mempamerkan piktogram acara sukan Olimpik seperti bola sepak, lumba basikal, olahraga, renang, gimnastik dan bola keranjang.

Reka bentuk yang unik dalam pelbagai warna ini diperkenalkan satu per satu setiap hari Jumaat.

Kempen dimulakan dengan reka bentuk bola sepak  pada 6 Julai dan akan berlangsung sepanjang enam minggu hingga 16 Ogos. Kira-kira 3.3 juta gelas disediakan.

Sebiji gelas akan diberi percuma dengan setiap pembelian hidangan gelas Coca-Cola McDonald’s, merangkumi hidangan McValue besar bersama Sundae atau McFlurry.

Koleksi gelas Coca-Cola McDonald’s ditawarkan dari 11 pagi hingga 6 pagi setiap hari sepanjang kempen itu.

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..