Wong Mew Choo (kanan) dan penyanyi Ikhwal Hafiz Ismail
Wong Mew Choo (kanan) dan penyanyi Ikhwal Hafiz Ismail
PUTRAJAYA - Bekas pemain badminton perseorangan wanita negara Wong Mew Choo dan penyanyi muda Ikhwal Hafiz Ismail dilantik sebagai Duta ASAP Smoke Free Lifestyle bagi menjayakan kempen anti merokok dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan remaja.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yakin kedua-dua ikon remaja itu mampu mendekati golongan remaja dan menyemaikan cara hidup sihat dengan menekankan kesan amalan merokok.
"Saya amat risau kerana aktiviti merokok di kalangan masyarakat Malaysia masih di tahap membimbangkan. Pada 2011, berdasarkan hasil kajian Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia, keseluruhan prevalen merokok ialah sebanyak 23.1 peratus.