Pages

Friday, October 12, 2012

Samsung lancar Galaxy Note II

Model Galaxy Note II dilancarkan di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Rosdan Wahid Kuala Lumpur: Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd melancarkan Galaxy Note II, telefon pintar tablet generasi kedua di Malaysia.

Ketua Bahagian Telefon Mudah Alih, Vincent Chong Weng Kai, berkata pelancaran Galaxy Note II pada suku terakhir tahun kewangan ini dijangka dapat melonjakkan prestasi jualan keseluruhan tahun ini.

Katanya, sasaran disandarkan kepada sambutan menggalakkan yang diraih generasi pertama peranti pintar itu di pasaran tempatan sebelum ini.

"Kami menyasar jualan telefon pintar terbaru ini akan meningkat sebanyak tiga kali ganda berbanding jualan yang dicatatkan Galaxy Note generasi pertama.

"Prestasi jualan kami di Malaysia bagi sembilan bulan pertama terus kukuh dan kami yakin segmen telefon mudah alih akan kekal menyumbang jualan yang besar kepada syarikat tahun ini," katanya selepas pelancaran Galaxy Note II di sini, semalam.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Urusan, Kwon Jae Hoon.
Galaxy Note II yang mula dijual di Malaysia 19 Oktober ini didatangkan dengan harga runcit RM2,299.
Telefon pintar itu yang menggunakan platform sistem operasi Android Google dipacu pemproses empat teras 1.6 GHz itu, berupaya melancarkan pelbagai aplikasi serentak dengan lebih pantas berbanding telefon pintar generasi pertama sebelum ini.

Peranti terbaru itu didatangkan dalam saiz 15.1 sentimeter (cm) x 8 cm x 9.4 cm, menampilkan skrin sesentuh 5.5 inci HD Super AMOLED, yang membolehkan pengguna memisahkan skrin kepada dua bahagian bagi melancarkan dua program serentak.

Galaxy Note II yang kali pertama dilancarkan ketika pameran elektronik terbesar di Berlin, Ogos lalu, akan berada di pasaran 128 negara termasuk Amerika Syarikat, negara di mana Samsung kalah dalam kes paten dan perlu membayar denda AS$1.05 bilion kepada Apple.

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..