Pages

Friday, October 12, 2012

Tersilap beri nombor Khidmat Ghairah

Tallahassee: Gabenor Florida, Rick Scott, dilaporkan tersilap apabila memberi nombor telefon hotline seks kepada penduduk sedangkan mereka meminta maklumat mengenai wabak meningitis kulat yang menyebabkan ramai maut di Amerika Syarikat.

Pada Selasa lalu, Scott memberi maklumat terkini mengenai wabak itu dalam satu mesyuarat.
Beliau kemudian mengumumkan nombor talian
 bebas tol mengenai wabak terbabit untuk memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat mengenai wabak terbabit. Bagaimanapun, beliau memberikan nombor talian hotline seks.

Pejabat gabenor dimaklumkan perkara itu oleh stesen radio umum di Tampa, WUSF, yang memantau mesyuarat terbabit dan menyiarkan nombor itu di halaman webnya.

Stesen terbabit berkata, mereka dimaklumkan pendengar nombor terbabit sebenarnya talian telefon dewasa.

Nombor Hotline Meningitis Kulat Florida adalah 866-523-7339, tetapi Scott tersilap satu nombor.

Reuters

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..