Pages

Sunday, August 28, 2016

KAD KREDIT tiada tandatangan mulai Julai 2017



Masukkan nombor pin, tiada tandatangan mulai Julai 2017



MIRI 23 Ogos: Transaksi pengesahan pembayaran kad kredit dan debit menggunakan tanda tangan akan dihapuskan secara berperingkat untuk digantikan dengan sistem berasaskan nombor pengenalan peribadi (PIN) pada 1 Julai, 2017.

Pengarah Dasar Sistem Pembayaran Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Nyat Chuan berkata pemegang kad akan diberi tempoh selama enam bulan mulai Januari sehingga Jun 2017 untuk membiasakan diri dengan sistem baharu itu sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.

Katanya, sistem ‘pin dan bayar’ itu membolehkan pemegang kad membuat pembayaran dengan memasukkan PIN 6 digit tanpa menurunkan sebarang tanda tangan seperti sekarang.

Langkah yang dipertingkat itu juga akan menjadikan sistem pembayaran jauh lebih selamat.

“Sasaran (kami) adalah supaya semua pelaksanaan aspek infrastruktur dan penggantian kad itu dapat disiapkan menjelang 31 Disember, 2016,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri Pameran Bergerak e-Bayaran Kebangsaan 2016, di sini, hari ini.

Program itu dianjurkan bersama BNM, Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia serta Persatuan Institusi-institusi Perbankan Islam Malaysia.

Tan berkata selain sistem ‘pin dan bayar,’ pemegang kad juga dapat membuat bayaran menggunakan sistem ‘tap-and-go’ bermula 1 Januari, 2018.

Malah, katanya seramai 44.3 juta pemegang kad dapat menikmati kemudahan itu sebaik sistem baharu beroperasi kelak.

“Pemegang kad boleh menggunakan kaedah ‘tap-and-go’ untuk transaksi membabitkan nilai yang rendah,” katanya.

Mengulas e-bayaran, Tan berkata bagi tempoh Januari sehingga Jun 2016, penggunaan cek berkurangan sebanyak 10% berikutan peningkatan penggunaan kaedah Interbank Giro (IBG) iaitu sistem pindahan dana antara bank dan Instant Interbank Fund Transfer (IBFT) atau pindahan segera.

“Pertumbuhan transaksi IBG dan IBFT masing-masing meningkat sebanyak 18% dan 94%,” katanya.


cerita berkaitan KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..