Pages

Sunday, August 28, 2016

Lembu dipakaikan jalur bercahaya dalam gelap elak kemalangan


jalur bercahaya dalam gelap elak kemalangan Lembu


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 860x484.


NEW DELHI 24 Ogos - Polis di Madhya Pradesh, India mengambil inisiatif memakaikan jalur bercahaya dalam gelap kepada haiwan ternakan termasuk lembu bagi mengelakkan daripada dilanggar oleh pemandu-pemandu kenderaan di sana.

Langkah itu terpaksa diambil memandangkan jumlah kemalangan yang membabitkan haiwan tersebut dilaporkan semakin meningkat.

“Ramai pemandu yang cedera atau terbunuh selepas terlanggar atau dirempuh oleh haiwan-haiwan ini pada waktu malam. Jadi, ini merupakan sebahagian daripada langkah untuk mencegah kemalangan seperti ini daripada terus berlaku,” kata seorang pegawai polis di Balaghat, Kailash Chaulan. - AFP




 





kredit n source



No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..