Pages

Thursday, January 12, 2017

3 remaja ditahan polis 'swafoto' atas tangki air





RAWANG: Tiga remaja lelaki ditahan selepas menceroboh kawasan tangki simpanan air di Bukit Sentosa, Rawang di sini, kelmarin

Remaja berusia antara 16 hingga 18 tahun itu dikatakan memanjat tangki setinggi 76 meter untuk mengambil gambar

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada jam 6.55 petang, memaklumkan melihat individu di atas tangki air terbabit

"Siasatan awal mendapati, mereka mengambil selfie di atas tangki simpanan air untuk tujuan suka-suka

"Mereka memberitahu sudah dua kali naik ke tangki itu dengan tujuan sama," katanya sambil menambah remaja berkenaan ditahan untuk siasatan









No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..