Pages

Thursday, January 12, 2017

Lelaki menyamar pegawai SPRM palsukan surat pelepasan penjara diburu





Kota Bharu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan sedang mengesan seorang lelaki berusia 43 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes penyamaran sebagai pegawai SPRM pada Oktober 2015

Pengarah SPRM Kelantan Datuk Moh Samsuddin Yusoff berkata, lelaki berkenaan melakukan kesalahan memalsukan dokumen iaitu surat pelepasan penjara terhadap kes rasuah pasangan suami isteri

Katanya, surat palsu berkenaan menggunakan logo dan alamat palsu SPRM yang kononnya bayaran sebanyak RM300,000 dikenakan kepada suami isteri itu terhadap kesalahan yang dilakukan mereka

"Lelaki itu yang juga peniaga kedai runcit dikenali sebagai Norshah beralamat di Taman Makmur Kok Lanas dan Kampung Padang Lembek, Ketereh boleh disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama

"Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat SPRM, Chaiyuth Fun Pon di talian 0124154845 atau SPRM Kelantan 097661800," katanya di sini, hari ini











kredit

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..