BUKIT MERTAJAM: Termakan hasutan kawan bagi mendapatkan wang dengan cara
mudah, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun berasal dari daerah
ini bertindak nekad melarikan diri dari rumah lebih 10 kali sejak hampir
dua tahun lalu untuk menjadi pengemis di beberapa negeri.
Malah, kanak-kanak yang dikenali sebagai Shah itu meninggalkan
persekolahan semata-mata mahu mengikut kenalannya, seorang warga asing
berusia 20-an, menjadi peminta sedekah di Pulau Pinang, Kedah, Kuala
Lumpur, Melaka dan Johor.
Bagaimanapun, Shah kini insaf dan kesal dengan perbuatannya selepas
ditangkap ketika asyik bermain di pusat permainan komputer di Melaka
sebelum diserahkan kepada keluarganya, Julai lalu.
Sepanjang tempoh menjadi pengemis dan melarikan diri dari rumah itu,
kanak-kanak terbabit menginap di hotel murah yang dibayar menggunakan
wang hasil mengemis selain menjual surah Yasin kepada orang ramai dengan
harga RM3 senaskhah.
Shah berkata, pendapatan diperolehnya antara RM60 dan RM200 sehari
dibahagikan dengan rakannya selain diasingkan untuk membayar hotel,
membeli pakaian serta makan.
sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..