Pages

Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru 2013

2013




Selamat Tinggal Tahun 2012 
penuh suka duka sebagai seorang manusia di alam fana ini, 




Selamat Datang Tahun 2013 
yang semakin mencabar


Azam Tahun Baru 2013 , dah bersedia belum untuk menghadapi tahun 2013. Binalah azam betul-betul untuk kebahagiaan diri sendiri. Binalah azam untuk diri sendiri , keluarga , agama , masyarakat , bangsa dan untuk negara kita..:) Kerajaan pun dah bentangkan

~ p/S : AZAM , tahun baru jer org tanya AZAM BARU,  tu nanti erkkkk....esok masih ada

5 negara paling bahaya untuk wanita

Afghanistan

Sahar Gul, gadis diseksa suami

Pembuka tahun 2012, dunia digemparkan dengan insiden seorang remaja berusia 15 tahun, Sahar Gul, dipukul dan dikurung dalam tandas oleh suami dan keluarga mertuanya selama lima bulan selepas enggan bekerja sebagai pelacur.

Sewaktu diselamatkan sekumpulan aktivis di kediaman mertuanya di utara Baghlan, Sahar ditemui dalam keadaan cedera parah di seluruh badan.

Menurut polis, selain dipukul, rambutnya direntap, kukunya dicabut dan dikurung di dalam tandas di bawah tanah tanpa makanan dan minuman untuk hidup.

"Suami dan keluarga mertuanya turut mencederakannya dengan puntung rokok dan  lidahnya dikerat dengan playar," kata jurucakap polis Baghlan.

Kes berkenaan turut mendapat perhatian pemimpin Afghanistan, Presiden Hamid Karzai yang menggesa hukuman dikenakan ke atas di pelakunya.

Ketua hal ehwal wanita Baghlan, Rahima Zarifi berkata kepada Reuters, Sahar yang berasal dari wilayah Badakhshan telah dikahwin dengan suspek pertengah Mei 2011 dan telah dipaksa menjadi pelacur bagi mendapatkan wang untuk keluarga mertuanya.

Sementara itu, polis kanan Baghlan, Mohammad Zia, mengesahkan ibu mertua dan kakak ipar Sahar telah ditahan, tetapi membebaskan suami dan bapa mertuanya.

Pakistan

Malala Yuosafzai, gadis ditembak Taliban

Gadis dan pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun, Malala Yousafzai yang memperjuangkan pendidikan kepada golongan wanita ditembak oleh Taliban sewaktu dalam perjalanan pulang dari sekolah di Pakistan pada 9 Oktober lalu.

Serangan mengejut terhadap Malala yang juga aktivis paling dikehendaki Taliban itu mendapat liputan penuh media dunia sekali gus mencetuskan bantahan besar-besaran seluruh negara.

Beberapa pemimpin berpengaruh dunia termasuk Britain menghulurkan bantuan ke atas Malala dengan memberikan rawatan membuang peluru di kepalanya.

Kini, Malala yang juga simbol keberanian dan beribu-ribu pembaca yang mengikuti kisahnya itu menandatangani petisyen meminta remaja itu dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel.

Bercakap bagi pihak gadis itu, bapanya, Ziauddin Yousafzai berkata, anaknya yang mesra dipanggil Malala mahu berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya kerana membantu dia untuk terus kuat.

Kejadian tersebut menarik perhatian dunia dan Taliban menerusi laman webnya berikrar akan melancarkan serangan lagi sekiranya Malala masih hidup.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Yayasan Amanah NHS, Hospital Universiti Birmingham, Yousafzai berkata, Malala mahu memberitahu kepada semua bagaimana dirinya sangat bertuah kerana seluruh dunia mendoakan penyembuhannya.

India
Pelajar perubatan mati dirogol kumpulan lelaki

Seorang pelajar perubatan sebuah kolej di India, yang cedera parah selepas diperkosa beramai-ramai di New Delhi dan diterbangkan ke Singapura untuk rawatan, meninggal dunia pada Sabtu lalu.

Wanita berusia 23 tahun itu, yang mana serangannya dalam sebuah bas menimbulkan bantahan di seluruh India, meninggal dunia 4.45 pagi (waktu tempatan) di Hospital Mount Elizabeth di mana beliau dimasukkan untuk rawatan pada Khamis lalu.

Pelajar itu dipindahkan dari Hospital Safdarjung di tengah Delhi ke Hospital Medanta di Gurgaon, berdekatan dengan lapangan terbang bandar itu, sebelum diterbangkan ke Singapura.

Menurut sumber, sewaktu kejadian mangsa bersama teman lelaki yang pulang dari menonton wayang dengan menaiki bas, diserang enam lelaki. Suspek memukul mangsa dan teman lelakinya dengan batang besi dan merogolnya secara bergilir-gilir.

Laporan perubatan mendedahkan, mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian dalaman badan dan suspek dipercayai menggunakan batang besi sebagai alat memperkosa mangsa.

Selepas merogol mangsa selama sejam, dia dan teman lelakinya dicampak keluar.


Tahukah anda?
Sesetengah ahli sejarah percaya asal usul keganasan terhadap wanita berkait rapat dengan tanggapan bahawa golongan itu sebagai aset dan jantinanya yang memaksa mereka tunduk kepada kaum lelaki dan wanita atasan lain.

Dalam Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Penyingkiran Keganasan terhadap Wanita (1993), menyatakan bahawa keganasan terhadap wanita adalah satu manifestasi perhubungan kuasa yang dari segi sejarah tiada persamaan antara lelaki dan wanita di mana membawa kepada dominasi serta diskriminasi oleh golongan lelaki yang menyekat kemajuan wanita.

Keganasan terhadap wanita adalah satu daripada mekanisme sosial utama yang memaksa mereka berada pada kedudukan bawah golongan lelaki.

Pada tahun 1980, sebuah mahkamah di Amerika Syarikat telah mengharamkan hak si suami melaksanakan hukuman fizikal terhadap isterinya.

Sementara itu, adat menghukum isteri yang diamalkan masyarakat Britain dengan penderaan sederhana agar si isteri rajin melakukan kerja telah disekat pada tahun 1891.


 ~ sumber

 p/s : sekarang nie di mana-mana pun bahaya baik lelaki atau perempuan

Tragedi Bukit Setiawangsa : Banglo 2 Ahli Parlimen Akan Dirobohkan

Tragedi Bukit Setiawangsa: Banglo 2 MP mungkin diroboh


KUALA LUMPUR - Dua banglo, masing-masing milik Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, yang terletak di Puncak Setiawangsa, Bukit Setiawangsa berkemungkinan akan diroboh bagi memberi ruang zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran.

Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) Mohd Taufik Harun berkata, sebelum sebarang tindakan diambil pihaknya perlu mendapatkan semua maklumat berkenaan keadaan tanah dan cerun tersebut.

"Orang boleh bagi pelbagai cadangan, tetapi kami akan mencari penyelesaian sebenar," katanya di Pusat Operasi Bencana Tebing Runtuh di sini hari ini.

Beliau berkata langkah tersebut bertujuan menyelamatkan empat rumah lain yang terletak di atas bukit dan mengurangkan tekanan tanah di atas bukit.

"Buat masa ini kita lihat tiada kesan teruk akan berlaku terhadap rumah penduduk di kawasan atas tapi yang kita dikhuatiri adalah rumah penduduk yang
berada di bawah tebing cerun," katanya.

Menurut beliau hari ini pergerakan tanah masih aktif tetapi tidak seaktif Ahad.

"Tindakan segera sekarang kita perlu musnahkan banglo yang terjejas itu sebab akan sebabkan runtuhan tanah lebih teruk dan kita akan cuba alihkan bongkah konkrit yang berat kira-kira 8,100 kilogram secara perlahan-lahan," katanya.

Beliau berkata kaedah yang betul bagi proses merobohkan banglo itu perlu dilakukan bagi mengelakkan keadaan runtuhan tanah dan cerun menjadi teruk. - Bernama



Ke Tapak Kejadian Klik Sini

Pelakon Filem Porno Minta Sumbangan Air Mani


Seorang pelakon filem porno telah minta sumbangan sperma dari peminatnya untuk filem terbarunya. Sangat mengejutkan, ratusan lelaki telah membuat apa yang disuruh iaitu masukkan sperma dalam botol dan tulis nama mereka untuk Credit filem tersebut...
Macam-macam lah...
SUMBER mrpetblogs




 
 
 
 

Sunday, December 30, 2012

YES Window Shopping KLCC 2012 diskaun sampai 80%

Y.E.S - Year End Sales Vs Window Shopping
KLCC


Tak sengaja nak ke KLCC nie sebenarnya, asalnyer kawan money2gold
berhajat nak ke The Red Garrage, tapi tutup jadi terus ke KLCC nie money2gold ikut ajer dia yg memandu
Boleh tahan ramainya orang tak kan beli baju sekolah kt sini kot..

Kawan money2gold kata dia dah hampir sepuluh tahun tak tengok air pancut n ke kolam, hanya ke dalam shop lot shja , jadi kami turun laa nak ke kolam tu...
 Satu kejadian bersepah duit kt pintu nak ke kolam tu, tak berani amik walaupun ada niat baik, tak nak masuk TV Astro rancangan Akil Hayel hehhehe..so lepas "snap" duit nie kawan money2gold panggil abg security tu amik duit tu, menurut katanya hari dah berkali kali orang jumpa duit macam nie..nak bagi hadiah kot...


Memang YES betul kat KLCC nie....tapi kami berdua lebih minat ke Butik Harley Davidson

 
~ Sale sampai 80% pun ada dalam Butik Harley nie...

Nie baru window dah satu beg...terus pakai jaket HD tu..lama dah duk cari akhirnya dp juga size yg padan

 Sejam lebih dalam Butik HD dapat satu beg
 ~ nanti N3 pasal dlm butik HD KLCC pulak, gambar ada lagi

~ butik PUMA nie pun banyak tawaran menarik sblm nie datang butik nie belum buka

 
~ LEVIS diskaun 20% boleh giler p YES nie


Petrosains

Tempat yang bagus bawa kanak-kanak sini utk tengok sains gunaan...Orang dewasa pun boleh masuk kembangkan minda pasal sains


p/s: money2gold , kawan dah puas "window shoping" nak p tengok tapak kejadian tanah runtuh bkt setiawangsa pulak...jomm....

Ke Tapak Kejadian Tanah Runtuh Bukit Setiawangsa


Selepas kenyang makan "Drum Stick lamb" kami pun terus ke tapak kejadian dalam jam 9.20malam, nampak tenang shja..hanya satu laluan sahja yg digunakan, hampir 7-8 tahun juga money2gold tak ke sini, dulu ada seorang rakan tinggal di sini, sampai tempat kejadian kelihatan anggota polis dan rela mengawal lalu lintas, mpv kami di tahan, dan anggota polis bertugas itu bertanya kami hendak ke mana dan hanya penduduk shja di benarkan masuk..Jadi hasrat nak tengok sendiri kawasan kejadian gagal, dan gambar-gambar terkini tak dapat diambil,  money2gold dpt lihat 2 tempat runtuhan dan kesannya amat serius....


money2gold rasa puncaya kejadian adalah kesan dari pengubah suaian dan penambahan rumah yg asal, pada binaan asal kekuatan telah diuji dan tahap ketahanan telah terbukti, tetapi bila ada penambahan beban, struktur binaan akan lemah dan tak mampun tahan beban lagi.

~ yang pasti harga rumah sekitar setiawangsa ini akan jatuh...


p/s : money2gold pening pikir mana nak beli rumah yg selamat



TERKINI  Banglo Ahli Parlimen Setiawangsa Bakal Dirobohkan

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Beli Power Bank Yang Original





1. Power Bank Tiruan menggunakan bateri murah. Jadi jangka hayat Power Bank tersebut pun singkat. Sebab itu waranti pun singkat. Jadi jangan terkejut kalau lepas 2-3 bulan pakai dah tak boleh nak pakai lagi.

2. Power Bank Tiruan tidak mendapat pengesahan keselamatan. Tiada kawalan kualiti dari badan berwajib. Anda nak jimat RM50++, anda mungkin rugi RM1000++ jika iPhone / iPad / Tab anda rosak akibat charge guna Power Bank tiruan.


3. Power Bank Tiruan berpontensi besar merosakkan gadget anda. Papan Litar Power Bank Tiruan tidak berkualiti. Mungkin tiada penebat arus. Boleh akibatkan arus berlebihan mengalir ke dalam gadget anda.

4. Kadang-kadang kapasiti yang dinyatakan tidak tepat. Beli 11000mAh, tetapi dapat 5000mAh. Anda tiada cara untuk buktikan kalau bukan pakar.

5. Anda akan pening kepala melayan kerenah Power Bank Tiruan.
Susah anda nak claim warranti sebab mana ada kilang tiruan nak mengaku dia yang bertanggungjawab buat power bank tiruan. Jadi kepada siapa anda ingin mengadu? Pekedai / Penjual selalu bagi waranti paling lama 1 bulan untuk 1 to 1 exchange dengan mereka. Selepas tempoh tersebut, pembeli perlu rujuk pengilang Power Bank Tiruan tersebut sendiri atau kena tanggung kos sendiri pulangkan ke China untuk tukar baru.



~ p/s : money2gold pun baca baca utk bahan, gaget nie tak terkejor yob

Saturday, December 29, 2012

Drum Stick Lamb

~ Lepas berjalan window shopping KLCC tadi tadi sahabat money2gold ajak pergi tinjau tempat kejadian tanah runtuh di Bukit Setiawangsa, so dalam perjalanan tadi, terasa lapar laa pulak, jadi singgah makan di satu Restoran Mamak AL-Riyad, member money2gold pekena nasi kandar...money2gold mkn roti kosong n tosei shja..diet konon tak mau makan nasi..tapi tgk "Drum Stick Lamb" nie terliur pulak..so amik laa buat lauk makan dengan roti kosong dan tosie...rasa marvelous..boleh makan lagi....Dah makan baru boleh ke tempat kejadian...jomm....


Gambar Terkini bekas Tunang Apek Elia @Jejariruncing

Selamat berbahagialah Apek @ Khairul Fahmi Che Mat bersama Leuniey Natasha yang kini telah selamat menjadi pasangan suami isteri.

Apek kini sedang bahagia dan apa kata kita kisahkan sedikit tentang Aimie Harmelia atau Elia wanita yang pernah bertaktha di hati Apek dan menjadi tunangan Apek suatu masa lalu..Jom money2gold terjah bloh Jejariruncing, sebenarnya money2gold pun tak ingat dah mcm rupa Elia nie...jomm zoommmm...


Melalui blognya JejariRuncing, Elia berkongsi kegembiraan sempena majlis konvokesyen UITM baru-baru ini kerana berjaya menggenggam diploma dan dia berhasrat untuk meneruskan pengajian peringkat ijazah pertama pula. Tahniah untuknya. TAHNIAH!

 ~money2gold gembira melihat kejayaan Elia..baca Entry pasal konvo teringat pulak masa konvo huhuhu

Friday, December 28, 2012

[Gambar] Majlis Konvokesyen UiTM yang ke 77

~ Entry berkaitan hari bahagia Elia KONVO UiTM, wajah wajah gembira Elia...



~ Gambar Kredit TO Elia@jejariruncing

~p/s: money2gold kata nak terjah blog jejariruncing kan..ok sudah bah....

~ Gambar Perkahwinan Apek KLIK sini


Banglo mewah terperangkap

TERKINI

KUALA LUMPUR: Ratusan penduduk Bukit Setiawangsa dikejutkan dengan bencana tanah runtuh yang mengakibatkan sebahagian besar benteng konkrit yang dibina pada lereng bukit terbabit runtuh, semalam.
Benteng konkrit setinggi kira-kira bangunan 25 tingkat itu dilaporkan tiba-tiba jatuh dan menimbus satu-satunya jalan keluar masuk ke Taman Puncak Setiawangsa, kira-kira pukul 10 malam tadi.

Malah, sehingga lewat malam tadi, pergerakan tanah di situ masih berlaku dan situasi difahamkan kritikal hingga memaksa sekurang-kurangnya penghuni di empat banglo mewah di puncak bukit berkenaan di arahkan keluar.

~ sumber Harian Metro

~berita berkaitan



Video : 1,000 orang berhimpun desak Isa letak jawatan




1,000 orang 

berhimpun desak Isa letak jawatan 

 Kira-kira 1,000 orang - rata-ratanya memakai baju berwarna oren - berarak daripada masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menuju ke Wisma Felda Jalan Semarak hari ini.

 Perarakan yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman itu turut disertai Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub serta ahli jawatankuasa pusat PAS, Idris Ahmad dan Dr Hatta Ramli.

NONEMereka berarak ke Wisma Felda bagi mengadakan perhimpunan serta menyerahkan memorandum kepada Felda.

 

 

 

 

1,000 orang berhimpun desak Isa letak jawatan


ira-kira 1,000 orang - rata-ratanya memakai baju berwarna oren - berarak daripada masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menuju ke Wisma Felda Jalan Semarak hari ini.

NONEPerarakan yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman itu turut disertai Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub serta ahli jawatankuasa pusat PAS, Idris Ahmad dan Dr Hatta Ramli.

NONEMereka berarak ke Wisma Felda bagi mengadakan perhimpunan serta menyerahkan memorandum kepada Felda.

Sementara itu, ketika berucap di atas kereta 4WD, Mazlan berkata, kehadiran beliau pada hari ini adalah tujuan bagi mendesak Pengerusi NONEFelda Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan.

"Kita tak bermusuh dgn pekerja Felda, tak bermusuh dengan anak peneroka.

"Kita ada di sini untuk membuat tuntutan paling utama. Kehadiran Isa mengundang malapetaka dan NONEbencana.

"Kita nak buat tuntutan terbesar kita iaitu Isa mesti letak jawatan dan undur," katanya.

Dalam pada itu, turut berhimpun di hadapan Wisma Felda hari ini ialah kira-kira 300 orang yang pro-Felda daripada Majlis Belia Felda Malaysia NONE(MBFM) yang membawa kain rentang antaranya bertulis "Jangan ganggu Felda", "Peneroka Felda bukan kacang lupakan kulit", dan "Persatuan ANAK Pengkhianat".

Mereka turut melaungkan "jangan ganggu Felda" dan NONE"Zalim...zalim... Mazlan Aliman Zalim".
Kumpulan dari MBFM itu tiba pada jam 2 petang, manakala kumpulan ANAK pula tiba setengah jam kemudiannya.
Berikutan itu, pihak polis membuat sekatan kira-kira 50 meter bagi menjarakkan dua kumpulan itu.
Pada perhimpunan itu, Mazlan bersama enam wakil ANAK dan PAS antaranya Salahuddin dan Hatta bertemu wakil NONEdaripada Felda untuk menyerahkan memorandum.

Selepas itu, kedua-dua kumpulan mula bersurai kira-kira jam 3.30 petang.

Mazlan yang kemudiannya ditemui pemberita memberitahu, akan membuat tindakan susulan selepas NONEmenyerahkan memorandum tersebut.

Beliau berkata, apa yang menjadi kepentingan ANAK buat masa ini ialah menuntut agar Isa melepaskan jawatannya.

Ini kerana, tempoh Isa sebagai pengerusi Felda akan tamat pada 31 Disember ini.

"Yang paling penting sekarang ialah tuntutan kita supaya Isa lepas jawatan sebagai pengerusi Felda.

"Kita takkan putus asa. Kita akan tuntut perdana menteri supaya pecat Isa. Tempoh akan berakhir pada 31 Disember. Perdana Menteri mesti ambil peluang dengan laksana tuntutan rakyat," katanya.

Antara tuntutan lain yang ada didalam memorandum itu ialah meminta agar Felda mengembalikan semula tanah Felda Plantation, menghentikan penjualan minyak sawit kepada syarikat yang didakwa milik Yahudi serta menghentikan camputangan politik dalam Felda.

Selain itu, mengulas mengenai kira-kira 300 NGO pro-BN yang turut hadir hari ini, Mazlan berkata, beliau menganggap mereka sebagai kawan dan bukan musuh.

"Saya anggap mereka kawan, bukan musuh. Musuh bukan anak peneroka. Mereka tak tau apa-apa. Mereka diupah. Mereka kawan kita," katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata, beliau berpuas hati terhadap kedua-dua kumpulan hari ini yang bersurai secara aman.

Katanya, dengan kekuatan anggota polis yang memadai, halangan dibuat bagi mengelak pertembungan kedua-dua kumpulan.

"Terima kasih pada kedua-dua kumpulan kerana bersurai dengan aman. Saya sangat berpuas hati dengan situasi hari ini. Mereka mendengar nasihat.

"Kekuatan memadai. Angka tak berapa besar. Tapi kita berjaya halang mereka daripada bertembung," katanya.

Tanah runtuh di Bukit Setiawangsa, jalan utama ditutup



KUALA LUMPUR - Benteng konkrit di Bukit Setiawangsa di sini runtuh malam ini menyebabkan jalan utama di kawasan itu ditutup kepada kenderaan.

Kejadian dipercayai berlaku dalam lingkungan jam 9 malam tadi.

Orang ramai khususnya penduduk tidak dibenarkan melalui jalan tersebut kerana masih terdapat pergerakan tanah, yang berisiko runtuh lebih teruk.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan , Jabatan Pertahanan Awam, dan pihak polis kini berada di lokasi bagi mengawal keadaan.

Setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa.

Lokasi kejadian tidak jauh dari kediaman Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

lagi gambar





Panas : Aksi Separuh Bogel Model Dari Malaysia di Facebook Dan Blog

Baca je la ye...copy paste je ..memang dasyat dan tengah hot pasal budak nama Sofea Putih (Nama Samaran Facebook).

Mengucap panjang ZoOM apabila melihat gambar-gambar yang kawan blogger usezworkshop upload dalam blog beliau, memang betul apa yang dikatakan dan diutarakan oleh beliau. Jika sebelum ini KDNK merampas banyak majalah-majalah yang separuh bogel di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur tetapi di Malaysia sendiri ada beberapa sumber yang mudah diperolehi terutamanya di laman sosial.

Dengan hanya bermodalkan kamera DSLR sekarang ni . photographer semakin ramai yang aktif dan ada yang terlalu kreatif sehingga mengalakan photographer daripada luar negara dengan menggunakan model daripada Malaysia (Gadis Melayu kot, sebab ZoOM dah jumpa Facebook gadis bernama Sofea ni).

====Post After upgrade to WordPress 3.5 yang hilang====

Kerana carian tinggi mengenai gossip ZoOM yang hilang kerana kesilapan version WordPress 3.5 sebelum ini, biarlah ZoOM mengagahkan jari-jari ini berkongsi dengan anda siapakan Sofea Putih yang kini menjadi isu panas dalam laman sesawang ketika ini.

Tumbuh bak cendawan dek kerana ramai yang memperkatakannya terutamanya selepas ZoOM update dalam laman forum popular di Malaysia.

Bukan ingin mengaibkan tetapi sekadar berkongsi dengan anda yang ingin dan telah terjerumus dalam dunia seperti ini.

Berbalik kepada topic asal, yakni konterversi mengenai Siapakah Sofea Putih ini (Nama Gelaran Dalam Laman Sosial Facebook) !!.

Dalam post ZoOM sebelum ini, memang ZoOM terkejut apabila melihat gambar diatas dan dibawah, namun apabila ZoOM membelek satu persatu komen positif dan negatif daripada laman gossip tersebut barulah ZoOM Sofea Putih yang seksi dan panas ini adalah Mak Nyah !!!!

So, kesimpulannya marilah kita sama-sama berdoa semoga Sofea (Nama Samaran dia) ini sedar akan kesilapannya Dan perbetulkan apa yang patut.


Sumber : Zoomartis

Apek-Leuniey nikah hari ini





KOTA BHARU – Selepas melalui pelbagai episod kontroversi, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21, akan diijabkabulkan hari ini
.Majlis akad nikah Khairul Fahmi dan Nur Eilunie dijangka berlangsung di kediaman Nur Eilunie atau Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat pada pukul 10 pagi.
Nur Eilunie ketika ditemui semalam, mengakui berdebar menanti detik pernikahannya dengan Khairul Fahmi atau Apek itu.
“Semakin dekat hari pernikahan berlangsung, semakin berdebar hati ini. Saya rasa semua orang yang hendak berkahwin juga merasai debaran sebegini,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Nur Eilunie turut memberitahu, dia sudah lebih seminggu tidak bersua dengan Apek dan hanya akan bertentang mata dengan jejaka itu pada hari pernikahan.
“Sejak lebih seminggu lalu, saya tidak berjumpa dengan Apek kerana Apek menjalani latihan bola sepak di Pulau Pinang. Doakan majlis perkahwinan kami berjalan lancar,” katanya.
Kosmo! 22 November lalu melaporkan Apek bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Leuniey pada 28 Disember ini pada majlis perkahwinan yang membabitkan kos RM300,000.
Mereka akan mengadakan tiga majlis iaitu majlis resepsi pengantin perempuan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember diikuti persandingan di sebelah pengantin lelaki di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari tahun depan
Kosmo

Gambar-Gambar ( 15 ) : Skitar Majlis Pernikahan Khairul Fahmi & Leuniey Natasha


TUMPAT 28 Dis. – Selepas 10 bulan menjalin hubungan, penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan pasangannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21, akhirnya sah bergelar suami isteri pagi ini.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam Masjid Pasir Pekan, Abdul Ghani Abdul Mutalib kira-kira pukul 10.25 pagi ini dengan disaksikan oleh ahli keluarga terdekat termasuk ibu bapa kedua mempelai di rumah keluarga Leuniey di sini.
Pada majlis tersebut, Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan Apek telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM19,000 bersama tujuh dulang hantaran dan Nur Eilunie atau Leuniey membalas dengan tujuh dulang.
Apek yang mengenakan baju berwarna kuning muda sah menjadi suami kepada Leuniey dengan sekali lafaz dan lebih 2,000 tetamu termasuk peminat setia mereka hadir pada majlis pernikahan tersebut.















~p/s : tumpang gembira..hmm tapi apa cerita blogger jejariruncing..hmmm nanti kita terjah blogg dia ok