Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Monday, December 31, 2012

Tragedi Bukit Setiawangsa : Banglo 2 Ahli Parlimen Akan Dirobohkan

Tragedi Bukit Setiawangsa: Banglo 2 MP mungkin diroboh


KUALA LUMPUR - Dua banglo, masing-masing milik Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, yang terletak di Puncak Setiawangsa, Bukit Setiawangsa berkemungkinan akan diroboh bagi memberi ruang zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran.

Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) Mohd Taufik Harun berkata, sebelum sebarang tindakan diambil pihaknya perlu mendapatkan semua maklumat berkenaan keadaan tanah dan cerun tersebut.

"Orang boleh bagi pelbagai cadangan, tetapi kami akan mencari penyelesaian sebenar," katanya di Pusat Operasi Bencana Tebing Runtuh di sini hari ini.

Beliau berkata langkah tersebut bertujuan menyelamatkan empat rumah lain yang terletak di atas bukit dan mengurangkan tekanan tanah di atas bukit.

"Buat masa ini kita lihat tiada kesan teruk akan berlaku terhadap rumah penduduk di kawasan atas tapi yang kita dikhuatiri adalah rumah penduduk yang
berada di bawah tebing cerun," katanya.

Menurut beliau hari ini pergerakan tanah masih aktif tetapi tidak seaktif Ahad.

"Tindakan segera sekarang kita perlu musnahkan banglo yang terjejas itu sebab akan sebabkan runtuhan tanah lebih teruk dan kita akan cuba alihkan bongkah konkrit yang berat kira-kira 8,100 kilogram secara perlahan-lahan," katanya.

Beliau berkata kaedah yang betul bagi proses merobohkan banglo itu perlu dilakukan bagi mengelakkan keadaan runtuhan tanah dan cerun menjadi teruk. - Bernama



Ke Tapak Kejadian Klik Sini

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...