Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Thursday, December 27, 2012

Banjir di Pantai Timur semakin pulih pagi ini

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin pulih apabila lebih 4,000 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, pagi ini.
 
Seramai 15,674 mangsa berada di pusat pemindahan banjir negeri masing-masing pada pagi ini berbanding 19,958 mangsa malam tadi.
 
Di TERENGGANU, jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sehingga pukul 9 pagi tadi adalah seramai 8,173 berbanding 11,489 orang malam tadi.
 
Menurut portal banjir negeri, 71 pusat pemindahan masih dibuka di Terengganu pagi ini berbanding 147 malam tadi.
 
Keadaan banjir di daerah Marang dan Besut bertambah baik apabila lebih banyak pusat penempatan banjir ditutup dan mangsa dibenarkan pulang, manakala daerah lain tidak menunjukkan perubahan yang ketara.

Di Besut jumlah mangsa yang masih berada di pusat penempatan ialah 121 orang, Marang (23), Kemaman (4,027), Dungun (2,130), Kuala Terengganu (1,021), Setiu (566) dan Hulu Terengganu (285).
 

Di KELANTAN, keadaan banjir menampakkan tanda pemulihan apabila jumlah mangsa banjir susut pagi ini kepada 6,507 orang berbanding 6,757 orang, berikutan cuaca yang baik sejak semalam sehingga pagi ini.
 
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, mereka yang dipindahkan itu membabitkan 2,040 buah keluarga yang ditempatkan di 31 buah pusat pemindahan sementara.
 
Pasir Mas masih lagi mencatatkan jumlah pemindahan terbesar membabitkan 4,031 orang yang terdiri daripada 1,276 keluarga dan mereka ditempatkan di 18 buah pusat pemindahan.
 
Di Tumpat, mereka yang dipindahkan adalah seramai 1,885 orang, Kota Baharu (231), Tanah Merah (153), Pasir Puteh (145), Kuala Krai (53) dan Machang (9).
 
Dengan keadaan cuaca yang baik ketika ini, hanya Sungai Golok di Rantau Panjang yang masih berada pada paras bahaya iaitu 10.31 meter (bahaya 9 meter).
 
Bagaimanapun, zon bebas cukai Rantau Panjang masih lagi digenangi air yang hanya boleh dilalui pacuan empat roda dan kenderaan berat sahaja. Tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual melawat pusat penempatan banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Pasir Mas hari ini bagi meninjau keadaan banjir di Kelantan.
 
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir semakin berkurangan kepada 994 orang berbanding 1,712 orang malam tadi.
 
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga pukul 9 pagi ini, hanya dua daerah yang masih membuka pusat pemindahan kepada mangsa-mangsa banjir iaitu Kuantan dan Pekan.
 
"Daerah Kuantan masih mencatatkan pemindahan mangsa paling ramai iaitu seramai 788 orang daripada 181 keluarga apabila kediaman mereka di lapan kawasan penempatan di daerah itu masih dinaiki air.
 
"Di daerah Pekan pula, jumlah mangsa yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara, Sungai Miang masih kekal 206 orang daripada 43 keluarga," katanya sambil menambah laluan yang ditutup kepada semua kenderaan telah dibuka semula.  - Bernama


 p/s : money2gold ada pengalaman ngeri banjir...seram bulu tengkok

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...