Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Showing posts with label Jalan-jalan Cari Makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan Cari Makan. Show all posts

Sunday, August 13, 2017

Rezeki Terpijak Nasi Lemak RM1 Kakak Dukung Anak di Ampang








PETALING JAYA: Gara-gara kisahnya berniaga nasi lemak sambil mendukung anak menjadi viral, ibu lima anak ini ibarat mendapat rezeki terpijak apabila dia diberi peluang untuk mengembangkan perniagaannya.

Siapa sangka, usaha keras memerah keringat demi mencari sesuap nasi untuk anak-anak yang masih kecil membuahkan hasil.

Benarlah kata orang, 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'.


Bermula pagi Ahad, orang ramai boleh membeli dan merasai keenakan nasi lemak air tangan wanita cekal bernama Nur Ain Kodir, 30, di dalam Stesen Petronas MRR2 Ampang.

Penyelia stesen minyak itu, Emmawati Tafid ketika dihubungi mStar Online mengesahkan pihaknya akan mula menjual nasi lemak tersebut di premis mereka bermula pagi Ahad.

Jelasnya, ia adalah sebagai satu usaha untuk membantu meringankan beban wanita tersebut.


Keenakan nasi lemak RM1 ini menjadi bualan hangat netizen.

"Insya-Allah bermula esok, kira-kira 50 bungkus nasi lemak Kak Ain akan dijual di dalam premis stesen minyak kami. Orang ramai boleh membeli nasi lemak itu di sini," katanya.

Menurut Emmawati, mereka sudah memaklumkan mengenai perkara itu kepada wanita tersebut pada malam Jumaat.

"Kami hubunginya malam tadi mengenai hasrat mahu tempah 50 bungkus nasi lemak untuk dijual hari ini (Sabtu) tapi dia terpaksa tolak. Mungkin kerana tempahan dibuat pada saat akhir jadi dia tak dapat penuhi permintaan itu," katanya sambil menambah akhirnya mereka bersetuju untuk memulakan jualan pada Ahad.

Emmawati berkata, pihaknya akan menjual nasi lemak tersebut dengan harga asal RM1.

"Kami membelinya pada harga RM1 dan menjual pada harga sama. Kami tidak ambil sebarang keuntungan kerana ingin membantu Kak Ain sekeluarga," katanya.


Kak Ain menyediakan nasi lemak sambil mendukung anaknya.

Sementara itu, Nur Ain ketika dihubungi mStar Online mengucapkan rasa syukur di atas niat murni pihak pengurusan Stesen Petronas MRR2 Ampang yang bersedia menjual nasi lemaknya di dalam premis mereka.

"Alhamdulillah, saya amat gembira. Tak sangka masih ada orang di luar sana yang prihatin dan sanggup membantu orang susah seperti saya," katanya yang mula berniaga nasi lemak tiga minggu lalu.

Sejak nasi lemaknya menjadi viral, Nur Ain berkata dia perlu menyediakan kira-kira 300 bungkus nasi lemak setiap hari.

"Memandangkan saya tiada pembantu, saya hanya dapat sediakan 300 bungkus sahaja setiap hari. Itupun tak cukup. Saya tak sangka sambutan yang diterima agak luar biasa," katanya.

Jika sebelum ini kelibat Nur Ain dapat dilihat di stesen minyak itu pada sebelah pagi dan petang, wanita dari Tanah Merah, Kelantan itu memberitahu dia hanya akan berniaga di sebelah pagi sahaja selepas ini.

"Memandangkan pihak stesen minyak akan jual nasi lemak saya bermula esok, saya akan berniaga sebelah pagi sahaja selepas ini. Saya lega sedikit, sekurang-kurangnya saya tidak perlu membawa anak-anak kecil berniaga di waktu petang, lagipun kawasan agak berbahaya untuk mereka," katanya.

Baru-baru ini, kegigihan wanita itu yang menjual nasi lemak ditemani tiga anak yang masih kecil di bawah cuaca panas terik mendapat perhatian netizen.

Seorang pengguna Facebook Lynn Ahmad yang kebetulan berada di stesen minyak itu ternampak wanita tersebut yang menjual nasi lemak berharga RM1 sambil mendukung anak kecilnya.

"Sedih tengok kak ni dengan tiga orang anak dia datang niaga. Akak ni dengan niaga, dengan nak kawal anak lagi," tulisnya.

Menurut status itu, meskipun anak wanita itu masih kecil masing-masing dilihat sabar dan tidak banyak kerenah menemani ibu mereka mencari rezeki.

"Nasib la anak akak ni baik duduk tepi jalan tu, jalan raya kan bahaya kalau buas-buas tapi mereka baik je, tiap petang aku lalu mesti duduk baik je tepi tu tunggu mak dia niaga," tulisnya lagi.


Orang ramai beratur untuk membeli nasi lemak Kak Ain.

Pada masa sama, Lynn turut menggesa orang ramai supaya membeli nasi lemak tersebut dengan niat untuk membantu meringankan beban wanita tersebut.

Akhirnya dengan bantuan netizen, kisah wanita itu tersebar di laman media sosial dan ada yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk merasai keenakan nasi lemaknya.













sumber
kredit

 


Thursday, February 16, 2017

Lemang periuk kera dapat sambutan




Namun, bagi sepasang suami isteri, mereka memilih pokok herba atau nama saintifiknya, nepenthes sepp itu untuk dijadikan lemang periuk kera.

Kamarul Zulkipli, 34, bersama isterinya, Nor Sidawati Sulaiman, 34, meskipun lemang periuk kera masih baharu, tetapi sambutan amat menggalakkan di negeri ini walaupun sudah ada lemang buluh yang begitu sinonim dengan negeri beradat ini.

Memulakan perniagaan itu tiga tahun lalu selepas merasai keenakan lemang periuk kera di sebuah rumah rakannya di Melaka, dia berkata, sememangnya percubaan pertama berjaya kerana melihat kelongsongnya tidak hancur dan kukuh menyokong pulut dan santan yang dimasak.

Rentetan daripada itu, Kamarul dan isteri, nekad menjual lemang periuk kera yang dibeli di Labis Segamat dan Rompin Pahang.

“Saya perlu beli kelongsong periuk kera ini di dua tempat iaitu Labis dan Rompin sebanyak 2,000. Saya lakukan ini kerana sukakan rasa lemang periuk kera. Walaupun jauh tapi berbaloi.

“Rasanya amat istimewa mungkin disebabkan aromanya yang tersendiri kerana lemaknya dan kelembutan pulut itu sendiri.

“Sesiapa perlu merasai sendiri barulah tahu keenakan lemang periuk kera,” katanya ditemui di rumahnya di Taman Bukit Intan, Senaling.

Menurutnya, pemprosesan penyediaan lemang periuk kera hanya mengambil masa 20 hingga 30 minit sahaja.

“Penyediaannya memang lebih mudah iaitu menggunakan teknik mengukus berbanding lemang biasa yang dibakar.

“Kita perlukan kelongsong periuk kera betina yang berbentuk seperti mangkuk dan perlu dibersihkan sebelum dimasukkan pulut dan santan.

“Periuk kera betina sesuai untuk membuat lemang kerana berbentuk mangkuk, kecil dan mudah diuruskan berbanding periuk kera jantan yang agak lonjong.

“Setelah dimasak, lemang ini mampu bertahan selama 10 hari hingga 12 hari,” katanya bila tiba perayaan Aidilfitri, dia tidak menang tangan menyiapkan tempahan.

Menurutnya, tempahan lemang itu tidak terhad pada musim perayaan sebaliknya sepanjang masa.

“Saya lakukan ini sebagai kerja sampingan sahaja dan jika ada tempahan, saya ambil,” katanya turut menerima tempahan lemang buluh.

Katanya, lemang periuk kera ini dijual dengan harga RM1.50 satu dan sesuai dimakan dengan rendang atau serunding.




















sumber:






Monday, February 06, 2017

Bermodalkan mulut dan telinga menjana pendapatan










Setiap hari seawal jam 8 pagi, Abang Joe sudah tercegat di jeti nelayan Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah. Beliau bersiap sedia untuk menjalankan tugasnya.
Abang Joe atau nama sebenarnya, Juhari Abu Bakar, 62, adalah tukang bisik yang menjadi perantara bagi nelayan untuk menjual hasil tangkapan laut kepada pelanggan.
Tugas Abang Joe nampak sangat mudah iaitu hanya perlu melayan bisikan pelanggan membida harga ikan atau hasil laut lain yang mahu dijual dan kemudian membuat keputusan siapakah berhak membelinya berdasarkan bidaan tertinggi.
Selain Abang Joe, terdapat kira-kira 20 tukang bisik menawarkan perkhidmatan di situ. Namun, kebanyakan mereka yang biasa berurusan di jeti berkenaan, mengakui Abang Joe adalah pakar dalam bab ‘bisik-bisik’ ini.
“Kalau orang lain mengambil masa lama untuk meyakinkan pelanggan, tapi dengan Abang Joe dalam masa lima minit, beres,” kata seorang pelanggan tetap di situ.
Ternyata pengalaman selama 20 tahun sebagai tukang bisik banyak membantu Abang Joe melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya.
Menceritakan pembabitannya dalam bidang itu, Abang Joe berkata, dia memilih kerjaya sebagai ‘tukang bisik’ kerana ia pekerjaan yang tidak perlu mengeluarkan modal atau berisiko. Sebaliknya ia hanya memerlukan sedikit pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi.
“Modal saya hanya mulut dan telinga. Tugas saya adalah mendengar bidaan yang dibuat pelanggan. Oleh itu telinga saya perlu tajam untuk mendengar setiap bidaan kerana ia hanya dibisik. Selepas mendengar semua bidaan, saya akan membuat keputusan siapa yang berhak membeli berdasarkan bidaan tertinggi.
“Memang nampak mudah tapi tetap perlukan kemahiran dan pengetahuan. Memandangkan pernah menjadi nelayan dan penjual ikan, jadi saya sudah masak dengan bidang ini.
“Ia memang membantu saya menjalankan tugas sebagai tukang bisik.
“Terdapat kira-kira 20 nelayan menggunakan khidmat saya. Tapi saya hanya hadkan tugas hingga jam 1.30 tengah hari walaupun aktiviti di sini berlangsung hingga 6 petang atau kadang-kadang hingga malam.
“Saya tidak menetapkan sebarang upah atas khidmat saya sebaliknya mereka memberi seikhlas hati dan menerima berapa saja yang diberi kerana itu rezeki. Alhamdulillah, dengan rezeki sebagai tukang bisik inilah saya membesarkan enam anak,” kata Abang Joe.
Walaupun Abang Joe enggan mendedahkan pendapatan sebenarnya, difahamkan seorang tukang bisik mampu memperoleh pendapatan RM100 sehari dan meningkat RM200 sehari pada hari puncak seperti hujung minggu atau cuti umum kerana kebanjiran pelanggan.
Sementara itu seorang lagi ‘tukang bisik’, Mohd Tarik Abd Hamid, 43, yang terbabit dengan kerja laut sejak berusia 18 tahun mengakui tugas berkenaan memberi sumber rezeki yang lumayan kepada anak muda di kampung itu.

 

“Saya boleh cakap pendapatan tukang bisik lebih baik daripada kerja makan gaji. Kalau setakat hendak membeli motosikal kapcai, mereka mampu membayar secara tunai.
“Sebab itu kebanyakan anak muda di kampung ini tidak berminat kerja kilang sekali pun tiada kelulusan akademik. Malah yang memiliki diploma dan sedang menunggu tawaran kerja juga melakukan tugasan ini sebagai pekerjaan sementara.
“Bagamanapun, ia bergantung juga kepada keadaan semasa, apabila musim tengkujuh nelayan tidak dapat ke laut, secara tidak langsung pendapatan kami turut terjejas,” kata Tarik yang turut menjadi peraih.
Namun, dia menegaskan tukang bisik bukanlah seperti ‘ulat’ yang mencari pelanggan di stesen bas atau orang tengah yang mengaut keuntungan atas angin sebaliknya sebagai perantara antara nelayan dengan pelanggan.
“Kami tidak diberi gaji atau komisen sebaliknya dibayar seikhlas hati atas perkhidmatan diberikan. Malah, mereka yang dilantik sebagai tukang bisik juga dalam kalangan ahli keluarga atau rakan rapat,” katanya.
Sebenarnya jika anda berkunjung ke jeti nelayan Kuala Muda, seolah-olah kita berada di pasar borong. Penulis berkunjung ke situ pada Jumaat yang juga cuti hujung minggu bagi negeri berkenaan menyebabkan pengunjungnya lebih ramai berbanding hari biasa.

 

Seawal jam 8 pagi, orang ramai sudah mula membanjiri kawasan pendaratan nelayan yang pulang membawa pelbagai hasil laut seperti ikan, udang, sotong dan ketam segar.
Setiap kali hasil laut dibawa naik dari bot nelayan yang berlabuh di pantai, pengunjung sudah bersedia untuk membidanya. Selalunya hasil laut itu akan dilonggokkan dalam kuantiti yang tidak menentu bergantung kepada hasil tangkapan dan dijual secara pukal kepada seorang pembeli saja.
Lebih menarik, ia tidak dijual secara timbangan malah tidak ada harga tetap diletakkan. Sebaliknya, aktiviti jual beli dilakukan secara bidaan antara pembeli dengan wakil nelayan iaitu tukang bisik.
Lebih unik ia dilakukan secara kaedah berbisik. Harga yang dibida hanya diketahui pembida dan si tukang bisik. Oleh kerana tidak ada harga ditetapkan, pembeli boleh meletakkan harga bidaan sesuka hati mereka tapi biarlah masuk akal.
Bagi yang sudah biasa dengan aktiviti berkenaan, mereka dapat mengagak harga bidaan yang perlu dilakukan bersesuaian dengan hasil laut hendak dijual. Tapi, mereka mungkin kalah bidaan itu dengan perbezaan harga hanya RM1 berbanding bidaan pembida lain.
Aktiviti bisik berbisik ini berlaku dengan pantas. Hanya selepas beberapa kali bidaan, hasil tangkapan dijual kepada pembida tertinggi. Tidak sampai 10 minit urusan jual beli selesai!
Bagi yang gagal dalam bidaan, mereka tidak mudah putus asa sebaliknya terus mencuba kerana aktiviti bisik berbisik ini akan berlangsung selagi hasil tangkapan masih ada. Ini kerana nelayan yang ke laut tidak pulang serentak sebaliknya secara berperingkat.
Tinjauan penulis dengan beberapa pelanggan di situ mengakui selain memperoleh hasil laut yang segar, harganya 40 hingga 50 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.

 

Komen Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kuala Muda
Menurut Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kuala Muda (PNKM) Abdul Halim Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Leh dalam kalangan nelayan dan penduduk setempat, kaedah menjual ikan secara berbisik ini sudah berlangsung sejak lebih 30 tahun lalu.
“Aktiviti bidaan ini bermula di Pulau Pinang tapi ketika itu ia dilakukan secara bidaan terbuka. Melalui cara ini nelayan akan meletakkan satu harga dan individu yang mahu membida mengangkat tangan dan membuat bidaan.
“Setiap pembida berlawan membuat bidaan hingga tidak ada lagi yang sanggup menandingi harga bidaan tertinggi. Kaedah ini selalunya mengambil masa yang panjang kerana pembida saling berlawan untuk menandingi antara satu dengan lain.
“Oleh itu apabila aktiviti ini diwujudkan di Kuala Muda pada 1987, semua nelayan bersetuju menggunakan kaedah berbisik,” katanya.
Pak Leh berkata, walaupun harga bidaan yang dibisik adalah rahsia tapi kebanyakan pembida sudah mahir dalam ‘permainan’ itu apabila harga ditawarkan tidak jauh beza antara satu sama lain.
Ini kerana kebanyakan yang datang membeli ikan dan hasil laut lain di situ terdiri daripada pemborong atau peniaga yang sudah masak dengan harga pasaran.
Malah, Pak Leh mendedahkan, bagi pelanggan biasa seperti penulis yang tidak pernah berurusan dengan aktiviti berbisik itu, mereka selalunya menggunakan khidmat orang tengah untuk melaksanakan tugasan itu bagi pihak mereka.
“Orang yang memainkan peranan berbisik bagi pihak pelanggan ini juga tidak mengenakan sebarang caj sebaliknya diberi sagu hati seikhlas hati.
“Selalunya tempat ini menjadi tumpuan orang ramai pada Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Bukan saja orang tempatan malah dari luar kawasan ini seperti dari Perak, Perlis serta Pulau Pinang.
“Di samping itu ia turut menjadi destinasi kunjungan pelancong terutama dari luar negara yang menganggap kaedah menjual ikan secara berbisik ini sebagai unik. Mereka akan merakam gambar serta video untuk dijadikan kenangan,” cerita Pak Leh.



Saturday, February 04, 2017

Apakah ROTAVIRUS?


Rotavirus adalah punca yang paling biasa penyakit cirit-birit di kalangan bayi dan kanak-kanak. [1] Ia adalah genus virus RNA dua terkandas dalam keluarga Reoviridae itu. Hampir setiap kanak-kanak di dunia ini dijangkiti dengan rotavirus sekurang-kurangnya sekali pada usia lima tahun. [2] Kekebalan berkembang dengan setiap jangkitan, jadi jangkitan yang berulang adalah kurang teruk; orang dewasa jarang terjejas. [3] Terdapat lapan spesies virus ini, yang dirujuk sebagai A, B, C, D, E, F, G dan H. Rotavirus A, spesies yang paling biasa, menyebabkan lebih daripada 90% daripada jangkitan rotavirus pada manusia.
Virus ini disebarkan melalui laluan najis ke mulut. Ia menjangkiti dan merosakkan sel-sel yang melapisi usus kecil dan menyebabkan gastroenteritis (yang sering dipanggil "selesema perut" walaupun tidak mempunyai berhubung dengan influenza). Walaupun rotavirus telah ditemui pada tahun 1973 oleh Ruth Bishop dan rakan-rakannya dengan imej elektron mikrograf [4] dan mencakupi kira-kira satu pertiga daripada kemasukan ke hospital untuk cirit-birit teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak, [5] kepentingannya telah sejarah telah dipandang ringan dalam komuniti kesihatan awam, terutamanya di negara-negara membangun. [6] Selain kesannya terhadap kesihatan manusia, rotavirus juga menjangkiti haiwan, dan patogen ternakan. [7]
Rotavirus biasanya penyakit mudah diuruskan zaman kanak-kanak, tetapi pada tahun 2013, rotavirus menyebabkan 37 peratus kematian kanak-kanak dari cirit-birit dan 215,000 kematian di seluruh dunia, [8] dan hampir dua juta lagi jatuh sakit teruk. [6] Kebanyakan kematian ini berlaku di negara-negara membangun. [9] Di Amerika Syarikat, sebelum permulaan program vaksinasi rotavirus, rotavirus menyebabkan kira-kira 2.7 juta kes gastroenteritis yang teruk pada kanak-kanak, hampir 60,000 dirawat di rumah sakit, dan sekitar 37 kematian setiap tahun. [10] Berikutan pengenalan vaksin rotavirus di Amerika Syarikat, kadar kemasukan ke hospital telah jatuh dengan ketara. [11] [12] kempen kesihatan awam untuk memerangi tumpuan rotavirus kepada menyediakan terapi rehidrasi oral untuk kanak-kanak yang dijangkiti dan suntikan vaksin untuk mencegah penyakit ini. [13] Kejadian dan keterukan jangkitan rotavirus telah menurun dengan ketara di negara-negara yang telah menambah vaksin rotavirus kepada dasar-dasar imunisasi rutin mereka. [14] [15] [16]


 Rotavirus

A single particle; it is spherical and has regularly spaced, short protrusions on its surface
Computer–aided reconstruction of a rotavirus based on several electron micrographs
Virus classification
Group: Group III (dsRNA)
Order: Unassigned
Family: Reoviridae
Subfamily: Sedoreovirinae
Genus: Rotavirus
Type species
Rotavirus A
Species
  • Rotavirus A
  • Rotavirus B
  • Rotavirus C
  • Rotavirus D
  • Rotavirus E
  • Rotavirus F
  • Rotavirus G
  • Rotavirus H


 sumber


























Udang krai RM 126,066




Bangkok: Seekor udang krai yang mempunyai tompok coklat di badan menjadi udang hiasan paling mahal di Thailand apabila dijual pada harga 1 juta baht (RM126,066).
Udang krai luar biasa itu dibiak oleh seorang penternak, Kanokphum Siriwat, 28, di daerah Kamphaeng Saen di wilayah Nakhon Pathom.
Hidupan air tawar itu dijual pada Isnin lalu kepada seorang pemilik restoran makanan laut, Prathan Lianpanich di daerah yang sama.
Udang krai yang diberi nama Chao Khun Chang itu berusia enam bulan dan dianggap unik kerana mempunyai corak tompok yang luar biasa.
Kanokphum berkata, dia menolak tawaran Prathan sebanyak dua kali dalam tempoh tiga bulan lalu apabila ahli perniagaan itu menawarkan harga hingga 500,000 baht (RM63,073) untuk membeli udang berkenaan.
Bagaimanapun, dia menjual udang itu kepada Prathan, peminat udang krai, selepas lelaki itu menawarkan harga 1 juta baht sebelum Tahun Baru Cina lalu.
Biasanya udang krai hiasan dijual pada harga sekitar 200,000 baht (RM25,230).
Kata Kanokphum, dia turut memberi Prathan seekor udang betina yang mempunyai kira-kira 300 anak.
Prathan berkata, udang krai seperti Chao Khun Chang sangat jarang ditemui dan dia kagum dengan corak serta warnanya yang unik.
Dia juga percaya udang kecil itu mampu membawa tuah kepada perniagaan restoran miliknya.





 kredit sumber
- Agensi



Tuesday, January 10, 2017

Restoran Ramly Burger Ada Menu Istimewa



Selepas ramai yang memboikot restoran makanan segera McDonald’s, kini rakyat Malaysia telah beralih untuk mencuba produk bumiputera milik Ramly bin Mokni iaitu Ramly Burger ataupun Burger Ramly yang sememangnya dikenali ramai sejak dulu lagi. Produk bumiputera makanan segera ini adalah industri bumiputera yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama ramly, Burger, nuget, frankfurter dan drumet adalah di antara produk yang paling diminati.




COMBO VALUE @ Hot Item



Selain BURGER , terdapat menu lain juga yg istimewa iaitu 
Chicken Drummet, Chicken Chop dan Lamb Chop
yang menariknya lagi black pepper sauce pun ader tu, selalu kat fast food ada cuma sos cili, sos tomato, sos thai je

chicken chop 

chicken drummet

lamb chop 





Saturday, January 07, 2017

Ramly Burger : RESTORAN Setaraf McD dan KFC



Ramly burger ni memang sinonim dengan produk sejuk beku macam daging burger, nugget, sosej dan beberapa lagi produk lain. Kalau tak silap Ramly ni buka restoran baru lagi so tak banyak lagi cawangan yang mereka ada. 









Rekaan gerai dah setaraf McD dan KFC tapi sayang betul kosong tak ada orang.Sokonglah barangan serta brand tempatan.





Perlu promosi di media masa TV dan FB serta Promosi untuk bersaing...




Senarai Lokasi Restoran Ramly Burger Di Malaysia





Friday, November 18, 2016

Roti Canai 3 Dara







Roti Canai 3 Beradik Laris Bukan Sebab Rupa
Pasir Mas: Senyuman manis tiga beradik perempuan menyambut kedatangan pelanggan ke sebuah kedai makan yang terletak di Kampung Chetok, di sini.

Keistimewaan ketiga-tiga mereka bukan terletak pada wajah semata-mata selain usia masih muda, sebaliknya kerana kebolehan mereka menebar roti canai yang digelar Roti Canai Tiga Beradik.

Tangan masing-masing lincah dan lembut menebar roti canai bagi memenuhi pesanan pelanggan dan mampu menghasilkan 200 keping setiap hari.

Nor Hasnah Abd Aziz, 28, anak keenam daripada lapan beradik berkata, kedai makan itu dibuka sejak dua bulan lalu dan terkenal dengan roti canai kerana dihasilkan dalam beberapa perisa termasuk milo, sardin, marjerin, bawang, telur dan kosong.

Katanya, idea membuka kedai itu tercetus kerana mahu mencari pendapatan sendiri memandangkan mereka tidak mempunyai pekerjaan dan perlu membantu keluarga. - myMetro
 
 
 

Tuesday, June 21, 2016

Kacang bersalut Lazat



Kacang bersalut


500gm Kacang tanah 
5 Ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sb serbuk cili
2 sb gula
3 sk garam
2 biji telur
5 sb tepung gandum
1 sb tepung beras
*sb - Sudu Besar
*sk - Sudu Kecil


Cara-caranya :
● Bersihkn kacang tanah...(bilas n jemur kering sehari sebelum nk buat

● Campur semua bahan (kacang+bwg putih+serbuk cili+gula+garam+telur)



● Gaul smpai sebati


● Masukkan tpg gandum dan tpg beras, gaul sampai sebati 

● Panaskan minyak n goreng dgn api sederhana

● Bila dah masak, angkat dan tapis/tos kan minyak sebelum dimasukkan dlm bekas





Monday, June 20, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT : Buttermilk Chicken




Buttermilk Chicken





BAHAN2:
7 pistol Ayam - potong kecil2
1/2 cwn tepung biasa
1/2 cwn tepung jagung
2 pek Butter
1 ulas Bwg Putih - cincang
2 tangkai Daun Kari
7 bj Cili Padi
1/2 cwn Susu Cair Evaporated (kurangkan/tambah ikut keperluan kepekatan)
Garam & Serbuk Cili Merah 
Gula sedikit bagi naik rasa lemak.


CARA2:
1. Perap ayam dgn garam, serbuk cili merah & kari selama 5 minit.
Golekkan ke dlm tepung biasa dan tepung jagung, selepastu goreng sehingga masak & garing.

Ayam yg sudah diperap dgn serbuk kari,serbuk cili merah,tepung gandum dan tepung jagung. Jangan lupa letak garam sikit.




Ayam yg sudah siap digoreng. Toskan minyak bg kering.



Cairkan butter .. Tak perlu letak minyak masak sbb butter dah minyak .


2. Cairkan butter & tumis bwg putih, daun kari & cili padi sehingga wangi.
Bila dah agak mcm garing sedikit,


Masukkan pula susu sedikit demi sedikit, tambah garam,gula & cili padi, kacau sehingga pekat.
3. Masukkan ayam goreng & selamat menjamu selera !!! ðŸ¤—🤗🤗🤗



Tuang susu cair lepas dah tumis bawang tadi.



Masa dia menggelegak tu gaul2 kn .. Takut jadi hangit kt bahagian bawah.. siap lah














Sunday, June 19, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT: Lamb Shoulder grill






Bahan-bahan utk perap lamb shoulder (Anggaran 7 keping):

1. 6 keping lamb shoulder
2. Bahan kisar: 5 cm halia,
1 cm kunyit hidup,
4 ulas bawang putih dan
4 ulas bawang merah
3. 3 sudu besar madu
4. 4 sudu besar Sos tiram
5. 4-5 sudu besar lada hitam kisar
6 1/2 sudu kecil serbuk Jintan manis ,
7. 1/2 sudu kecil jintan putih
8. 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar,
9. Sedikit kicap cair penganti garam
.
Cara menyediakannya :
.
1. Masukkan ke semua bahan perap ke dalam bekas.
.
2. Masukkan lamb shoulder ke dalam bahan perapan tadi dan gaul sebati
.
3. Perap lamb shoulder selama 2-3 jam atau semalaman.
.
4. Bakar lamb chop sampai masak. Boleh guna juali leper, kuali serba guna atau bakar atas arang.
.
Bahan-bahan sos:
.
1. Saki baki bahan perapan
2. 2 sudu teh sos tiram
3. 2 sudu teh sos tomato
4. 4 sudu besar lada hitam kisar
5. 2 sudu teh brown sugar
.
semuanya di masak dalam periuk bersama ngan 300 ml air hingga agak mendidih. Sebelum angkat pekatkan black pepper sos ngan bancuhan tepung jagung atau tepung ubi.
.
sedia untuk dihilangkan bersama hiasan yg diingini.



Wednesday, June 15, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT : PUDING LEMAK CENDOL







PUDING LEMAK CENDOL

Bahan-bahan:

1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan gula pasir - boleh kurangkan sikit jika tak suka manis
4 1/2 cawan santan sederhana pekat
2 helai daun pandan
500gm cendol - ditapis

Cara:

1. Bancuh tepung jagung bersama santan dan tapiskan kedalam periuk.
2. Campurkan gula dalam adunan kemudian masak dengan api sederhana hingga sebati. Hendaklah sentiasa dikacau selama lebih kurang 20 minit.
3. Bila dah likat, masukkan cendol dan kacau sebati selama 5 minit lagi.
4. Sudukan dalam acuan lompang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
5. Sejukkan dulu baru keluarkan dari acuan.






Tuesday, June 14, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT : PUDING KARAMEL LAPIS COKELAT






PUDING KARAMEL LAPIS COKELAT


Puding Karamel Lapis Cokelat 
Bahan-Bahan:

Bahan A –

1 tin susu cair (375 ml)
5 s/b gula
3 biji telur A
1 s/k esen vanilla
2 s/b tepung kastad

Bahan B –

1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
2 s/b tepung kastad
4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes

Bahan C –

2 s/b gula [hanguskan] atau 2 s/b madu-kite guna 5 s/b gula. suke karamel manyak2.

Cara Membuat:

1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan.

2. Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.

3. Panaskan periuk kukusan, kukus guna oven. Letak air dalam dulang pembakar dan kukus pada suhu 200′C. Boleh juga kukus atas dapur.

4. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.

5. Sebelum masukkan adunan B, goreskan sedikit bahagian atas permukaan lapisan A yang sudah masak tadi sedikit dengan sudu garfu. Maksudnya nanti lapisan A dan B akan melekat antara 1 sama lain.

6. Kemudian masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.

7. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis. Boleh buat 2 lapis, 3 lapis atau lebih. Setiap lapisan perlu dikukus.

8. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan. Potong dan hidangkan.





Monday, June 13, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT: PUDING SAGU BERKUAH KASTARD





PUDING SAGU BERKUAH KASTARD

Bahan puding sagu:

300gm sagu
Air secukupnya - untuk merebus
Sedikit sirap ros

Cara:
1. Campurkan semua bahan diatas, sentiasa kacau supaya tidak hangus dibahagian bawah.
2. Masak sehingga sagu bertukar menjadi jernih.
3. Siramkan sagu yang masih panas dibawah air yang mengalir dengan menggunakan penapis & dikacau supaya kanji sagu keluar.
4. Toskan sagu tadi & masukkan ke dalam acuan yang bersesuaian supaya senang untuk dihidang.
5. Simpan di dalam peti sejuk.

Bahan kuah kastard:

3 sudu makan tepung kastard
1 tin susu cair
4 cawan air
8 sudu makan gula - tak suka manis kurangkan
1/2 sudu teh garam






Friday, June 10, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT: PUDING COCKTAIL





PUDING COCKTAIL



Bahan custard:

2 cawan bird custard
8 cawan air

Cara:


1. Masukkan bird custard dalam bekas. Masukkan 3 cawan air. Gaulkan sebati hingga tidak berketul.
2. Pada masa yang sama, masak 5 cawan air di dalam periuk hingga hampir mendidih. Kemudian masukkan adunan tepung custard dalam periuk. Masak hingga custard masak, biasanya kita boleh nampak macam ada buih angin di dalam custard tu.
3. Tuang dalam loyang dah sejukkan.

Bahan kuah cocktail:

1.5gm tin susu cair - satu tin berat 410 gram
7-8 sudu gula - bancuh dengan sedikit air panas untuk cairkan gula, boleh tambah lagi jika perlu
1-2 tin fruit cocktail in syrup - berat 410 gram
2 cawan air masak - untuk masuk dalam kuah cocktail, boleh tambah lagi jika perlu, ikut citarasa nak kuah pekat atau cair

Cara:

1. Campurkan semua bahan dalam bekas. Rasakan manisnya sama ada mencukupi atau tidak.
2. Potong tepung custard yang telah sejuk. Masukkan ke dalam kuah coctail
3. Sejukkan di dalam peti sejuk.



wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...