Watak Kak Ros siri Upin Ipin dieksploitasi jadi seksi
Antara gambar Kak Ros yang dimuat naik. KUALA LUMPUR - Watak 'Ros', kakak garang dalam siri animasi Upin dan
Ipin, dikesan menjadi mangsa eksploitasi oleh pihak tidak
bertanggungjawab yang memaparkan watak itu dengan ilustrasi seksi
melampau.
Tujuh keping karikatur Kak Ros dimuat naik ke dalam sebuah laman web
perkongsian seni reka grafik yang telah diubah dan dilukis semula secara
digital dengan menggambarkan wataknya berpakaian seksi, malah ada
seolah-olah tidak mengenakan sebarang pakaian dengan keterangan tidak
senonoh.
Sejak dimuat naik 3 Julai lepas, gambar itu yang telah diakses lebih
4,000 pengunjung laman sesawang tersebut, dikhuatiri boleh 'meracuni'
pemikiran kanak-kanak melalui penerapan unsur lucah pada watak animasi
kegemaran mereka itu.
Mengulas perkara itu, seorang ibu Alya Nadirah, 23, menyatakan kegusaran
sekiranya pihak terbabit berjaya memuat naik video atau karikatur
berunsur lucah itu dalam laman sosial seperti YouTube yang sering
diakses kanak-kanak.
"Saya tak sangka dan terkejut kerana Upin dan Ipin yang ditonton semua
lapisan masyarakat telah dimanipulasi mereka yang berniat jahat.
Sekiranya berterusan, ia pasti akan menimbulkan pelbagai masalah sosial
kerana mereka (kanak-kanak) mudah terpengaruh dengan adegan dipaparkan
sehingga mempraktikannya," kata beliau.
Nawawi Nordin, 34, pula menyifatkan tindakan mengeksploitasi watak Kak
Ros itu mengaibkan kaum wanita kampung yang penuh dengan ciri-ciri
kesopanan.
"Watak Kak Ros yang ditampilkan dalam siri animasi ini memang memaparkan
ciri-ciri ketimuran dan adat Melayu seperti pemakaian baju kurung.
"Sekiranya karikatur itu tersebar, ia mencalarkan imej wanita Melayu
yang ditampilkan dalam siri animasi itu," kata bapa kepada dua anak
lelaki berusia dua dan empat tahun itu.
Upin dan Ipin merupakan sebuah siri animasi tempatan yang telah melonjak
nama negara di pentas animasi antarabangsa kerana penghasilannya
berjaya menembusi negara seperti Turki, Korea Selatan dan Hong Kong.
Siri animasi itu mengisahkan sepasang kembar berusia lima tahun yang
menjalani kehidupan seharian bersama kakak (Kak Ros), nenek dan
rakan-rakannya di sebuah kampung.
Dalam pada itu, Ketua Media Baru dan Perhubungan Awam Les' Copaque
Production Sdn Bhd, Mohd Zarin Abdul Karim berkata syarikatnya tidak
terlibat dengan sebarang penghasilan karikatur mahupun video Upin dan
Ipin yang bertentangan dengan undang-undang.
"Kami tiada kaitan dengan penghasilan sebarang siri animasi yang
mempunyai kesan negatif terhadap masyarakat khususnya kanak-kanak.
"Namun, pemantauan di internet terutamanya laman sosial, sentiasa kami
lakukan dari semasa ke semasa bagi mengesan mereka yang tidak
bertanggungjawab ini daripada terus menyebarkan perkara negatif,"
katanya kepada Bernama.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit
Aman Datuk Law Hong Soon berkata tindakan tegas akan diambil terhadap
mana-mana pihak yang dilihat cuba merosakkan masyarakat terutamanya
kanak-kanak melalui penyebaran bahan pornografi.
Bagaimanapun, katanya polis akan melihat dahulu sama ada kandungan
karikatur yang di muat naik ke laman sesawang itu mempunyai unsur
negatif terhadap masyarakat sebelum mengambil sebarang tindakan.
"Mereka yang bersalah akan disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan
kerana memiliki atau menyebarkan bahan lucah," katanya ketika dihubungi
Bernama.
Di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, mana-mana pihak yang disabit
kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau
kedua-duanya. - Bernama
Semasa admin mencari info untuk dikongsikan dalam blog ini admin terbaca info dibeberapa blog perwatakan gadis mengikut negeri mungkin ada betulnya mungkin juga tidak betul apa pun anda baca dibawah ini
Kuala Lumpur : Palsu sebab bertepek make up, perangai moden
Perak : Banyak berkulit hitam manis, bercakap agak riak
Negeri Sembilan : Raut wajah kasar, kalau cantik pun biasa-biasa saja, watak pelbagai
Melaka : Rupa paras biasa saja, agak keras hati dan mulut agak celupar
Pahang : Ramai yang cantik manis tetapi agak sombong, susah untuk mesra
Johor : Paling tak cantik sebab mata sepet tetapi berfikiran terbuka
Kelantan : Paling cantik, berwajah lembut dengan tutur kata tetapi kuat perkauman
Terengganu : Kurang sikit sahaja dari gadis Kelantan dari segi rupa
Utara: Agak kasar dalam nada pertuturan dan gurauan tetapi mudah mesra
BEIJING: China Communications Construction Company Ltd (CCCC), sebuah firma nasional dan anak syarikatnya, China Harbour Engineering Company Ltd, (CHEC) berminat untuk membida projek kereta api berkelajuan tinggi Malaysia-Singapura (HSR)
Timbalan Pengurus Bahagian Pemasaran CHEC, Ding Wen, berkata butiran seperti bagaimana untuk menyiapkan, pelaksanaan dan menghubungkan projek berkenaan dengan kedua-dua negara sedang dalam peringkat perbincangan
Beliau berkata, sebagai kontraktor antarabangsa, CCCC dan CHEC sangat berminat untuk mengambil bahagian dalam projek kereta api itu dan sedang memantau rapat perkembangannya
"Kami akan menubuhkan satu pasukan yang terdiri daripada bank-bank yang berkelayakan, firma perunding dan kumpulan pelabur bagi bekerjasama dan membida projek ini," katanya kepada sekumpulan wartawan Asia Tenggara yang mengikuti lawatan media selama tujuh hari ke Beijing, Tianjian, Suzhou Selatan dan Quanzhou
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengumumkan bahawa memorandum persefahaman dengan Singapura dijangka ditandatangani pada pertengahan tahun depan sebagai pemudah cara projek kereta api itu
Ini telah mencetuskan minat dalam kalangan firma pembinaan termasuk dari China
PETALING JAYA: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini akan diagihkan bermula 18 Februari, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri membuat pengumuman itu selepas menerima banyak pertanyaan mengenai bantuan wang tunai itu di akaun sosial miliknya.
"Ramai orang yang bertanyakan mengenai BR1M di laman Facebook, Twitter dan Instagram saya.
"Saya gembira mengumumkan bahawa, Insya-Allah, BR1M akan diagihkan bermula pada 18 Februari. Mudah-mudahan ia membantu," kata Najib di laman Facebooknya pada Jumaat.
Ketika pembentangan Bajet 2017 pada Oktober lalu, Najib mengumumkan bahawa jumlah bantuan BR1M akan ditambah untuk semua kategori.
BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan daripada RM1,050 & RM1,000 kepada RM1,200.
BR1M kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, meningkat daripada RM800 kepada RM900.
Bagi individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000, BR1M dinaikkan daripada RM400 kepada RM450.
Manakala Skim Khairat Kematian diteruskan dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah dan warga emas dengan peruntukan RM6.8 billion.
Bagi tahun ini, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 itu akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali pada Februari, Jun dan Ogos.
SEOUL: South Korea's prime minister will preside over a national security council meeting on Wednesday (Feb 15) morning to discuss the suspected murder of the North Korean leader's estranged half-brother in Malaysia, his office said.
Kim Jong Nam, the half-brother of North Korean leader Kim Jong Un, was found dead in Malaysia, according to Malaysian police on Tuesday. U.S. government sources have told Reuters they believe he had been murdered by North Korean agents.
A South Korean official also said they believed he had been murdered, without giving further details.
Kim Jong Nam, who was estranged from young North Korean leader Kim Jong Un, was known to spend a significant amount of his time outside North Korea and had spoken out publicly against his family's dynastic control of the isolated state.
South Korea is acutely sensitive to any sign of potential instability in its impoverished and nuclear-armed neighbour, with which it remains technically in a state of war.
Malaysian police said the dead man, 46, held a passport under the name Kim Chol. Kim Jong Nam has been caught in the past using forged travel documents.
Malaysian police official Fadzil Ahmat said on Tuesday the cause of Kim's death was not yet known, and that a post-mortem would be carried out. Kim had been planning to travel to Macau on Monday when he fell ill at the low-cost terminal of Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Fadzil said.
The U.S. government sources said it was possible that Kim Jong Nam had been poisoned.
(Reporting by Ju-min Park; Writing by Tony Munroe; Editing by Lincoln Feast)
Kim Jong-nam was attacked at about 09:00 (01:00 GMT) on Monday while waiting at the budget terminal of Kuala Lumpur International Airport for a 10:00 flight to Macau,Malaysia's Star newspaper reports, quoting police.
How the attack actually unfolded is still unclear. Malaysian police official Fadzil Ahmat told The Star that Mr Kim had alerted a receptionist, saying "someone had grabbed him from behind and splashed a liquid on his face".
But quoted by Malaysian news agency Bernama, the same official said a woman had come at him from behind and "covered his face with a cloth laced with a liquid". Earlier reports spoke of a "spray" being used or a needle.
His eyes "suffered burns as a result of the liquid", Fadzil Ahmat told Bernama, and he died on the way to hospital in nearby Putrajaya.
"So far there are no suspects, but we have started investigations and are looking at a few possibilities to get leads," Fadzil Ahmat told Reuters news agency separately.
News of Mr Kim's death was not reported until Tuesday. An autopsy was conducted on his body but the results have not yet been released.
Why the delay in identifying him?
South Korean media named the victim early on Tuesday but the Malaysian authorities initially only reported the sudden death of an unnamed North Korean national who had fallen ill at the airport.
Police then released a statement which quoted the victim's travel document identifying him as "Kim Chol", born on 10 June 1970.
Kim Jong-nam was born on 10 May 1971.
Police finally confirmed that the victim was indeed the half-brother of North Korea's leader.
It was not the first time Mr Kim had travelled under an assumed identity: he was caught trying to enter Japan using a false passport in 2001. He told officials he had been planning to visit Tokyo Disneyland.
Why was he flying to China?
Bypassed in favour of his youngest half-brother for succession when their father died in 2011, Kim Jong-nam kept a low profile, spending most of his time overseas in Macau, mainland China and Singapore.
He is said to have enjoyed the slot machines in Macau, a Chinese territory famous for gambling.
How did he fall out of favour?
The Tokyo Disneyland incident is thought to have spoilt his chances of succeeding Kim Jong-il, who died in 2011.
He later spoke out against his family's dynastic control of North Korea and in a 2012 book, was quoted as saying he believed his younger half-brother lacked leadership qualities.
Abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un mati dibunuh di Malaysia, menurut laporan agensi berita Yonhap dan media-media Korea Selatan, yang memetik sumber-sumber tidak dinamakan.
Yonhap yang memetik sumber kerajaan Korea Selatan, melaporkan Kim Jong Nam mati dibunuh pada Isnin semalam di Malaysia.
Ia tidak memberikan sebarang perincian.
Jaringan TV kabel TV Chosun pula melaporkan Kim diracun di lapangan terbang di Kuala Lumpur oleh dua wanita, dengan memetik beberapa sumber kerajaan Korea Selatan.
Polis Malaysia memberitahu Reuters bahawa lelaki Korea Utara tidak dikenali meninggal dunia dalam perjalanan dari lapangan terbang Kuala Lumpur ke hospital.
Menurut polis, identiti lelaki itu belum disahkan.
Qariah popular Sharifah Khasif Fadzillah membaca al-Quran di atas jet mewah dalam satu foto bagi mempromosi pakej mengaji RM33,000 sejam. — Foto ihsan Elite Jets
Qariah popular Sharifah Khasif Fadzillah melambai tangan selepas meninggalkan jet mewah yang menawar pakej mengaji RM33,000 sejam di awan biru. — Foto ihsan Elite Jets
KUALA LUMPUR, 14 Feb — Sejak dihebahkan Khamis lalu, pakej mengaji al-Quran sejam US$7,500 (RM33,400) di atas jet peribadi diminati hampir 100 peserta daripada pelbagai latar belakang dari dalam dan luar negara.
Menegaskan harga sedemikian sepadan dengan perkhidmatan, pengarah syarikat Elite Jets menafikan penganjur menggunakan agama untuk perniagaannya.
“Sekarang tengah dapatkan maklum balas, memang menggalakkan. Saya dapat maklumat lebih 50 ke 100 orang yang ingin sertai. Orang negatif ramai, seolah-olah macam hendak jual agama.
“Daripada kami berikan perkhidmatan pada orang kaya bawa perempuan simpanan dan arak semua itu, kenapa tidak kami bawa pendekatan secara Islamik. Mana yang anda hendak?
“Orang kaya-kaya hendak akhirat juga, tidaklah biar dunia semata-mata, bukan?
Selalu apabila dengar orang kaya-kaya ini, semua negatif pasal Islam.
“Jadi kita martabatkanlah [program agama],” kata Nik Eleena Zurenee Nik Mustapha ketika dihubungi ProjekMMO hari ini.
Mahu menampilkan penerbangan unik, Nik Elena berkata beliau memang mensasarkan golongan kenamaan dan orang penting (VVIP) dari Malaysia, Arab Saudi dan Brunei.
“Kami rasa kenapa tidak buat kelainan, mereka datang ke negara guna jet peribadi dan pada masa sama ustazah [Sharifah] mengajar atas penerbangan.
“Tidak semestinya ke Dubai. Kalau hendak ke Indonesia dalam dua jam boleh juga. Kalau ke Dubai, tujuh jam pergi dan tujuh jam balik, dalam 14 jam [semuanya], jadi darablah dengan US$7,500.
“Tetapi ia [pakej] bergantung pada kapal terbang juga. Ada kapal kami yang lebih murah. Jadi harga berbeza-beza, bergantung kepada tempat duduk,” katanya, yang mempunyai 30 jet peribadi.
Sementara itu, pengurus qariah popular itu Haryati Mohd Tahar berkata kelas pertama dijangka bermula Mei ini.
“Kita cuba mulakan rombongan sebelum Ramadan ini, mungkin bulan Mei ini tengok pada kekosongan jet nanti.
“Mula-mula akan berlepas jam pertama untuk sesi perkenalan dan jam kedua ada kelas. Aktiviti makan dan sebagainya. Selepas itu ustazah akan beri tazkirah mengenai Quran,” katanya, menjelaskan aktiviti dalam pakej tersebut, kepada ProjekMMO.
Haryati bagaimanapun menegaskan kelas mengaji yang dikendalikan Sharifah Khasif tidak hanya untuk kenamaan sebaliknya ada juga kelas-kelas pengajian untuk golongan kebanyakan.
“Mereka nampak kelas jet peribadi sahaja. Sebenarnya kita ada kelas untuk golongan yang tidak kemampuan.
“Golongan sederhana ada yuran tertentu dan yang berkemampuan seperti kerabat diraja [yurannya berbeza].
“Kelas biasa ada di masjid di Ampang, sudah dua tahun. Setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad,” katanya lagi.
Hari ini, mStar Online melaporkan kelas tersebut menawarkan pakej mengaji memilih ke destinasi luar negara termasuk China atau Australia.
Pelajar boleh merasai pengalaman belajar al-Quran pada ketinggian 9,000 meter dalam jet bernilai AS$21 juta (RM93.4 juta).
Sebuah video hampir 16 minit yang dimuatkan di Facebook Sharifah Khasif pada Khamis lalu menunjukkan sesi pengenalan kelas di dalam pesawat jenis Falcon 2000.
Video tersebut mendapat 180,000 tontonan dan lebih 4,000 perkongsian di Facebook.
Hari Wilayah Persekutuan (juga disingkat sebagai Hari Wilayah sahaja) ialah cuti umum di Wilayah Persekutuan, Malaysia. Ia disambut di wilayah ini: Kuala Lumpur, Labuan danPutrajaya pada 1 Februari setiap tahun. Tarikh ini bersempena pembentukan Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia dan Wilayah Persekutuan pertama pada 1974. Kuala Lumpur sebelum itu merupakan sebahagian daripada negeri Selangor
Sambutan dan tema
Tema Hari Wilayah diperkenalkan pada 1 Februari 2007.