Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Showing posts with label World Cup 2014. Show all posts
Showing posts with label World Cup 2014. Show all posts

Thursday, July 10, 2014

Pasukan GERMAN Dari Kampung di Malaysia??




~ Sebuah kampung di Pontian yg bernama Parit Jerman menjadi popular 
apabila Jerman Menang Besar Keatas Brazil ~







Fifa World Cup 2014 : Siapa Juara


Ramalan Siapa Juara Piala Dunia 2014 sudah bermain di bibir peminat bolasepak , mari kita tgk rekod pertemuan



Jika berdasarkan rekod pertemuan kedua dua pasukan seimbang..tetapi berdasarkan prestasi pasukan semasa kelebihan dan kekuatan berpihak kepada JERMAN



MARACANA Stadium perlawanan Akhir



~ PIALA DUNIA & Bola Rasmi BRAZUCA



~ ADIDAS BRAZUCA~
~ MASKOT ~

World Cup 2014 : JERMAN di PONTIAN


Sokong JERMAN...Kampung pun Sokong GERMAN



Photo: Sokong jerman





Bogel kayuh beca kalah bertaruh Piala Dunia




Fuzhou: Walaupun gagal menempatkan diri dalam pusingan akhir bola sepak Piala Dunia, China masih menjadi tajuk utama sukan itu dengan yang terbaru, gambar bogel seorang lelaki mengayuh beca.

Menurut rakannya, lelaki berkenaan bertindak demikian selepas kalah bertaruh dalam satu perlawanan bola sepak.

Beberapa rakannya memandu kereta di sebelahnya bagi memastikan dia mematuhi syarat yang sudah ditetapkan mereka ketika bertaruh.

Gambar itu tersebar dengan cepat di Internet dan beberapa pengguna berkata, lebih baik kalah wang pertaruhan daripada terpaksa berbogel di jalan raya. - Agensi


~sumber~













Wednesday, July 09, 2014

Malu Punya Pasal Brazil kena 7-1 brother nie....

"aku boleh hapuskan negara Brazil suatu ketika dulu,tapi aku tinggalkan sedikit di antara mereka supaya kamu tahu betapa ayam nya mereka"

-petikan dari #AdolfHitler-










































Tuesday, July 08, 2014

Dukun Brazil siap sedia pastikan Jerman kalah esok





Rio de Janeiro: Selain terpaksa berdepan dengan Brazil, pasukan Jerman juga akan bertarung dengan ilmu hitam seorang dukun tempatan pada perlawanan separuh akhir esok.

Brazil akan turun tanpa bintang mereka, Neymar di Belo Horizonte.

Bagaimanapun, dukun Helio Sillman dari Rio de Janeiro berkata, dia akan mengguna ilmu hitam untuk menghalang pasukan bimbingan Joachim Loew daripada mara ke perlawanan separuh akhir.

“Saya akan memilih pemain utama mereka dan mengikat kakinya bagi memastikan dia tidak boleh berlari ketika perlawanan,” kata Sillman, merujuk anak patung voodoo seorang pemain Jerman yang tidak dinamakannya yang akan disihir dalam satu majlis sebelum perlawanan bermula.



Foto
GAMBAR menunjukkan patung voodoo mewakili pemain bola sepak Brazil ditempatkan dalam kotak khas, kononnya untuk memberikan tenaga dan tuah kepada mereka. Ia sebahagian daripada ilmu hitam seorang dukun tempatan di Rio ketika pasukan tuan rumah itu bertemu Colombia, Jumaat lalu.


Di kedainya, ‘World of Orixas’ di kawasan kejiranan Madureira, utara Rio, Sillman menjalankan ritual ilmu hitam setiap kali sebelum perlawanan Brazil bermula.

Dengan menggunakan padang bola sepak kecil berbentuk kotak sebagai perantara ilmu hitamnya, dia meletakkan lilin yang dinyalakan mengikut warna kumpulan lawan dan patung voodoo pemain penting mereka.

Bagaimanapun, sumpahan Sillman ke atas bintang Colombia, James Rodriguez tidak mampu menghalang pemain itu menjaringkan gol dalam perlawanan yang menyaksikan pasukannya tewas 1-2 kepada Brazil dalam perlawanan suku akhir Jumaat lalu.

Selain itu, Sillman juga tidak berkuasa menghalang bintang Brazil Neymar daripada cedera tulang belakang ketika beraksi menentang Colombia, sekali gus memaksanya mengundur diri daripada perlawanan menentang Jerman.

Namun, Sillman berkata, keputusan perlawanan Brazil ketika menentang Cameroon, Chile, Croatia dan Mexico adalah hasil keberkesanan sihirnya.

“Brazil tidak berjaya dikalahkan oleh keempat-empat pasukan itu kerana sihir saya,” katanya. - AFP



~sumber




Thursday, July 03, 2014

Tonton Bola Piala Dunia Jangan Lupa Sambil Peluk Bini



Isteri Kantoi Main Lelaki Lain Ketika 

Suami Leka Tonton Piala Dunia.




Angkara mencintai isteri orang, seorang 
lelaki terpaksa bermalam empat malam 
di hospital akibat cedera dibelasah 
penduduk kampung apabila perbuatan 
terkutuk mereka dilihat suami wanita itu 
sendiri. Dalam kejadian kira-kira jam 1 
pagi kelmarin.


Lelaki berumur 26 tahun yang bekerja 
sebagai tukang besi dari Kampung 
Pangkal Changgong, Machang, Kelantan itu 
cedera di beberapa bahagian badan termasuk 
kepala apabila dipukul beramai-ramai oleh 
penduduk kampung tersebut.


Sebelum itu, kira-kira jam 11.30 malam, 
wanita itu dikatakan telah pergi menghantar 
suaminya yang berusia 27 tahun ke kedai 
mamak untuk melihat bola sepak permainan 
antara GERMAN bertemu PORTUGAL.


Apabila pulang ke rumah, wanita itu 
dikatakan menghubungi buah hatinya 
dan mangsa datang ke rumah tersebut 
kerana telah membuat temu janji 
sebelum itu.


Difahamkan dua jam kemudian, suami 
wanita itu menghubungi isterinya, 
namun tidak ada jawapan menyebabkan 
dia mengesyaki sesuatu lantas pulang 
ke rumah bersama rakannya untuk 
mengetahui apa yang berlaku.


Apabila tiba di rumah, dia dapati sebuah 
kereta Perodua Myvi berada di hadapan 
rumahnya sebelum dia mengintip 
melalui lubang rumah dan mendapati 
isterinya bersama seorang lelaki dalam 
keadaan mengangkang dan sedang 
berada didalam keghairahan. Turut 
disahut desahan mesra kedua-dua 
mereka.


Si suami yg sebak dan marah kemudian 
masuk ke dalam rumah bersama penduduk 
kampung, menyebabkan berlaku pergelutan 
antara lelaki tersebut dan penduduk 
kampung.Suami wanita itu yang bekerja 
sendiri kemudian menghubungi penguat 
kuasa syariah pejabat agama daerah sebelum 
pasangan itu diserahkan kepada pihak polis.


Menurutnya sumber, mangsa mengaku 
ketika kejadian dia baru selesai mengadakan 
hubungan seks dengan wanita berkenaan 
dan mereka berkenalan sejak awal tahun 
lagi.


Lelaki itu juga mendakwa kononnya 
dia tidak tahu wanita itu berstatus isteri 
orang kerana wanita terbabit memberitahu 
dia belum bersuami menyebabkan dia 
menjalin hubungan dengan suri rumah itu.


Dikatakan juga, lelaki tersebut mengenali 
pasangannya selepas dia tersalah nombor 
telefon menyebabkan dia menghubungi 
wanita itu dan dari situ hubungan mereka 
terus mesra dan sudah beberapa kali 
bertemu di pekan Jertih sebelum ini. 


Pemangku Ketua Polis Daerah, DSP 
Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi 
mengesahkan menerima laporan daripada 
suami wanita berkenaan dan tangkapan 
tersebut, lapor Sinar Harian.






Tuesday, July 01, 2014

Keputusan penuh Piala Dunia FIFA 2014



Keputusan Penuh Piala Dunia FIFA 2014
13/6/2014 : Brazil vs Croatia : 3 – 1
14/6/2014 : Mexico vs Cameron : 1 – 0
14/6/2014 : Sepanyol vs Belanda : 1 – 5
14/6/2014 : Chile vs Australia : 3 – 1
15/6/2014 : Colombia vs Greece : 3 – 0
15/6/2014 : Uruguay vs Costa Rica : 1 – 3
15/6/2014 : England vs Italy : 1 – 2
16/6/2014 : Switzerland vs Ecuador : 2 – 1
16/6/2014 : Perancis vs Honduras : 3 – 0
16/6/2013 : Argentina vs Bosnia : 2 – 1
17/6/2014 : German vs Portugal : 4 – 0
17/6/2014 : Iran vs Nigeria : 0 – 0
17/6/2014 : Ghana vs USA : 1 – 2
18/6/2014 : Belgium vs Algeria : 2 – 1
18/6/2014 : Brazil vs Mexico : 0 – 0
18/6/2014 : Rusia vs Korea Selatan : 1 – 1
19/6/2014 : Australia vs Belanda : 2 – 3
19/6/2014 : Sepanyol vs Chile : 0 – 2
19/6/2014 : Cameroon vs Crotia : 0 – 4
20/6/2014 : Colombia vs Ivory coast : 2 – 1
20/6/2014 : Uruguay vs England : 2 – 1
20/6/2014 : Jepun vs Greece : 0 – 0
21/6/2014 : Italy vs Costa Rica : 0 – 1
21/6/2014 : Switzerland vs Perancis : 2 – 5
21/6/2014 : Honduras vs Ecuador : 1 – 2
22/6/2014 : Argentina vs Iran : 1 – 0
22/6/2014 : German vs Ghana : 2 – 2
22/6/2014 : Nigeria vs Bosnia : 1 – 0
23/6/2014 : Belgium vs Russia : 1 – 0
23/5/2014 : Korea Selatan vs Algeria : 2 – 4
23/6/2014 : Portugal vs USA : 2 – 2
24/6/2014 : Australia vs Sepanyol : 0 – 3
24/6/2014 : Belanda vs Chile 2 – 0
24/6/2014 : Cameroon vs Brazil : 1 – 4
24/6/2014 : Crotia vs Mexico : 1 – 3
25/6/2014 : Italy vs Uruguay : 0 – 1
25/6/2014 : Costa Rica vs England : 0 – 0
25/6/2014 : Greece vs Ivory Coast : 2 – 1
25/6/2014 : Jepun vs Colombia : 1 – 4
26/6/2014 : Bosnia vs Iran : 0 – 1
26/6/2014 : Argentina vs Nigeria : 2 – 1
26/6/2014 : Exuador vs Perancis : 0 – 0
26/6/2014 : Honduros vs Switzlerland : 0 – 3
27/6/2014 : Portugal vs Ghana : 2 – 1
27/6/2014 : USA vs German : 0 – 1
27/6/2014 : Algeria vs Rusia : 1 – 1
27/6/2014 : Korea Selatan vs Belgium : 0 – 1
Keputusan Pusingan Kalah Mati
29/6/2014 : Brazil vs Chile : 1 – 1 (3 – 2)
29/6/2014 : Colombia vs Uruguay : 2 – 0
30/6/2014 : Belanda vs Mexico : 2 – 1
30/6/2014 : Costa Rica vs Greece : 1 – 1 (5 – 3)
1/7/2014 : Perancis vs Nigeria : 2 – 0
1/7/2014 : German vs Algeria : 2 – 1
    gambar Neymar penjaring goal Brazil
Top 10 Penjaring Gol Terbanyak Piala Dunia FIFA 2014
5 : James Rodriguez (Colombia)
4 : Neymar (Brazil)
4 : Lional Messi (Argentina)
4 : Thomas Mueller (German)
3 : Arjen Robben (Belanda)
3 : Robin Van Persie (Belanda)
3 : Karim Benzema (Perancis)
3 : Enner Valencia (Ecuador)
3 : James Rodriguez (Colombia)
3 : Xherdan Shaqiri (Switzerland)
2 : Luis suarez (Uruguay)
Berita terkini Piala Dunia 2014 @ Twitter
Gambar Menarik Piala Dunia FIFA 2014
gambar gol Van Persie lawan Sepanyol
Gol pertama Van Persie di Piala Dunia 2014
gambar gol David Villa yang dibatalkan
Gol David Villa yang dibatalkan
gambar jaringan gol kemenangan Mexico
Jaringan gol kemenangan Mexico
gambar pepe tanduk kepala mueller
Pepe tanduk kepala Mueller yang sebabkan Portugal tewas.












FIFA WORLD CUP 2014: Dua gol dalam masa 13 minit, Perancis hantar Nigeria pulang


Karim Benzema (tengah) cuba melepasi pertahanan Nigeria - EPA/ROBERT GHEMENT
Jaringan daripada Paul Pogba dan gol sendiri oleh Joseph Yobo berjaya membawa Perancis ke pusingan suku akhir bola sepak Piala Dunia 2014 pada perlawanan awal pagi tadi apabila skuad Les Bleus itu menumpaskan juara Afrika, Nigeria 2-0 di Stadium Nasional Mane Garrincha.
Perancis yang tidak pernah dikalahkan dalam masa 90 minit masa penuh perlawanan di pusingan kalah mati Piala Dunia sejak 1986, kini bakal menempah pertemuan menentang Jerman pada Jumaat nanti di Rio de Janeiro.
Nigeria di awal perlawanan pada minit ke-19 seakan-akan telah berjaya mendahului apabila Emmanuel Emenike menyepak masuk bola ke gawang Perancis hasil hantaran Ahmed Musa, namun penjaga garisan menafikan gol tersebut dengan keputusan ‘offside’.
EPA/DENNIS SABANGAN
Pogba memecahkan kebuntuan gol Perancis dalam babak kedua perlawanan di minit ke-79 apabila menanduk masuk bola ke gawang yang ditinggalkan terbuka luas oleh penjaga gol Nigeria, Vincent Enyeama.
Asakan demi asakan Perancis akhirnya membuahkan hasil apabila kapten skuad Nigeria, Yobo tertampan masuk bola hasil sepakan penjuru Karim Benzema yang dihantar kepada Mathieu Valbuena seterusnya kepada Antoine Griezmann ke hadapan gol Nigeria.
Perancis dilihat bermain lebih garang pada lewat babak kedua aksi perlawanan apabila berjaya menghasilkan dua gol dalam jarak kurang 13 minit untuk mengesahkan tiket kemaraan mereka ke pusingan lapan terakhir.
EPA/PETER POWELL
Pemain pertahanan Nigeria bagaimanapun layak dipuji apabila kemas menahan asakan bertali arus Perancis pada separuh masa kedua sehingga tamat perlawanan masa penuh.
Bintang harapan Perancis, Karim Benzema pula gagal menyerlah walaupun beberapa kali melakukan cubaan tepat ke gol yang tidak membuahkan hasil sekaligus membuatkan rakan sepasukannya Pogba dipilih menjadi ‘man of the match’.
 
 
Astro Awani 



Monday, June 30, 2014

Piala Dunia: Ramadan bermula untuk pemain beragama Islam hari ini




RIO DE JANEIRO: Kehadiran Ramadan, bermula hari ini menjadi ujian besar buat pemain beragama Islam yang kini beraksi pada kempen Piala Dunia di Brazil.

Ini adalah pertama kali dalam tempoh 28 tahun, Ramadan disambut serentak dengan kejohanan bola sepak berprestij itu. Kali terakhir adalah ketika Mexico menjadi tuan rumah pada tahun 1986.

Suhu semasa dicatatkan adalah antara 25 hingga 32 darjah celsius dan kebanyakan perlawanan pula berlangsung sebelah petang.

Ketua pasukan Algeria, Madjid Bouguerra ketika diwawancara media negaranya mengakui ia cabaran besar kepada pemain, namun baginya bukan asing dan pernah melalui pengalaman sama ketika beraksi bersama kelab Eropah, Glasgow Rangers.

“Ia memang sukar, tetapi cuaca di sini baik. Beberapa pemain akan menangguhkan puasa, tetapi saya akan meneruskannya bergantung kepada keadaan fizikal,” katanya.

Pertahanan Perancis, Bacary Sagna pula yang ditemubual The Associated Press (AP) di Ribeirao Preto, tahu bahawa terdapat kelonggaran tertentu yang membolehkan seseorang untuk menangguhkan puasa.

“Secara peribadi saya tidak akan melakukannya, tetapi semua orang bebas untuk meneruskan puasa dan saya benar-benar menghormati mereka,” katanya.
Selain Bacary, pemain tengah, Moussa Sissoko dan pertahanan sensasi Real Madrid, Karim Benzema antara pemain Perancis beragama Islam.

Pemain tengah Manchester United, Marouane Fellaini, pula mewakili negaranya, Belgium, selain dua tonggak Jerman, Sami Khedira dan Mesut Ozil.

Lain-lain pemain, Xherdan Shaqiri, Admir Mehmedi dan Gokhan Inler mewakili Switzerland, sementara Wakaso Mubarak dari Ghana serta Vincent Aboubakar mewakili Cameron terlepas daripada beraksi pada Ramadan selepas pasukannya gagal ke peringkat kedua, saingan 16 pasukan.

Antara pasukan yang mencatatkan ramai pemain Islam dan layak beraksi pada pusingan kedua adalah Algeria. - Agensi








Hadiah terbang ke angkasa jika menangi Piala Dunia 2014



SEBUAH syarikat aeroangkasa dari Belanda berjanji untuk menerbangkan skuad Oranje ke angkasa lepas sekiranya berjaya memenangi Piala Dunia 2014.

Tengah malam ini, anak buah Louis Van Gaal bakal berdepan Mexico di pusingan kedua.

Pengasas bersama syarikat SXC, Michiel Mol memberitahu akhbar Belanda NL Times, pihaknya bersedia memberi ganjaran luar biasa itu kepada Oranje sekiranya meraih kejayaan di Brazil.

"Jika menang Piala Dunia, seluruh pasukan Belanda termasuk Louis Van Gaal, kami terbangkan ke angkasa secara percuma.

"Mereka boleh menikmati pemandangan dari jarak 103 kilometer," katanya.

























sumber:









Friday, June 27, 2014

Brazil : KJ troll







Boleh tahan jugak KJ ni. Part yg kena kad merah tu yg tak boleh angkat.
Ini sebab Brazil kembali menang semalam. Nombor 11 score dua bijik (up sendiri). Nombor 4 man of the match (up boss). Yang pakai songkok kad merah.



Modal RM16 menang RM2740 bertaruh Suarez akan menggigit





Oslo: Seorang peminat bola sepak Norway menang £540 (RM2,740) selepas menaruh sebanyak £3 (RM16) bahawa Luis Suárez akan menggigit seseorang ketika perlawanan Piala Dunia.

Thomas Syverson membuat taruhan 175/1 secara online di laman web Betsson bersama 166 yang lain malah seorang daripada mereka turut memenangi jumlah wang lebih tinggi iaitu hampir £2,000 (RM10,950).

Penyata yang dipaparkan online menunjukkan taruhan sebanyak 32 Krone itu dibuat Syverson yang juga penyokong Blackpool dengan jumlah dimenanginya dicatatkan sebagai 5,600 Krone (RM2,940).

Syverson memberitahu akhbar AftenPosten: “Saya terjaga dari tidur selepas kejadian itu berlaku jadi saya hanya melihat rakaman ulangan yang disiarkan di televisyen.


“Sudah tentu saya gembira kerana menang. Saya menganggap Luis Suárez pemain hebat namun saya penyokong Blackpool jadi sudah pasti tidak akan memakai baju Suarez,” katanya.

“Mungkin saya akan membeli satu untuk teman wanita saya,” katanya.

Menurutnya, dia mahu membeli hadiah istimewa untuk teman wanitanya yang menyambut hari jadi Sabtu ini.

Pemain Uruguay itu didakwa menggigit bahu pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini di Brazil, hanya 14 bulan selepas terpaksa memohon maaf melakukan perkara sama di Britain.


.~ sumber






Thursday, June 26, 2014

Ghana terbangkan $3 juta cash money untuk tenangkan team world cup mereka.






Takde info plane bawa duit cash ni dah mendarat di brazil atau belum..player minta cash sebab ramai yg takde akaun bank kata mereka..

Ghana Soccer Stars Await $3 Million Plane Before Key Match.

Ghana’s Black Stars soccer team were awaiting the arrival of a plane with $3 million promised by the government as compensation for playing in the World Cup in Brazil, in the run-up to a match that may send them home.

The team is focused on the game against Portugal tomorrow, which they must win in order to have a chance to qualify for the tournament’s knockout stages, coach James Kwesi Appiah told reporters in Brasilia. Appiah said he hoped the money issue would be resolved within a few hours. Sannie Daara, spokesman for the Ghana Football Association, couldn’t immediately be reached to confirm whether the plane had landed.

“This is a situation that had to be sorted out before the competition,” Appiah said. “It’s hard to have this situation and having to tell the players each day that the money will come. But our players are dedicated and they are focused only on the game tomorrow against Portugal.”



Ghana’s President John Dramani Mahama contacted the team and the arrangements for payment were made after, the Ghana Football Association said in a statement.



~sumber





Bentuk stadium Piala Dunia 2022 didedahkan



DOHA - Qatar mendedahkan dua daripada 10 buah stadium baharu yang akan dibina sebagai persiapan menganjurkan Kejohanan Piala Dunia pada tahun 2022, lapor MailOnline kelmarin.

Stadium Al Bayt di Bandar Al Khor yang terletak kira-kira 48 kilometer di utara Doha itu dijangka siap dibina pada 2018, jauh lebih awal berbanding kejohanan itu yang akan berlangsung lapan tahun lagi di negara tersebut.

Kerja-kerja asas stadium yang mampu memuatkan 60,000 penonton itu telah bermula dengan reka bentuk seperti khemah tradisional berwarna hitam dan putih yang digunakan oleh orang nomad di Qatar.

Sementara itu, Stadium Al Wakrah yang boleh memuatkan 40,000 penonton dibina khas untuk diubah suai selepas Piala Dunia 2022 dengan kerusi di bahagian tingkat atas akan dikurangkan untuk dijadikan ruang perniagaan dan restoran.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Tertinggi untuk Persediaan dan Legasi, Hassan Al Thawadi berkata, menjelang akhir tahun ini, Qatar akan memulakan pembinaan sebanyak lima buah stadium sebagai membuktikan komitmen dalam menganjurkan Piala Dunia terbaik pada 2022.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menetapkan peraturan penganjur bagi Kejohanan Piala Dunia perlu mempunyai sekurang-kurangnya lapan buah stadium dan satu daripadanya mampu memuatkan 80,000 penonton untuk perlawanan akhir. - Agensi


Wednesday, June 25, 2014

World Cup 2014 : Suarez Pontianak Di Atas Padang





Pemain Itali, Giorgio Chiellini menunjukkan kesan gigitan yang didakwa dilakukan Luis Suarez dalam perlawanan Itali VS Uruguay awal pagi ini. FIFA mengumumkan akan menyiasat insiden berkenaan dan Suarez berdepan hukuman maksimum penggantungan antarabangsa sehingga dua tahun.


Harian Metro * myMetro's photo.

Harian Metro * myMetro's photo.

Harian Metro * myMetro's photo.




~ sumber Metro

World Cup 2014 : Giorgio Chiellini digigit Luis Suarez.

DADA akhbar di UK dihiasi isu Pemain Itali, Giorgio Chiellini digigit Luis Suarez.












wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...