Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Saturday, June 09, 2018

Malam Lailatul Qadar (Al-Qadr).




Apabila tiba 10 malam terakhir bulan Ramadan, maka berlumba-lumbalah ramai umat Islam untuk beribadah lebih hebat daripada kebiasaan. Tujuannya adalah satu, iaitu untuk mendapat keberkatan dan kelebihan yang ada pada malam yang disebutkan sebagai Malam Lailatul Qadar (Al-Qadr).

Ada banyak pendapat ulama mengenai bila berlakunya atau tarikh terjadinya Malam Lailatul Qadar ini. Namun, hanya mereka yang berjaya mendapatkannya sahaja akan tahu bila malam tersebut telah berlaku.

3 Tanda Malam Lailatul Qadar Telah Berlaku

Tanda Malam Lailatul Qadar Telah Berlaku
Daripada Ustaz Zahazan Mohamed, persoalan samada Malam Lailatul Qadar telah berlaku atau belum, boleh diketahui menerusi 3 kejadian atau tanda-tanda berikut:

Petanda Pertama

Malam yang tenang, suasana tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk. 

3 Petanda Seseorang Telah Temui Malam Lailatul Qadar
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: "Malam Qadar ini tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk, matahari akan terbit kemerahan dan cahayanya tak begitu kuat." (H.R Ibn Khuzaimah)

Petanda Kedua

Tanda kedua iaitu terangnya cahaya dan Nur malam itu hingga menyebabkan hati rasa lapang lebih dari malam-malam yang lain. Angin pada malam itu pula kelihatan tenang tanda ada tanda sebarang kehadiran tahi bintang. Sabda Rasulullah S.A.W: "Malam qadar adalah ketenangan tidak panas dan tidak sejuk dan juga tiada tahi bintang padanya." (H.R Ahmad )

Petanda Ketiga

Cara Ketahui Malam Lailatul Qadr Telah Terjadi
Tanda ketiga pula ialah matahari terbit pada waktu paginya tidak begitu terang, lain daripada kebiasaan. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Pagi Lailatul Qadar, matahari terbit tanpa kesilauan hingga lah ia naik." (H.R Muslim)

Dan dari pengalaman dan cerita yang pernah saya dengar, mereka yang telah menemui malam ini akan nampak kelainan dari segi seri wajah, dan wataknya juga menjadi lebih baik daripada sebelumnya, tanpa dia sendiri menyedarinya.

Kena Cari Baru Jumpa

Dan ada yang mengatakan bahawa malam Lailatul Qadar hanya akan muncul dan berlaku pada orang Muslim yang benar-benar mencarinya. Jika tidak mencari, maka ia tidak akan berlaku pada orang tersebut melainkan dengan izin Allah untuk memperlihatkan kehebatanNya.

Apapun, bila ia berlaku dan akan berlaku adalah di luar pengetahuan kita, kerana ia merupakan rahsia Allah S.W.T. Dan kalau anda nak mencari dalil secara akal pun, agak mustahil diketahui tarikh betul ianya terjadi disebabkan kitaran dan waktu masa antara tempat adalah tidak sama.



Tips Ulama Mencari Malam Lailatul Qadar. Kalau difikirkan, agak malang umat Islam zaman masa kini sebab nyawa dan umur amat pendek jika nak dibandingkan dengan umat-umat zaman terdahulu. Umat akhir zaman, seperti pernah dinyatakan Rasulullah S.A.W, rata-rata mempunyai umur sehingga 60-70 tahun.

Nak dibandingkan dengan umat sebelum ketibaan Nabi Muhammad S.A.W, sebelum hadirnya kitab Al Quran; umat sebelum itu rata-rata umur memang cecah ratusan dan ribuan tahun. Adakah umat Muhammad S.A.W tidak layak untuk memberikan ketaatan kepada Allah SWT sehinggakan dipendekkan umurnya?

Tips Daripada Ulama - Cara Mencari Malam Lailatulqadar

Tips Ulama Cara Mencari Malam Lailatul Qadar
Tips Ulama Cara Mencari Malam Lailatul Qadar
Dari sudut ibadah kepada Allah Taala, nampaknya satu kerugian sebab usia yang tak cukup panjang ini akan menyebabkan amalan baik yang dilakukan pun tak cukup setara dengan umat sebelum ini, walhal Allah S.W.T menyebut umat Islam di zaman ini adalah umat terpilih. Jadi, mana kelebihannya?

Dek kerana inilah, Baginda S.A.W memohon kepada Allah S.W.T memberi peluang umatnya supaya dapat beramal sama nilainya dengan amalan umat sebelum mereka. Berdasarkan permohonan inilah Allah S.W.T telah menyediakan satu bulan yang terdapat di dalamnya satu hari yang penuh hebat, penuh berkat, penuh mulia... malam yang cukup special yang dinamakan Lailatul Qadar

Maksud al-Qadar

Panduan Mencari Malam Lailatul Qadar
Syeikh Muhammad Abduh berpendapat malam itu diturunkan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W kerana al-Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu, Allah S.W.T mula mentakdirkan agamaNYA dan memerintahkan NabiNYA bagi menyeru manusia kepada agama dan melepaskan mereka daripada segala kerosakan.

Mari singkap beberapa pendapat dari ulama yang boleh dijadikan panduan dan tips untuk mencari malam Lailatul Qadar ini. 

Ulama Berbeza Pandangan Mengenai Bila Malam Lailatul Qadar

Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. 

Ertinya apabila tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, jadi tahun akan datang pada malam berbeza. Hal sama dikatakan Ibn Hazim, lailatulqadar ada kalanya malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadhan. 

Menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam sama setiap Ramadhan iaitu malam 27 Ramadhan berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W daripada Ubai bin Kaab yang dilaporkan Tirmizi dan hadis daripada Muawiyah yang dilaporkan Abu Daud, yang bermaksud:
"Saya mendengar Rasulullah berkata: Carilah lailatulqadar itu pada malam 27 Ramadan."
Namun, dalil paling kuat mengenai Lailatul Qadar ialah hadis daripada Aisyah yang dilaporkan Imam Bukhari, yang bermaksud:
"Carilah sedaya upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan."
Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas menunjukkan bila malam itu berlaku tetapi sepakat dengan hadis daripada Aisyah, ia berlaku pada malam ganjil akhir Ramadhan.

Tips Malam Lailatul Qadar dari Imam Al Ghazali

Cara Beribadah Mencari Malam Seribu Bulan
Imam Al Ghazali dan lainnya mengatakan: "Sesungguhnya dapat diketahui (Lailatul Qadar) dari permulaan atau malam pertama bulan Ramadhan.

Jika hari pertama jatuh pada malam Ahad atau Rabu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam tanggal 29 Ramadhan. Atau jika malam pertama jatuh pada malam isnin maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 21 Ramadhan. Atau jika malam pertama jatuh pada malam Selasa atau Jumaat maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 27 Ramadhan. 

Atau jika malam pertama jatuh pada malam Khamis maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 25 Ramadhan. Atau jika malam pertama jatuh pada malam Sabtu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 23 Ramadhan.

Semoga dengan sedikit perkongsian ilmu ini akan membawa kita, sebagai umat Islam sebagai umat yang tahu bersyukur akan nikmat yang telah Allah S.W.T berikan ini. Ia tidak didatangkan kepada umat sebelumnya, maka seharusnya Lailatul Qadar itu dicari, tetapi tidak mengabaikan amalan terbaik sepanjang Ramadhan.































Wednesday, June 15, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT : PUDING LEMAK CENDOL







PUDING LEMAK CENDOL

Bahan-bahan:

1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan gula pasir - boleh kurangkan sikit jika tak suka manis
4 1/2 cawan santan sederhana pekat
2 helai daun pandan
500gm cendol - ditapis

Cara:

1. Bancuh tepung jagung bersama santan dan tapiskan kedalam periuk.
2. Campurkan gula dalam adunan kemudian masak dengan api sederhana hingga sebati. Hendaklah sentiasa dikacau selama lebih kurang 20 minit.
3. Bila dah likat, masukkan cendol dan kacau sebati selama 5 minit lagi.
4. Sudukan dalam acuan lompang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
5. Sejukkan dulu baru keluarkan dari acuan.






Tuesday, June 14, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT : PUDING KARAMEL LAPIS COKELAT






PUDING KARAMEL LAPIS COKELAT


Puding Karamel Lapis Cokelat 
Bahan-Bahan:

Bahan A –

1 tin susu cair (375 ml)
5 s/b gula
3 biji telur A
1 s/k esen vanilla
2 s/b tepung kastad

Bahan B –

1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
2 s/b tepung kastad
4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes

Bahan C –

2 s/b gula [hanguskan] atau 2 s/b madu-kite guna 5 s/b gula. suke karamel manyak2.

Cara Membuat:

1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan.

2. Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.

3. Panaskan periuk kukusan, kukus guna oven. Letak air dalam dulang pembakar dan kukus pada suhu 200′C. Boleh juga kukus atas dapur.

4. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.

5. Sebelum masukkan adunan B, goreskan sedikit bahagian atas permukaan lapisan A yang sudah masak tadi sedikit dengan sudu garfu. Maksudnya nanti lapisan A dan B akan melekat antara 1 sama lain.

6. Kemudian masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.

7. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis. Boleh buat 2 lapis, 3 lapis atau lebih. Setiap lapisan perlu dikukus.

8. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan. Potong dan hidangkan.





RESEPI BERBUKA PALING LAZAT : PUDING TEMBIKAI



PUDING TEMBIKAI

Bahan-bahan:

1 paket agar2 serbuk - 10gm
2 keping roti gardenia
4 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
Cincau dipotong kecil - kalau tak ada cincau boleh guna bijan hitam
Sedikit pewarna hijau dan merah

Cara:

1. Masak agar2 bersama gula dan air. Hingga agar2 dan gula hancur.
2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan. Masukkan susu cair, roti dan susu pekat manis kemudian blend halus.
3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit. Tutup api.
4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau sebagai kulit tembikai sy guna 1 cawan, biar keras sedikit.
5. Lepas tu sedikit lagi warna asal sy guna 3/4 cawan, curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit.
6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih atau warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai, biar sejuk, simpan ke dalam peti sejuk.





Monday, June 13, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT: PUDING SAGU BERKUAH KASTARD





PUDING SAGU BERKUAH KASTARD

Bahan puding sagu:

300gm sagu
Air secukupnya - untuk merebus
Sedikit sirap ros

Cara:
1. Campurkan semua bahan diatas, sentiasa kacau supaya tidak hangus dibahagian bawah.
2. Masak sehingga sagu bertukar menjadi jernih.
3. Siramkan sagu yang masih panas dibawah air yang mengalir dengan menggunakan penapis & dikacau supaya kanji sagu keluar.
4. Toskan sagu tadi & masukkan ke dalam acuan yang bersesuaian supaya senang untuk dihidang.
5. Simpan di dalam peti sejuk.

Bahan kuah kastard:

3 sudu makan tepung kastard
1 tin susu cair
4 cawan air
8 sudu makan gula - tak suka manis kurangkan
1/2 sudu teh garam






Sunday, June 12, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT : PUDING KARAMEL TANPA TELUR





PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Bahan A gula hangus:

2 sudu besar gula pasir


Bahan B puding:

10gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sdb tepung kastad
1 sdk esen vanila

Cara:

1. Mula-mula buat gula hangus seperti biasa. Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil. Masak hingga gula menjadi perang. Kemudian ketepikan.
2. Satukan semua bahan-bahan B. Kacau di atas api. Adunan mesti dikacau selalu supaya tepung kastad tidak bergentel.
3. Apabila menggelegak dan adunan sedikit pekat, tutupkan api. Tapis dan tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
4. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk hingga puding mengeras. Terbalikkan dan bolehlah dihidangkan.









Saturday, June 11, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT: PAJERI TERUNG






PAJERI TERUNG

Bahan-Bahan:

3 biji terung panjang (sederhana kecil)
3 sudu besar minyak
1 1/2 cawan santan pekat
3 sudu besar rempah kari daging (bancuh dgn air menjadi pes)
1 sudu besar kerisik
Rempah tumis (kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga)
Bahan untuk dikisar halus:
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 cm halia
1 sudu besar udang kering
Cara Penyediaan:

Potong terung memanjang bersaiz lebih kurang sejengkal.
Dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yg telah dijadikan pes. Masak hungga pecah minyak.
Masukkan terung, kacau seketika. Tuang santan pekat dan kerisik. Masak sehingga kuah menjadi pekat.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedkit gula kerana pajeri adalah kari terung yang berkuah lemak manis.





Friday, June 10, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT: PUDING COCKTAIL





PUDING COCKTAIL



Bahan custard:

2 cawan bird custard
8 cawan air

Cara:


1. Masukkan bird custard dalam bekas. Masukkan 3 cawan air. Gaulkan sebati hingga tidak berketul.
2. Pada masa yang sama, masak 5 cawan air di dalam periuk hingga hampir mendidih. Kemudian masukkan adunan tepung custard dalam periuk. Masak hingga custard masak, biasanya kita boleh nampak macam ada buih angin di dalam custard tu.
3. Tuang dalam loyang dah sejukkan.

Bahan kuah cocktail:

1.5gm tin susu cair - satu tin berat 410 gram
7-8 sudu gula - bancuh dengan sedikit air panas untuk cairkan gula, boleh tambah lagi jika perlu
1-2 tin fruit cocktail in syrup - berat 410 gram
2 cawan air masak - untuk masuk dalam kuah cocktail, boleh tambah lagi jika perlu, ikut citarasa nak kuah pekat atau cair

Cara:

1. Campurkan semua bahan dalam bekas. Rasakan manisnya sama ada mencukupi atau tidak.
2. Potong tepung custard yang telah sejuk. Masukkan ke dalam kuah coctail
3. Sejukkan di dalam peti sejuk.



Thursday, June 09, 2016

SAYA TIDAK MAU BERPISAH DENGAN HARTA SAYA (HARTAKU AKAN KU BAWA MATI)



*CITER NI WALAUPUN PANJANG, KENA BACA.*
SAYA TIDAK MAU BERPISAH DENGAN HARTA SAYA
(HARTAKU AKAN KU BAWA MATI)

Haji Usman. Pemilik salah satu perniagaan batik dan olahan tekstil terkemuka di Yogyakarta, memang terkenal krn kedermawanannya, seakan harta telah begitu tak berharga baginya. Seakan dunia telah begitu hina di matanya.
Ringan baginya membuka kotak tabungannya, mudah baginya mengeluarkan wang simpanan dan seakan tiada beban baginya mengulur bantuan.
Inilah mungkin sosok nyata orang yg menganggap dunia di tangannya dan akhirat di hatinya.
Maka beberapa orang pengusaha muda yg bersemangat mendatangi beliau.
“Ajarkan pada kami, Tn Haji,” kata mereka, “bagaimana caranya agar kami seperti Haji Usman. Bisnes sangat maju & sukses, tidak cinta pada harta dan tidak sayang pada kekayaan... Hingga seperti haji Usman, bersedekah terasa ringan”.
"Wah", sahut Haji Usman tertawa,
"Antum salah alamat!”
“Betul ker?”...
"Lha iya. Kalian datang pada orang yg salah
Untuk makluman saya ini SANGAT SAYANG DAN MENCINTAI HARTA SAYA.
Saya ini sangat mencintai ASET yg saya miliki "
“Lho?”..
“kenapa heran, sebab terlalu cinta dan sayangnya, *SAMPAI-SAMPAI SAYA TIDAK RELA MENINGGALKAN HARTA SAYA DI DUNIA INI. HARTA SAYA INI AKAN SAYA BAWA MATI DIKUBUR DENGAN HARTA PERNIAGAAN SAYA.*
Saya itu TIDAK MAU BERPISAH dengan kekayaan saya.
Makanya sebab itulah saya titip-titipkan (tumpangkan sementara) dulu. Saya
*TITIPKAN* pada Masjid,
*TITIPKAN* pada anak yatim,
*TITIPKAN* pada fakir miskin,
*TITIPKAN* pada pejuang fii sabilillah.
*TITIPKAN* pada yayasan/ baitul maal.
*TITIPKAN* pada guru2 Agama & pekerja yg rajin Ibadah
*TITIPKAN* pada saudara dan pekerja yg dirawat sakit.
Alhamdulillah, kalau masih ada yg berkenan mau dititipi, saya senang sekali. Alhamdulillah ada yg sudi diamanatkan, saya bahagia sekali.
Yang penting *DI AKHIRAT NANTI SAYA MAHU AMBIL SEMULA HARTA YANG SAYA TITIP TITIPANKAN*
Saya sdh bekerja keras puluhan tahun maka ingin kekayaan saya itu dapat saya nikmati berlipat-lipat di alam kubur dan di akhirat nanti".
Maka siapa bilang harta tdk dibawa mati....?
*Harta itu dibawa mati....!!!*
Caranya ? ... *JANGAN BAWA SENDIRI... Minta tolong dibawakan oleh Fakir miskin, anak yatim, orang-orang yg berjuang di jalanNYA, yayasan/baitul maal....dll...*
karena anak dan keluarga sy cuma akan bagi saya kain putih saja.
سبحان الله....
Pengajaran: Sempena Ramadhan yg penuh berkah ini, *marilah kita sama2 titipkan harta kekayaan.


Doa Nabi Sulaiman Untuk Kekayaan Melimpah Ruah

Ketika itu  Nabi Sulaiman menjadi penguasa yang diwarisi dari nabi Daud Alaihissalam. Dari manusia, jin sampai hewan-hewan pun tunduk akan perintah nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman diberi kuasa  oleh Allah SWT untuk memerintahkan jin-jin dalam membangun bangunan dan memindahkan singgasana ratu Saba’. Dan mengajak ratu Saba’ untuk beriman kepada Allah dan meninggalkan agamanya terdahulu yaitu menyembah matahari.

Doa Nabi  Sulaiman untuk kekayaan ini juga diabadikan dalam al-Qur’an Surat Shod ayat 35 sebagai berikut:

doa nabi sulaiman untuk kekayaan, doa nabi sulaiman doa penunduk, khasiat doa nabi sulaiman, download doa nabi sulaiman, doa nabi sulaiman untuk ratu balqis, doa nabi khidir, doa nabi yusuf, doa nabi sulaiman menundukan binatang



Ia berkata: "Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi". (QS Shaad: 35).

Allah mengabulkan doa Nabi Sulaiman itu  dengan memberikan anugerah dan pengetahuan yang besar serta melimpahkan kekuasaan yang besar dan wewenang yang kuat atas Nabi Sulaiman as. Dalam ayat-ayat yang menceritakan kehidupannya, berbagai perincian mengenai kekayaan, kewenangan, dan bagaimana dia menggunakan pengetahuannya telah disampaikan.






RESEPI BERBUKA PALING LAZAT : KETAM GORENG KARI





KETAM GORENG KARI

Bahan:
Beberapa ekor ketam (perap ngn kunyit n sedikit garam - kemudian goreng.. sekejap je tau)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 paket kecil serbuk kari (ketam/udang/ika)n + sikit air (jadikan pes)
1 sb sos tiram
1 sb sos ikan (numlaa) - xde pun xpe... kalu ada lg best... ehhehehe
sedikit air asam jawa
2 biji telur (dipukul sekejap)
Sedikit daun kari
Garam dan gula (i x pakai pak aji lgsg)

Cara:

Goreng ketam terlebih dahulu... ketepikan...
tumis bahan tumbuk hingga naik bau...
masukkan pes kari dan kacau hingga sedikit garing
masukkan air asam jawa... sikit je tau... kalu guna adabi punya pes... dlm setengah sudu kecik jer..
masukkan sos ikan dan sos tiram...
masukkan telur dan kacau cepat2... biar jd mcm scrambled egg
last letak ler garam dan gula... secukup rasa... (kuantiti ikut pengalaman sndri jer... ehheheheh)
Bila kuah sedikit kering, letakkan ketam goreng tadi dan daun kari. Balik-balikkan supaya semuanya sebati. Tutupkan api dapur.









Wednesday, June 08, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT:Resepi Sup Tulang Power + Rempah sup buat sendiri





Resepi Sup Tulang Power + Rempah sup buat sendiri



Bahan-Bahan:

500g Tulang

Bahan untuk rempah tumis –

kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
2-3 tangkai cengkih

Bahan untuk dikisar –

3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 biji buah keras
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan putih


Bahan untuk dipotong dadu besar –

1/2 batang lobak merah
2 biji kentang sederhana besar
tomato (potong 4)

Cara Membuat:


1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk.

2. Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak.

3. Masukkan tuilang,kacau dan biar sebentar.

4. Masukkan air, lebih kurang 3 cawan.

5. Bila sup sudah mula mendidih,masukkan lobak merah dan kentang.Masak sehingga empuk.

6. Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa.

7. Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang.



+ Enak dimakan bersama nasi atau mee. Cicah dengan roti pun sedap.




Tuesday, June 07, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT: MEE HAILAM






MEE HAILAM

Bahan-bahan:

2 bawang putih
sikit isi ayam (sy letak udang)
beberapa ekor udang
sikit daging - rebus & simpan air
1 kiub perasa daging lembu
1 btg carrot
3 btg babby corn
sikit bunga kobis
sikit sawi
1 btg cili merah
2 sudu cili yg dh blend- sbb nk pedas sikit
2 sudu sos tiram
kicap manis
sikit lada hitam @ lada sulah
minyak
garam & gula

Bahan lain:

1 bungkus mee kuning- celur
daun sup+daun bawang,bawang goreng,cili merah potong-tabur masa hidang

Cara:

1. Panas minyak.tumis bawang2
2. Bubuh cili & biar garing jap..+ sos tiram...
3. Tuang air rebus daging & dagingnya skali..
4. Bubuh isi ayam & sayur2 yang keras dulu..dh didih masuk semua bahan yg lain..tambah kicap bagi warna dia gelap sikit..





Monday, June 06, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT: MEE GORENG DAGING






MEE GORENG DAGING

Bahan kisar:
5 ulas lada merah
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci persegi belacan
1 sudu kecil udang kering
1 sudu kecik ikan bilis
*Kesemua bahan di atas, di blend jangan terlalu halus.


Bahan lain:

1/2 kg mee kuning yang di cuci. Lebih elok kalau direndam sebentar dalam air panas untuk membuang kapurnya
300 gm daging, dihiris nipis dan di rebus bersama air dan hirisan halia sehingga lembut
3 susu besar tomato sos
1-2 sudu besar tomato sos
1sudu besar kicap masin
sedikit garam dan gula
1 mangkuk taugeh dan 2 ikat kucai dipotong 1 inci panjang ( boleh juga letakkan sawi atau carrot yang di hiris panjang)


Cara:

1. Tumis bahan2 yang dikisar di dalam minyak panas.
2. Apabila gareng, masukkan daging dan sedikit airnya.
3. Masukkan tomato dan kicap masin serta gula. Kacau rata.
4. Masukkan mee dan kacau lagi.
5. Terakhir masukkan taugeh dan kucai. Boleh jugak di masukkan hirisan tomato buah sekiranya suka.
6. Angkat dan hidangkan. Sedap di makan dengan hirisan lada dan perahan air limau kasturi dan bawang goreng.



Resepi, RESEPI BERBUKA PALING LAZAT : PUDING CENDOL






PUDING CENDOL

Bahan bawah:

500ml air*
160gm gula pasir*
1 sudu besar agar-agar serbuk*
150ml susu segar
150ml santan pekat
150ml air
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan susu atau santan tadi kacau sampai mendidih
200gm cendol - yang telah ditoskan

Cara:

1. Masak semua bahan bertanda *.
2. Bila dah mendidih masukkan semua bahan lain kecuali cendol, kacau sampai mendidih.
3. Bila cendol dah dimasukkan, tutup api. Tuang dalam loyang 9" x 9" biar keras.

Bahan atas:
200gm gula melaka*
50gm gula pasir*
1 sudu besar agar-agar serbuk*
500ml air*
150ml susu segar
150ml santan biasa
1 sudu besar tepung jagung - yang telah dikacau dengan santan tadi

Cara:

1. Didihkan bahan bertanda *.
2. Masukkan bahan yang lain, kacau hingga mendidih, angkat dan perlahan-lahan tuang atas lapisan bawah yang telah keras, sebelum tu lapisan bawah digaru dengan garfu supaya bila keras elok lekatnya.






Thursday, May 26, 2016

Syarat, Rukun, dan Pembatal Puasa Ramadhan



RUKUN PUASA

  1. Niat puasa sejak malam hari –sebelum masuk waktu fajar/subuh.
  2. Menahan makan, minum, jima’ dengan isteri pada siang hari sejak terbit fajar sampai terbenam matahari.
“Dan makan dan minumlah hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar, lalu sempurnakanlah puasa itu sampai malam” (QS. Al-Baqarah:187).
“Barangsiapa yang tidak beniat (puasa Ramadhan) sejak malam, maka tidak ada puasa baginya” (HR. Abu Dawud).

YANG WAJIB PUASA

  1. Orang beriman (Muslim/Muslimah)
  2. Aqil Baligh/mukallaf/dewasa.
  3. Sehat/waras/sadar /tidak gila.
Orang yang diwajibkan puasa Ramadhan adalah setiap orang beriman (lelaki dan wanita) yang sudah baligh/dewasa dan sehat akal/sadar.
“Telah diangkat pena (kewajiban syar’i/taklif) dari tiga golongan: dari orang gila sehingga dia sembuh, dari orang tidur sehingga bangun, dan dari anak-anak sampai ia bermimpi/dewasa” (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Tirmidzi).

YANG DILARANG PUASA

Yang dilarang puasa adalah wanita yang sedang haidh sampai habis masa haidhnya, lalu melanjutkan puasanya. Di luar Ramadhan ia wajib mengqadha puasa yag ditinggalkannya selama dalam haidh.
“Diriwayatkan dari ‘Aisyah ra. ia berkata, saat kami haidh pada masa Rasulullah Saw, kami dilarang puasa dan diperintahkan mengqadhanya, dan kami tidak diperintah mengqadha shalat” (HR Bukhari-Muslim).

YANG DIBERI KELONGGARAN UNTUK TIDAK PUASA

Orang beriman yang dibolehkan untuk tidak puasa Ramadhan, tetapi wajib mengqadha pada bulan lain, ialah:
  1. Orang sakit yang masih ada harapan sembuh.
  2. Orang yang bepergian (musafir). Musafir yang merasa kuat boleh meneruskan puasa dalam safarnya, tetapi yang merasa lemah dan berat lebih baik berbuka, dan makruh memaksakan diri untuk puasa.
  3. Orang mukmin yang diberi kelonggaran diperbolehkan untuk tidak mengerjakan puasa dan tidak wajib mengqadha, tetapi wajib fidyah (memberi makan sehari seorang miskin). Mereka adalah orang yang tidak lagi mampu mengerjakan puasa karena:
  • Umurnya sangat tua dan lemah.
  • Wanita yang menyusui dan khawatir akan kesehatan anaknya.
  • Karena hamil dan khawatir akan kesehatan dirinya.
  • Sakit menahun yang tidak ada harapan sembuh.
  • Orang yang sehari-hari kerjanya berat yang tidak mungkin mampu dikerjakan sambil puasa, dan tidak mendapat pekerjaan lain yang ringan.
“Siapa saja yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain…” (Al-Baqarah:185.)
“Maka ditetapkanlah kewajiban puasa bagi setiap orang yang mukim dan sehat dan diberi rukhsah (keringanan) untuk orang yang sakit dan bermusafir dan ditetapkan cukup memberi makan orang miskin bagi orang yang sudah sangat tua dan tidak mampu puasa” (HR. Ahmad, Abu Dawud, Al-Baihaqi).
“Wanita yang hamil dan wanita yang menyusui apabila khawatir atas kesehatan anak-anak mereka, maka boleh tidak puasa dan cukup membayar fidyah memberi makan orang miskin “ (HR. Abu Dawud).

HAL-HAL YANG MEMBATALKAN PUASA

  1. Sengaja makan dan minum pada siang hari. Bila terlupa makan dan minum pada siang hari, maka tidak membatalkan puasa.
  2. Sengaja membikin muntah, bila muntah dengan tidak disengajakan, maka tidak membatalkan puasa.
  3. Pada siang hari terdetik niat untuk berbuka.
  4. Dengan sengaja menyetubuhi istri pada siang hari Ramadhan, ini di samping puasanya batal ia terkena sanksi berupa memerdekakan seorang hamba, bila tidak mampu maka puasa dua bulan berturut-turut, dan bila tidak mampu, maka memberi makan enam puluh orang miskin.
  5. Datang bulan pada siang hari Ramadhan (sebelum waktu masuk Maghrib).
“Barangsiapa yang terlupa, sedang dia dalam keadaan puasa, kemudian ia makan atau minum, maka hendaklah ia sempurnakan puasanya. Hal itu karena sesungguhnya Allah hendak memberinya karunia makan dan minum” (Hadits Shahih).
“Barangsiapa yang muntah dengan tidak sengaja, padahal ia sedang puasa, maka tidak wajib qadha (puasanya tetap sah), sedang barangsiapa yang berusaha sehinggga muntah dengan sengaja, maka hendaklah ia mengqadha (puasanya batal)” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi).

HAL-HAL YANG BOLEH DIKERJAKAN WAKTU PUASA

  1. Menyiram air ke atas kepala pada siang hari karena haus ataupun udara panas, demikian pula menyelam kedalam air pada siang hari.
  2. Menta’khirkan mandi junub setelah adzan Shubuh.
  3. Berbekam pada siang hari.
  4. Mencium, menggauli, mencumbu istri tetapi tidak sampai bersetubuh di siang hari.
  5. Beristinsyak (menghirup air kedalam hidung) terutama bila akan berwudhu, asal tidak dikuatkan menghirupnya.
  6. Disuntik pada siang hari.
  7. Mencicipi@rasa makanan asal tidak ditelan.

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...