Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

ADVERTSLET

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Thursday, May 23, 2013

RON97 turun 20 sen mulai malam tadi ( SELASA )

KUALA LUMPUR - Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara turun 20 sen seliter kepada RM2.70 seliter berbanding RM2.90 seliter berkuat kuasa malam tadi, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hassan Malek kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama
 ~ RON 97 - RM2.70



~ RON 95 RM1.90


~ BIRU nie RON apa erkk? RONALDO




SENARAI MINYAK TERTINGGI DI DUNIA 2013

Neelofa Lentik Dengan Kebaya Ketat


Kami bukanlah peminat fesyen-fesyen terkini. Tapi kami suka melihat selebriti-selebriti terutama di tanah air kita mengenakan pakaian mereka.

Ada yang cukup kain, ada yang tak cukup kain (itu ajalah istilah fesyen yang kami tahu...heh!).

Antara selebriti yang kami suka lihat beliau berpakaian adalah Neelofa. Heheh..sebut aja Neelofa, pastinya sudah ada yang membayangkan kemontokan tubuh genitnya itu!

Ketika kami merayau-rayau di facebook, tersinggah pula di page peminat Neelofa. Mereka telah memuatnaik beberapa foto Neelofa yang berkebaya. Kebaya? Wow..

Sebenarnya foto berkenaan telah pun diambil dari blog Budiey.com ketika sebelum puasa yang lalu di The Blue Kebaya Showcase.

Menarik kebaya yang dikenakan Neelofa. Ianya rekaan Ezuwan Ismail.

Kebaya ketat diatas, skirt pendek dibawah..hehehehe...








Wednesday, May 22, 2013

Minum Air Suami Untuk Kekal Sihat Muda Bertenaga


Woww Alamak…tajuk entri hari ni bukan salah taip, entri lucah atau untuk 18 tahun ke atas ya…ini semua pasal keratan akhbar ni….murid-murid sila JANGAN lihat ya…
minum air suami untuk kekal sihat
Minum air suami untuk kekal sihat….

fuh…jangan la beritahu dekatpublic…malu la..haha…

Sebenarnya air suami tu patutnya ditulis air suam kan…hehe…typing error la tu..tapi bawa maksud pelik…budak-budak tidak dibenarkan membaca petikan itu.. :-)
Patut di tulis Minum air suami suam untuk kekal sihat….

p/s : sampai tak sempat nak edit ker?.. :-) kelam kabut tak der bahan ker last minit assgment nie



GST baik untuk semua sebenarnya...




Dengan jangkaan perolehan sebanyak 
RM27Billion dari GST yang akan dilaksanakan 
oleh pentadbiran Najib ianya menjadikan setiap 
rakyat Malaysia tak kira kaya atau miskin terpaksa 
membelanjakan sekurang-kurangnya
 RM1000 setiap tahun untuk GST sahaja..

Meskipun ianya kelihatan membebankan namun 
ianya adalah baik untuk keadilan seluruh rakyat Malaysia..

Ini kerana difahamkan sekitar 40% rakyat Malaysia 
berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan dan
perlaksanaan GST akan melibatkan mereka secara 
langsung.

Dan majoriti dari 40% rakyat Malaysia yang 
berpendapatan dibawah RM1,500 sebulan itu 
adalah penyokong UMNO/BN..

Mereka kekal menyokong UMNO/BN kerana
 kemiskinan menghalang mereka dari mendapatkan 
maklumat selain dari TV3 dan Utusan Malaysia.

Secara tidak langsung keperitan hidup yang 
disebabkan oleh GST akan membuatkan mereka 
berfikir adakah wajar mereka meneruskan sokongan 
terhadap UMNO/BN pada PRU akan datang.. itupun 
kalau mereka masih mampu berfikir..

Jadi.. tak salah rasanya kalau aku 
kata GST baik untuk semua.. biar depa
 pulak rasa macam mana sakitnya
 hati aku bila nak kena bayar
 income tax setiap tahun..


GST: 
Rakyat miskin pun
 kena bayar cukai

Dr Rosli Yaakop,
Kumpulan Kewangan Antarabangsa (IMF)
 mahu semua negara di dunia melaksanakan
 Cukai Barangan dan Perkhidmatan 
(CBP - Goods and Services Tax) 
dengan alasan supaya sistem pencukaian 
menjadi seragam di seluruh dunia 
“to create a more level playing field amongst
 trading nations.” IMF mendakwa bahawa sistem 
cukai langsung yang masih diamalkan oleh banyak
 negara sedang membangun telah digunakan untuk
 “menyorokkan” dasar perlindungan 
perdagangan yang mereka amalkan. 
Ia memberi contoh cukai yang tinggi dikenakan oleh 
sesetengah negara sedang membangun ke atas 
otomobil import telah menghalang pertandingan sihat
 di dalam industri otomobil dunia dan memaksa 
penduduk sesebuah negara sedang membangun 
menggunakan kereta keluaran dalam negara sendiri
 yang bermutu rendah berbanding kereta import dari 
negara maju. IMF berpendirian bahawa CBP pro-perdagangan
 bebas dan setiap negara – miskin atau kaya - hendaklah 
melaksanakannya. Penulis menghidu maksud tersirat dari 
dasar ini tidak lain ialah untuk mengekalkan penguasaan 
blok Barat ke atas ekonomi dunia. 
IMF sudah menggesa Malaysia supaya segera
 melaksanakan CBP dan kerajaan sudah bersedia 
untuk tunduk kepada gesaan itu seawal tahun 2005 lagi. 

Ketika membentang Belanjawan 2005, 
Menteri Kewangan mengumumkan CBP bakal 
dilaksanakan di Malaysia berkuatkuasa 1 Januari 2007, 
menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan 
yang sedia ada. Walau bagaimanapun, berikutan 
penentangan kuat rakyat, maka pada 22 Februari 2006, kerajaan mengumumkan penangguhan. 

Selepas lebih tiga tahun dibekukan, kerajaan menghidupkan
 semula rancangan untuk melaksanakan CBP bila mana 
pada Disember 2009, Bil CBP dibentangkan untuk 
pembacaan kali pertama di parlimen diikuti pembacaan kali kedua pada April 2010. Namun, sehingga sekarang ia belum dilaksanakan, mungkin kerana kerajaan kurang yakin pelaksanaannya akan diterima baik oleh rakyat. 

Sejak akhir-akhir ini, selepas memenangi 
Pilihan Raya Umum Ke tiga belas yang berlangsung
 pada 5 Mei 2013, sudah ada bayangan bahawa
 CBP bakal dilaksanakan dalam masa yang terdekat 
ini kerana dengan berbekalkan 133 kerusi parlimen
 yang dimenangi, kerajaan merasa cukup yakin bahawa 
ia sudah mendapat sokongan rakyat terbanyak untuk
 melaksanakannya. Sebelum PRU13, kerajaan ini 
tidak berani untuk melaksanakan CBP kerana penentangan
 kuat rakyat boleh diterjemahkan kepada kekalahan pilihan raya. 

Seperti yang bayangkan oleh Idris Jala, Menteri di 
Jabatan Perdan Menteri (lihat Business Times, 18 Mei 2013 – 
“GST can generate RM27b in revenue”), kadar CBP
 bakal ditetapkan pada 7 peratus, iaitu, 3 poin peratusan
 lebih tinggi dari kadar yang pernah disebut sebelum ini.
 Pada kadar 7 peratus, dianggarkan Malaysia akan 
menjana hasil tambahan sebanyak RM27 bilion. 
Pernah disebut oleh Perdana Menteri bahawa 
hasil yang dijana dari pelaksanaan CBP akan digunakan untuk menaikkan gaji kakitangan awam dan membina infrastruktur. 

Di bawah sistem CBP semua rakyat - ada pendapatan
 mahupun tiada pendapatan - kena membayar cukai, 
tiada kecuali, kerana tiada siapa pun di dalam sesebuah 
ekonomi yang tidak menggunakan barangan dan perkhidmatan.
 Orang termiskin di dalam ekonomi membayar cukai ke
 atas barangan yang mereka gunakan sama seperti 
orang yang terkaya kerana tiada siapa pun yang terlepas 
dari menggunakan sesuatu di dalam sesebuah ekonomi. 

Dalam sistem pencukaian yang diamalkan sekarang,
 hanya individu yang pendapatannya melebihi “threshold income”
 yang ditentukan yang membayar cukai. Atas asas ini dikatakan
 hanya 1.5 rakyat Malaysia yang membayar cukai kerana 
berpendapatan melebihi “threshold income” yang ditentukan. 
Di bawah CBP, tiada “threshold income” bermakna, 29 juta 
rakyat Malaysia kena menanggung beban cukai. Lagipun, 
cukai korporat dan cukai pendapatan individu akan di 
kurangkan bermakna beban golongan yang membayar
 cukai selama ini akan menjadi ringan. Beban itu dipindahkan
 kepada rakyat Malaysia yang selama ini tidak pernah membayar cukai.
 
Golongan yang tidak membayar cukai sekarang akan
 membayar cukai bila CBP dilaksanakan. Kira-kira 
32 peratus dari jumlah isi rumah (household) di Malaysia 
berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan yang tidak 
membayar cukai pendapatan. Mereka ini akan menjadi 
pembayar cukai apabila CBP dilaksanakan. Mereka
 membayar cukai atas barang yang tiada dalam senarai 
barang dikecualikan di bawah CBP seperti pakaian,
 permainan kanak-kanak, makanan yang diproses, 
makanan dalam tin dan sebagainya yang mereka 
gunakkan. Ini bermakna, golongan berpendapatan 
rendah dan golongan yang “economically vulnerable”
 dalam masyarakat terpaksa menanggung beban cukai.

Ahli ekonomi dan pencukaian mengakui bahawa CBP 
adalah satu sistem pencukaian yang “regressive” yang 
bermakna ia tidak adil. Semakin rendah pendapatan 
seseorang maka semakin besarlah bahagian pendapatannya 
yang pergi kepada membayar cukai. Atau kebalikannya: 
semakin tinggi pendapatan seseorang maka semakin 
kecillah bahagian daripada pendapatannya yang pergi 
kepada membayar cukai. Jelas, CBP membebankan 
golongan berpendapatan rendah dan miskin dalam 
masyarakat. Hal ini bertentangan dengan ciri sistem
 pencukaian yang adil, iaitu, sesuatu sistem cukai 
yang hendak dilaksanakan perlu memiliki sifat “progressive.”

IMF mengakui sifat regresif pada CBP ini dan 
mencadangkan supaya diwujudkan senarai barangan
 dan perkhidmatan bagi menangani kelemahan ini. 
Secara amnya, barang makanan asas dan 
keperluan-keperluan asasi dikeluarkan daripada
 senarai barangan dan perkhidmatan yang dikenakan 
cukai di bawah CBP. Ini masih tidak memadai untuk
 mengurangkan sifat regresif itu kerana di bawah CBP, 
orang kaya dan orang miskin membayar cukai yang
 sama kadarnya. Seorang peminta sedekah apabila 
membeli sebotol minuman ringan membayar cukai 
yang sama seperti yang dibayar oleh seorang taukeh 
judi yang kaya raya apabila membeli sebotol 
minuman ringan yang sama.

Di bawah CBP, semua orang membayar cukai pada kadar 
yang sama, tidak kira kaya atau miskin, walhal 
sistem pencukaian yang adil menghendakki orang
 kaya dan orang yang mampu membayar cukai
 (berpendapatan melebihi “threshold income” yang ditentukan)
 dikenakan cukai supaya hasil cukai dapat dijadikan 
alat fiskal yang berkesan untuk mencapai agihan
 pendapatan dan kekayaan negara yang lebih merata, 
adil dan saksama. Sistem cukai yang progresif juga 
menjamain bahawa semakin tinggi pendapatan 
seseorang, maka semakin tinggilah beban cukai 
yang ditanggungnya. Oleh itu, CBP yang bersifat
 regresif ini hanya akan membebankan rakyat 
terbanyak dan melebarkan lagi jurang pendapatan 
di antara golongan kaya dan miskin.

Memang diakui oleh ahli ekonomi dan pakar pencukaian 
bahawa CBP adalah “inflationary.” CBP ialah “consumption tax”
 dikenakan ke atas kesemua (kecuali barangan dan
 perkhidmatan yang dikecualikan) barangan dan perkhidmatan 
yang dihasilkan di dalam negera mahupun yang diimport.
 Juga, ia adalah “multi-tier stages of tax“ dikenakan ke
 atas setiap peringkat pengeluaran sesuatu produk 
daripada bahan mentah sehinggalah ke produk siap 
(finished products).
Walau wujud “credit offset mechanism” di bawah CBP,
namun, pada perkiraan mutakhirnya, penggunalah yang
 menanggung beban cukai. Misalnya, apabila cukai 7 peratus 
dikenakan ke atas perkhidmatan pengangkutan, 
kos pengangkutan akan naik dan ini akan membawa 
kenaikan kepada harga seluruh barangan dan 
perkhidmatan di dalam ekonomi termasuk barangan
 dan perkhidmatan yang dikecualikan cukai. Akhir,
 rakyat terbanyak akan menanggung beban kembar 
“kena bayar cukai dan kena tanggung inflasi.
” Lagi sekali, beban ini mengena lebih teruk kepada
 golongan miskin berbanding golongan kaya.

Memang, dari sudut hasil kerajaan, CPB ada
 kebaikannya, misalnya, ia mengurangkan kebergantungan 
besar ke atas cukai langsung dan cukai petroleum, 
menjamin sumber hasil yang lebih stabil bagi kerajaan 
berbanding cukai pendapatan dan oleh kerana CBP 
berasaskan kepada penggunaan, hasil kurang terjejas 
oleh kemelesetan ekonomi kerana apabila ekonomi
 meleset, penggunaan biasanya mampu bertahan.

Benar, tetapi di bawah kerajaan yang korup, manfaat
 ini tidak membawa apa-apa makna kepada rakyat 
terbanyak. Apakah gunanya hasil yang tinggi jika s
ebatang screw driver yang harganya RM25 dibeli 
melalui tender pada harga RM200? Apakah manfaatnya 
kepada rakyat apabila membeli kapal selam pada harga 
berkali-kali ganda lebih mahal kerena menteri 
mahukan komisyen?
Apakah gunanya membina stadium yang mahal 
tetapi runtuh atapnya? Perkara yang meruncing di
 dalam ekonomi Malaysia sekarang ia menghasilkan 
pulangan maksimum ke atas setiap ringgit wang rakyat 
yang dibelanjakan, bukan memaksa rakyat yang tidak
 mampu membayar cukai untuk membayar cukai. Sesungguhnya, 
CBP adalah cukai yang menzalimi rakyat 
berpendapatan rendah dan miskin.
Yang beruntung besar adalah orang kaya dan
 syarikat multinasional kerana cukai korporat dan cukai pendapatan direndahkan.


~ UPDATED TERKINI BARANGAN NAIK HARGA


Tangkal 7 Wali Penceroboh Lahad Datu


Pemakaian tangkal yang merupakan syirik menurut agama ISLAM...tapi di gunakan oleh Pengganas Sulu. 

Empat Sumbat Kerbau Curi dalam Myvi


POTONG...anggota polis menunjukkan sebahagian badan kerbau curi 
dalam kereta suspek. 

CHUKAI: Sekumpulan empat lelaki yang mencuri kerbau bertindak kejam apabila memenggal kepala haiwan dan bahagian badan lain sebelum menjual dagingnya di sekitar Kemaman.
Kumpulan membabitkan lelaki berusia 20-an terbabit yang dipercayai aktif melakukan kegiatan itu sejak awal Ramadan lalu turut bertindak agresif apabila melakukan kekejaman terhadap haiwan berkenaan sebaik ia ditangkap sebelum memasukkan bahagian badan yang dipotong ke dalam kereta.

Namun, kekejaman kumpulan lelaki yang dipercayai sudah mengaut keuntungan besar hasil daripada kegiatan itu berakhir apabila mereka ditahan selepas gagal melarikan diri ketika kenderaan dinaiki dikejar anggota polis, awal pagi semalam.Kereta Perodua Myvi dinaiki kumpulan terbabit terserempak kenderaan polis yang menjalankan rondaan cegah jenayah di Kampung Padang Kubu, kira-kira jam 1.30 pagi.

Berikutan curiga dengan kenderaan terbabit yang dipercayai sarat dengan muatan, anggota polis mengarahkan kenderaan itu berhenti, namun ia tidak diendahkan sebelum melarikan diri ke Chukai kira-kira 50 kilometer dari tempat kejadian.

KEJAM...kerbau curi yang ditemui dalam kereta suspek.

Menyedari kenderaan dinaiki diekori polis, kumpulan terbabit melarikan diri melepasi sempadan Kemaman sebelum memasuki Chendor, Pahang.Bagaimanapun, usaha menahan kumpulan terbabit gagal menyebabkan anggota polis berkenaan mengekori kenderaan itu sebelum kenderaan terbabit yang kehilangan arah tersadai sebaik tiba di kawasan berpaya berhampiran Sungai Baging, Kuantan, kira-kira 20 kilometer dari Chendor.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat, berkata sebaik tersadai, empat lelaki terbabit cuba melarikan diri sebelum dua daripada mereka ditahan di kawasan berkenaan.
“Pemeriksaan dalam kenderaan itu, kami mendapati beberapa bahagian badan kerbau yang belum dilapah dianggarkan seberat lebih 100 kilogram disembunyikan di tempat duduk belakang dan soal siasat mendapati bahagian badan haiwan berkenaan haiwan yang dicuri di kawasan ladang Ketengah Jaya, di sini,” katanya.

Menurutnya, dua lelaki dari Kampung Limbong, Chukai itu disiasat mengikut Seksyen 29(1) Kanun Keseksaan kerana gagal memberi keterangan mengenai barangan dibawa dan dituduh di Mahkamah Majistret Kemaman, di sini, pagi semalam.




~ Sumber myMetro 

Tuesday, May 21, 2013

UPDATE TERKINI : Barang Naik lepas PRU 13 Betul ker?

Sebelum PRU13 kita melihat mcm2 tuduhan telah dibuat oleh kedua2 belah pihak. Tuduhan itu dibuat dgn anggapan jika pihak yg dituduh tu menang pru,.

Tapi disebabkan BN telah menang, maka aku POST ni. Sebagai permulaan aku nyatan apa yg terlintas semasa aku buat POST ni:


1. Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia dlm kabinet Malaysia.

2. Tokey hidraf dlm kabinet. ( dapat dari tread aku yg silap jadi 2 tu)

3. GST dah mula dikenakan ( BACA KLIK SINI) 15 Hari selapas PRU13

~  Admin :  Kita Pantau Bila Barangan Akan naik bermula 6 Mei ( Berapa Hari dari PRU 13 )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...