Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Sunday, June 10, 2018

WORLD CUP 2018 TABLE #2


TABLE #2




















WORLD CUP 2018 TABLE #1




1#






TABLE YG LAIN KLIK SINI !

Saturday, June 09, 2018

Malam Lailatul Qadar (Al-Qadr).




Apabila tiba 10 malam terakhir bulan Ramadan, maka berlumba-lumbalah ramai umat Islam untuk beribadah lebih hebat daripada kebiasaan. Tujuannya adalah satu, iaitu untuk mendapat keberkatan dan kelebihan yang ada pada malam yang disebutkan sebagai Malam Lailatul Qadar (Al-Qadr).

Ada banyak pendapat ulama mengenai bila berlakunya atau tarikh terjadinya Malam Lailatul Qadar ini. Namun, hanya mereka yang berjaya mendapatkannya sahaja akan tahu bila malam tersebut telah berlaku.

3 Tanda Malam Lailatul Qadar Telah Berlaku

Tanda Malam Lailatul Qadar Telah Berlaku
Daripada Ustaz Zahazan Mohamed, persoalan samada Malam Lailatul Qadar telah berlaku atau belum, boleh diketahui menerusi 3 kejadian atau tanda-tanda berikut:

Petanda Pertama

Malam yang tenang, suasana tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk. 

3 Petanda Seseorang Telah Temui Malam Lailatul Qadar
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: "Malam Qadar ini tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk, matahari akan terbit kemerahan dan cahayanya tak begitu kuat." (H.R Ibn Khuzaimah)

Petanda Kedua

Tanda kedua iaitu terangnya cahaya dan Nur malam itu hingga menyebabkan hati rasa lapang lebih dari malam-malam yang lain. Angin pada malam itu pula kelihatan tenang tanda ada tanda sebarang kehadiran tahi bintang. Sabda Rasulullah S.A.W: "Malam qadar adalah ketenangan tidak panas dan tidak sejuk dan juga tiada tahi bintang padanya." (H.R Ahmad )

Petanda Ketiga

Cara Ketahui Malam Lailatul Qadr Telah Terjadi
Tanda ketiga pula ialah matahari terbit pada waktu paginya tidak begitu terang, lain daripada kebiasaan. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Pagi Lailatul Qadar, matahari terbit tanpa kesilauan hingga lah ia naik." (H.R Muslim)

Dan dari pengalaman dan cerita yang pernah saya dengar, mereka yang telah menemui malam ini akan nampak kelainan dari segi seri wajah, dan wataknya juga menjadi lebih baik daripada sebelumnya, tanpa dia sendiri menyedarinya.

Kena Cari Baru Jumpa

Dan ada yang mengatakan bahawa malam Lailatul Qadar hanya akan muncul dan berlaku pada orang Muslim yang benar-benar mencarinya. Jika tidak mencari, maka ia tidak akan berlaku pada orang tersebut melainkan dengan izin Allah untuk memperlihatkan kehebatanNya.

Apapun, bila ia berlaku dan akan berlaku adalah di luar pengetahuan kita, kerana ia merupakan rahsia Allah S.W.T. Dan kalau anda nak mencari dalil secara akal pun, agak mustahil diketahui tarikh betul ianya terjadi disebabkan kitaran dan waktu masa antara tempat adalah tidak sama.



Tips Ulama Mencari Malam Lailatul Qadar. Kalau difikirkan, agak malang umat Islam zaman masa kini sebab nyawa dan umur amat pendek jika nak dibandingkan dengan umat-umat zaman terdahulu. Umat akhir zaman, seperti pernah dinyatakan Rasulullah S.A.W, rata-rata mempunyai umur sehingga 60-70 tahun.

Nak dibandingkan dengan umat sebelum ketibaan Nabi Muhammad S.A.W, sebelum hadirnya kitab Al Quran; umat sebelum itu rata-rata umur memang cecah ratusan dan ribuan tahun. Adakah umat Muhammad S.A.W tidak layak untuk memberikan ketaatan kepada Allah SWT sehinggakan dipendekkan umurnya?

Tips Daripada Ulama - Cara Mencari Malam Lailatulqadar

Tips Ulama Cara Mencari Malam Lailatul Qadar
Tips Ulama Cara Mencari Malam Lailatul Qadar
Dari sudut ibadah kepada Allah Taala, nampaknya satu kerugian sebab usia yang tak cukup panjang ini akan menyebabkan amalan baik yang dilakukan pun tak cukup setara dengan umat sebelum ini, walhal Allah S.W.T menyebut umat Islam di zaman ini adalah umat terpilih. Jadi, mana kelebihannya?

Dek kerana inilah, Baginda S.A.W memohon kepada Allah S.W.T memberi peluang umatnya supaya dapat beramal sama nilainya dengan amalan umat sebelum mereka. Berdasarkan permohonan inilah Allah S.W.T telah menyediakan satu bulan yang terdapat di dalamnya satu hari yang penuh hebat, penuh berkat, penuh mulia... malam yang cukup special yang dinamakan Lailatul Qadar

Maksud al-Qadar

Panduan Mencari Malam Lailatul Qadar
Syeikh Muhammad Abduh berpendapat malam itu diturunkan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W kerana al-Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu, Allah S.W.T mula mentakdirkan agamaNYA dan memerintahkan NabiNYA bagi menyeru manusia kepada agama dan melepaskan mereka daripada segala kerosakan.

Mari singkap beberapa pendapat dari ulama yang boleh dijadikan panduan dan tips untuk mencari malam Lailatul Qadar ini. 

Ulama Berbeza Pandangan Mengenai Bila Malam Lailatul Qadar

Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. 

Ertinya apabila tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, jadi tahun akan datang pada malam berbeza. Hal sama dikatakan Ibn Hazim, lailatulqadar ada kalanya malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadhan. 

Menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam sama setiap Ramadhan iaitu malam 27 Ramadhan berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W daripada Ubai bin Kaab yang dilaporkan Tirmizi dan hadis daripada Muawiyah yang dilaporkan Abu Daud, yang bermaksud:
"Saya mendengar Rasulullah berkata: Carilah lailatulqadar itu pada malam 27 Ramadan."
Namun, dalil paling kuat mengenai Lailatul Qadar ialah hadis daripada Aisyah yang dilaporkan Imam Bukhari, yang bermaksud:
"Carilah sedaya upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan."
Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas menunjukkan bila malam itu berlaku tetapi sepakat dengan hadis daripada Aisyah, ia berlaku pada malam ganjil akhir Ramadhan.

Tips Malam Lailatul Qadar dari Imam Al Ghazali

Cara Beribadah Mencari Malam Seribu Bulan
Imam Al Ghazali dan lainnya mengatakan: "Sesungguhnya dapat diketahui (Lailatul Qadar) dari permulaan atau malam pertama bulan Ramadhan.

Jika hari pertama jatuh pada malam Ahad atau Rabu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam tanggal 29 Ramadhan. Atau jika malam pertama jatuh pada malam isnin maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 21 Ramadhan. Atau jika malam pertama jatuh pada malam Selasa atau Jumaat maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 27 Ramadhan. 

Atau jika malam pertama jatuh pada malam Khamis maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 25 Ramadhan. Atau jika malam pertama jatuh pada malam Sabtu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 23 Ramadhan.

Semoga dengan sedikit perkongsian ilmu ini akan membawa kita, sebagai umat Islam sebagai umat yang tahu bersyukur akan nikmat yang telah Allah S.W.T berikan ini. Ia tidak didatangkan kepada umat sebelumnya, maka seharusnya Lailatul Qadar itu dicari, tetapi tidak mengabaikan amalan terbaik sepanjang Ramadhan.































WORLD CUP 2018 JADUAL


BOLEH MUAT TURUN JADUAL PERLAWANAN PIALA DUNIA 2018 RUSSSIA DISINI






ADA PELBAGAI JADUAL DAN CARTA DINDING WORLD CUP 2018 YG MENARIK UNTUK ANDA DOWNLOAD DISINI


KLIK 1

KLIK 2

KLIK 3

KLIK 4

WORLD CUP 2018 SEJARAH untuk RAKYAT MALAYSIA



Sejarah buat rakyat Malaysia apa bila WC2018-RUSSIA 2018 kembali disiarkan PERCUMA melalui  siaran rasmi kerajaan Radio Televesyen Malaysia RTM, di mana beberapa siri World Cup yg lalu hanya melalui siaran BERBAYAR ASTRO, yg hanya boleh ditonton di PERCUMA (makan  Modal juga secawan teh dan roti sekeping ~ RM5) di kedai-kedai dan restoran mamak. Berita gembira ini diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia pada Mei Lalu, Kos Anggaran yg berjumlah RM40 Juta utk mendapat hak penyiaran. Kos penyiaran ini juga menjadi Kontrovesi memandangkan menteri ini dari Kerajaan BAHARU, Kerajaan HARAPAN yg Memangi PRU 14 pada 9 Mei lalu menewaskan Kerajaan Barisan Nasional yg memerintah lebih 60 tahun.



( pssstt : pasal PRU 14 nanti MoneyGold ulas dlm coretan yg lain sbb nie bab sejarah jugak, nie semangat nak buat N3 sbb WORLCUP 2018 )



Selasa ini 12 Jun kita tunggu perincian siaran Piala Dunia di RTM




Perincian siaran Piala Dunia di RTM diumum Selasa



PIALA DUNIA 2018 | Perincian berhubung penyiaran perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 oleh stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) termasuk berkaitan penajaan akan dikongsi Selasa ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.
Beliau berkata satu sidang media berhubung perincian tersebut seperti jumlah tajaan, bilangan perlawanan yang akan disiarkan dan keuntungan yang dijana akan diadakan di The Glass House, Seputeh, Kuala Lumpur.
"Semua orang teruja untuk tahu mengenai hal itu, jadi kita akan bawakan pasukan dari RTM bagi menjawab segala perkara berkaitan siaran bola sepak tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa kementerian itu di Putrajaya hari ini.
Beliau mendedahkan setakat ini Maxis Berhad adalah penaja utama rancangan itu.
Sebelum ini, Gobind mengumumkan kerajaan melalui RTM akan menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan dengan kos sebanyak RM30 juta untuk membeli hak penyiaran Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia bermula 14 Jun ini.
Bernama

FIFA WORLD CUP 2018


RUSSIA 2018
FIFA WORLD CUP




14th June 2018 to 15th July 2018




FIFA world cup groups 2018

Their are total 8 groups that will play the group stage matches (fifa world cup qualifiers schedule). From each group Top 2 will be selected for Knock out stage. The groups are shown in the picture.
World Cup 2018
GroupsTeams
Group ARussia, Saudi Arabia, Egypt, Uruguay
Group BPortugal, Spain, Morocco, Iran
Group CFrance, Australia, Peru, Denmark
Group DArgentina, Iceland, Croatia, Nigeria
Group EBrazil, Switzerland, Costa Rica, Serbia
Group FGermany, Mexico, Sweden, South Korea
Group GBelgium, Panama, Tunisia, England
Group HPoland, Senegal, Colombia, Japan










wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...