Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Friday, October 21, 2016

Budget 2017 to be tabled today



Budget 2017  today


Customers leave with their groceries after shopping at a supermarket in Kuala Lumpur August 28, 2013. — Reuters pic











KUALA LUMPUR, Oct 21 — Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, who is also finance minister, is scheduled to table the much-anticipated 2017 Budget in the Dewan Rakyat today at 4pm.
The Budget is likely to focus on tackling the cost of living especially in terms of housing, food and transportation, in line with the government’s principle of “People First, Performance Now”.
Themed “Accelerating Growth, Ensuring Fiscal Prudence, Enhancing Well-being of the Rakyat”, the 2017 Budget is expected to reveal a number of measures to address the country’s economic challenges following the weak external front.
With the ultimate goal of enhancing the people’s prosperity in a fair and inclusive manner, it will also consist of a new approach to bolster certain industries to face the global economic slowdown.
These industries have been affected by weak international trade, coupled with Britain’s exit from the European Union, as well as, global uncertainties contributed by lower prices of commodities such as crude oil, gas, minerals, palm oil and rubber. 
The Ministry of Finance had conducted many meetings with various stakeholders to discuss issues and recommendations for the 2017 Budget, as well as, invited the public to contribute ideas for the preparation of the budget.
“The planning process for the 2017 Budget has taken several measures to advance the economy with the aim of enhancing the people’s prosperity in a fair and inclusive manner,” Najib told the Dewan Rakyat on Monday.
He pointed out that Malaysia recorded a Gross Domestic Product growth of five per cent in 2015, which far exceeded that of Indonesia (4.8 per cent), Thailand (2.8 per cent) and South Korea (2.6 per cent).
The economy grew 4.1 per cent in the first half of this year and is forecast to register a growth of between 4.0 and 4.5 per cent in 2016.
Under the 2016 Budget, RM267.2 billion had been allocated compared with the revised RM260.7 billion in 2015.
On January 28 this year, the government restructured and recalibrated the 2016 Budget but within the range of initiatives and allocation that was approved by Parliament.
The 2017 Budget speech will be telecast live over Bernama News Channel and Bernama Online Live Streaming, while the latest breaking news will also be available on Bernama’s Facebook and Twitter accounts. — Bernama

Wednesday, October 19, 2016

Wakil rakyat Iceland susukan anak sambil berbahas di parlimen





REYKJAVIK: Seorang wakil rakyat Iceland terpaksa menyusukan anaknya sambil berbahas di Parlimen dengan disaksikan penonton menerusi siaran langsung di televisyen.

Ketika kejadian, Unnur Bra Konradsdottir daripada Parti Kemerdekaan sayap kanan sedang duduk dan memberi susu badan kepada anak perempuannya yang berusia 6 minggu, sebelum dipanggil secara tiba-tiba untuk membahaskan satu rang undang-undang.

Ibu kepada 3 anak itu kemudiannya berdiri dan berjalan ke podium dengan anaknya masih di dadanya.

Beliau kemudian menyuarakan pandangannya sambil anaknya menyusu secara diam-diam.

“Beliau tidak terganggu. Sebaliknya, beliau akan terganggu jika saya berhenti menyusukannya untuk berucap,” katanya pada Rabu lalu.

Konradsdottir berkata, tanggungjawab politik tidak mengubah tugasnya sebagai seorang ibu.

“Seperti kerja lain, anda perlu jalankan tanggungjawab anda.”

Media Iceland mengesahkan ini adalah kes pertama di negara itu yang mengamalkan kesamaan jantina, dengan memilih ketua wanita pertama negara, Vigdis Finnbogadottir, seawal 1980.

Penyusuan ibu di khalayak ramai menjadi tajuk perbincangan hangat di banyak negara, namun bagi Konradsdottir, “ia adalah perkara paling semula jadi di dunia”.

Beliau dipilih ke Parlimen pada 2009 dan menganggotai Jawatankuasa Perlindungan Sosial dan Jawatankuasa Mengenai Hal Ehwal Sekolah.













KREDIT SOURCE








Tuesday, October 18, 2016

Dua pelajar seksi IPTA habuan lumba haram



KUALA TERENGGANU: Selain wang tunai lumayan, kegiatan lumba kereta haram di bandar ini didakwa turut menawarkan habuan istimewa, dua pelajar seksi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sebagai teman tidur.

Kegiatan lumba kereta haram anjuran Geng Proton itu dikatakan menjadikan beberapa laluan utama di bandar ini sebagai litar lumba mereka pada setiap malam minggu.

Antara laluan itu termasuk Dataran Batu Burok yang menjadi lokasi permulaan dan penamat perlumbaan selain Jalan Sultan Mohammad, Durian Burong, Manir, Bulatan Pekan Batu Enam dan Jambatan Sultan Mahmud.
Kegiatan kumpulan itu dikesan wartawan Harian Metro, malam Jumaat lalu apabila melihat berpuluh kereta Proton termasuk Wira, Satria dan Saga yang sudah diubah suai enjin berlumba pada malam berkenaan.


Terdapat kira-kira 25 kereta Proton pelbagai model yang menggunakan enjin berkuasa turbo terbabit dalam lumba haram itu tanpa menghiraukan lampu isyarat merah.

Seorang ahli geng berkenaan berkata, sebelum memulakan perlumbaan, sebahagian ahli geng itu akan ditugaskan membuat tinjauan terlebih dahulu bagi memastikan laluan digunakan selamat daripada kehadiran pihak berkuasa.

Menurutnya, perlumbaan haram itu biasanya bermula jam 11.30 malam hingga awal pagi yang menawarkan ganjaran lumayan termasuk dua pelajar wanita seksi.

"Pemenang bakal memperoleh wang tunai RM3,000 hasil pertaruhan sesama ahli geng yang mengambil bahagian dalam perlumbaan haram itu.

"Sebelum ini, hanya wang tunai menjadi rebutan, namun sejak akhir-akhir ini turut menyediakan habuan lebih istimewa iaitu layanan dua pelajar perempuan seksi sebagai teman tidur.

"Seorang ahli geng itu akan ditugaskan mengambil dua pelajar wanita terbabit yang berpakaian seksi untuk dijadikan habuan pemenang perlumbaan itu.

"Sebelum perlumbaan bermula, semua wang pertaruhan akan diletak di atas but kereta sebagai umpan menarik lebih ramai ahli yang sebilangan besar berusia lingkungan 20-an mengambil bahagian," katanya kepada Harian Metro.

Katanya, perlumbaan itu mendapat sambutan menggalakkan terutama golongan muda termasuk pelajar lelaki IPTA dan kolej swasta kerana selain wang tunai lumayan, pemenang juga bakal menerima layanan istimewa perempuan berkenaan.


p/s...kat mana ni..xleh jadik..esok nak pi beli kete







Sultan Muhammad V Yang di-Pertuan Agong ke-15







KUALA LUMPUR 11 Okt. - Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-243 (Khas) yang akan bersidang pada Jumaat ini, diadakan bagi memilih Yang di-Pertuan Agong baharu.

Sebelum mesyuarat khas itu dijalankan, terlebih dahulu diadakan Mesyuarat Pra-Majlis sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-242 hari ini diikuti mesyuarat rasmi pada esok dan Khamis.

Ketika ini jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 disandang oleh Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkuat kuasa 13 Disember 2011 dan tempoh perkhidmatan Seri Paduka akan berakhir 12 Disember ini.

Berdasarkan sistem penggiliran yang telah ditetapkan Majlis Raja-Raja, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berada pada giliran sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Walau bagaimanapun jika Sultan Muhammad V menolak pemilihan tersebut, mengikutkan sistem penggiliran, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah akan dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Selain itu, terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja melalui undi rahsia bagi menentukan pengganti seterusnya seperti baginda yang dilantik berkenan untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong; tidak mengalami kelemahan atau ketidakupayaan mental; merupakan raja yang berada di kedudukan teratas; mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima raja lain dan bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.

Mengikut kebiasaan sebelum proses pemilihan berlangsung, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja terlebih dahulu akan menanyakan raja yang seterusnya dalam senarai giliran mengenai kesediaannya untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Sembilan raja berkenaan kemudian akan membuat undi rahsia dan sekiranya raja dalam senarai itu mendapat lima undian, baginda dengan rasminya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya.

Proses yang sama diulangi untuk memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong, yang akan memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong semasa ketiadaannya dalam negara atau kerana keuzuran.























Sunday, October 16, 2016

Gambar Bo4EL Atikah Suhaime dan juga Idris Khan tersebar??


  Beberapa keping gambar bogel yang didakwa sebagai pelakon Atikah Suhaime dan juga Idris Khan.

2-gambar-bogel-atikah-suhaimie-idris-khan-tersebar-rotikaya
Sumber yang dipetik daripada forum CARI ini bagaimanapun belum mendapat sebarang reaksi daripada Atikah mahu pun Idris sendiri. Seperti kebiasaan isu sebegini, kemungkinan gambar telah diolah turut ada. Kami pasti Atikah dan Idris tidak mudah melatah bila berhadapan dengan kontroversi panas sebegini.
Sebelum ini, dalam satu kenyataan kepada mStar Online, Idris Khan menyifatkan dakwaan mereka melakukan hubungan seks bertiga adalah fitnah selain mahukan bukti jika perkara itu benar-benar berlaku.
Apa pun, pastinya pihak Atikah Suhaime dan juga Idris Khan mempunyai jawapan sebenar. Kita tunggu sahaja apabila mereka sudah bersedia untuk memberikan sebarang penjelasan mengenai perkara yang terjadi. (rtky/s)







kredit Sumber



Thursday, October 13, 2016

Wanita terpaksa dibedah selepas alat penggetar tersangkut





MERSEYSIDE - BRITAIN. Walaupun malu, seorang wanita terpaksa menelefon ambulans selepas alat mainan seks sepanjang 7 inci yang digunakannya tersangkut di dalam duburnya, Sabtu lepas.

Menurut laporan Dailymail, sebelum menelefon ambulans, Emma Phillips, 24, dan pasangannya Lee Miller, 29, cuba mengeluarkan sendiri alatan tersebut.

"Miller menggunakan penyepit dari dapur tetapi tetap gagal," kata Emma.

Sebelum itu, Emma menyangka alat tersebut jatuh dari katil selepas didapati hilang sebelum menyedari ianya berada di dalam badannya, masih dalam mod bergetar.

Selepas sejam 'bersusah payah' dan masih gagal, Emma tahu sudah tiba masanya untuk menelefon ambulans.

"Para doktor sangat bagus, mereka bertindak dengan pantas dan menenangkan saya.

"Pada mulanya ia dianggap sebagai lawak tetapi selepas mendapat tahu kemungkinan dibedah, ianya sangat serius," jelas Emma.

Selepas menjalani pembedahan, peranti tersebut berjaya dikeluarkan dan dibenarkan pulang ke rumah hari yang sama.

Ibu Emma memberitahu, beliau tidak memarahi anaknya atau berasa malu dengan kejadian tersebut kerana ia melibatkan 'kecemasan'.

"Perkara tersebut seperti suatu taboo, tetapi kami tahu anak kami perlukan pertolongan," kata ibu Emma.

Emma kemudian memuatnaik ucapan terima kasih di Facebook kepada kru ambulans, doktor dan kakitangan hospital Wrexham yang telah membantu beliau.


 
 
 
 
 
http://www.dailymail.co.uk/news/arti...ck-BOTTOM.html
http://www.sinarharian.com.my/global...ngkut-1.570621














Posmen berjaya hantar surat biarpun tanpa alamat




Posmen berjaya hantar surat biarpun tanpa alamat




DUBLIN 8 Okt. – Tanpa sebarang alamat dan hanya berdasarkan lakaran peta tulisan tangan pada sampul, seorang posmen berjaya menghantar sepucuk surat kepada pemiliknya.

Surat tanpa alamat itu dikirim ke sebuah rumah api Hook di kawasan terpencil Semenanjung Hook di tenggara Ireland.

Namun pengirimnya, Red Dave gagal mengingati nama rumah api itu atau kawasan ber*kenaan, sebaliknya melukis peta kawasan itu yang menunjukkan sebuah rumah api di hujung kawasan terbabit dan melukis anak panah dan tertera ‘Di sini.’

Pengirim itu bernasib baik apabila perkhidmatan pos Ireland menyifatkan lakaran peta itu sudah memadai sebagai alamat dan surat tersebut selamat sampai kepada penerimanya.

Menurut laporan laman web msn.com melalui Facebook milik rumah api Hook, mereka turut memuat naik gambar sampul surat berkenaan.

“Tahniah kepada posmen yang berjaya menghantar surat ini melalui lakaran peta yang dilukis Dave,’’ katanya.

Tidak diketahui sebab Dave memutuskan untuk melukis peta berbanding mencari alamat, namun begitu rumah api Hook sudi mendedahkan isi kandungan surat berkenaan.

Surat itu dikirimkan Dave bagi melahirkan perasaan gembiranya dan betapa dia menyukai rumah api Hook.

Poskod hanya diperkenalkan di Ireland pada tahun lalu selepas 56 tahun digunakan bagi memudahkan penghantaran surat di United Kingdom.


 
 
 
 
 
 
 


















Wednesday, October 12, 2016

Warga emas tak jumpa jalan balik lepas jumpa perempuan cantik





Saari (dua, kanan) memimpin abangnya dengan bantuan Bomba Penyelamat Pasir Mas dan Rantau Panjang sebelum dibawa pulang.

RANTAU PANJANG - "Pak Do nak pergi Pasir Mas, tapi masa berjalan Pak Do jumpa hantu dan perempuan cantik. Pak Do tak jumpa jalan balik," kata seorang warga emas yang dilaporkan hilang, semalam.

Mangsa, Ismail Mamat, 57 dilaporkan hilang lebih 24 jam ditemui keletihan, kira-kira 25 kilometer dari lokasi rumahnya.

Ismail berkata, disebabkan sesat, dia terpaksa tidur di tepi jalan dan mengharapkan penduduk untuk menghulurkan makanan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Adni Ibrahim berkata, warga emas berkenaan ditemui oleh orang awam di kedai kosong, dekat Kampung Banggol Kulim pada jam 5.45 petang.

"Bertindak atas maklumat awal, saya bersama empat anggota ke lokasi tersebut dan membawa mangsa ke Balai Bomba Rantau Panjang untuk rawatan lanjut.

"Pada mulanya, mangsa cuba mengelak namun akur selepas dipujuk serta dipimpin oleh anggota terlibat," katanya.

Beliau berkata, Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I, El Taraff Mohd Zachariah mendapati, tahap kesihatan mangsa dalam keadaan baik.

Dalam pada itu, adik mangsa, Saari Mamat, 55, berkata, dia bersyukur abangnya ditemui dalam keadaan selamat.

Menurutnya, sebelum ini ahli keluarga risau sekiranya mangsa berada di parit air atau hutan berhampiran.

"Syukur, tuhan makbulkan doa kami dan kami ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha mencari abang saya sehingga ditemui,” katanya.

Mangsa yang mempunyai masalah gangguan perasaan didapati hilang dari rumahnya pada jam 8 pagi, kelmarin.








kredit N Sumber







Tuesday, October 11, 2016

5 Tip Kewangan Yang Bermanfaat Dari Irfan Khairi

Bila hujung Tahun berakhirnya suku tahun ke3 kewangan dan bermulanya suku tahun ke4, ramai sibuk memperkatakan tentang BUDGET kewangan negara, yg secara tidak langsung berkaitan perbelanjaan kita sebagai individu dlm negara..Jadi kita nak bercerita PASAL KEWANGAN


5 Tip Kewangan Yang Bermanfaat Dari Irfan Khairi




 5 tip kewangan yang bermanfaat dari facebook Irfan Khairi dan ia bermanfaat kepada anda dan juga saya. Insyaa Allah.

Topik berkenaan kewangan jarang dibincangkan tetapi kebanyakan masalah berlaku disebabkan kurang ilmu tentang kewangan. Antara 5 tip kewangan yang dikongsikan oleh beliau antaranya...




Kredit gambar dari KOSMO


  1. Biar hidup sederhana, rumah sederhana, kereta sederhana, tetapi tak berhutang. daripada hidup mewah, rumah besar, kereta hebat, tapi hutang keliling pinggang dan terkejar2 nak bayar payment setiap bulan! ramai orang ‘kaya’ hidup gini.
  2. Bagi yg dah berkeluarga, pengurusan wang adalah tanggungjawab semua- suami/isteri & anak2. kalau anda bijak urus wang, tapi ahli keluarga lain tak pandai- bocor juga. Sering bawa berbincang isu wang dgn pasangan. Mula didikan wang anak2 pada umur yang muda- galakkan mereka menabung & hargai wang yg diberi. Bila bebas kewangan bukan anda sorang2 tetapi satu keluarga.
  3. Awal tahun, kita sering ada matlamat kewangan. Seperti, pendapatan bertambah dengan 30%… atau tambahkan keuntungan perniagaan kepada RMxxxxx dan sebagainya. Sering fokus pada berapa banyak kita nak DAPAT. Jangan lupa juga, matlamat berapa banyak kita nak JIMAT! Kerana kalau banyak yang kita DAPAT, tapi tak banyak yang kita JIMAT- tak guna juga.
  4. Apa sahaja yang tidak diingini terjadi, yakin bahawa ada hikmah sebaliknya! Sekiranya tertutup satu pintu rezeki, terbuka lagi beberapa tingkap rezeki!
  5. Prioriti utama adalah lindungi diri sendiri dulu dengan simpanan kecemasan sekurang-kurangnya untuk menyara diri (dan keluarga) 3-6 bulan. baru fikirkan, nak melabur, atau nak mulakan perniagaan (yang memakan modal besar) atau beli barangan besar seperti rumah atau kereta baru. Nama pun simpanan kecemasan…kalau takde, memang bahaya untuk diri!


Sekianlah 5 tip kewangan tersebut dan harap anda dapat hadam kesemuanya dan cuba praktikkan sebaik-baiknya.


















KREDIT & SUMBER










Monday, October 10, 2016

Misteri berpuluh poster orang hilang dalam hutan



Misteri berpuluh poster orang hilang dalam hutan


Antara poster orang hilang yang ditampal pada pokok di sebuah hutan terpencil di Berkeley Jackson County Park. Agensi

NEW YORK 6 Okt. – Seorang lelaki melalui pengembaraan mengejutkan di sebuah hutan di Long Island apabila ‘terserempak’ dengan puluhan poster orang hilang yang ditampal pada pokok-pokok di kawasan berkenaan.

Portal Metro.co.uk melaporkan, James Rankin turut memuat naik video penemuannya itu, memaparkan sekurang-kurangnya 25 poster orang hilang pada pokok di kawasan hutan terpencil Berkeley Jackson County Park, New York.

Video itu yang sudah ditonton lebih beratus ribu pengguna menunjukkan Rankin berjalan di sekitar kawasan berkenaan, malah apa yang lebih menakutkan, individu pada poster tersebut adalah orang yang benar-benar hilang di Amerika Syarikat sejak beberapa tahun.

Menurutnya, selain ‘pokok misteri’ itu, dia juga menjumpai beberapa khemah, tin makanan dan bekas unggun api di kawasan sama.

“Bulu roma saya naik terutamanya apabila mendapat tahu sebahagian poster yang ditampal itu sebenarnya orang yang benar-benar hilang.

“Mungkin lokasi ini menjadi tempat remaja mengadakan parti Halloween, namun perkara itu bukan boleh dibuat main,” katanya.

Dia kemudian menghubungi polis dan membuat laporan berhubung penemuannya itu.

Antara poster yang dijumpai ialah Jennifer Kesse yang hilang pada 24 Januari 2006 dan kesnya masih kekal misteri serta Brenda Heist yang muncul kembali selepas 11 tahun.














Sunday, October 09, 2016

kapal persiaran mewah jadi Pusara terapung rm256 JUTA



RM256 juta tukar kapal persiaran mewah jadi Pusara terapung


Hong Kong: Sebuah kelab marin berusaha mencari pelabur untuk menukar sebuah kapal persiaran mewah menjadi pusara terapung, lengkap dengan hotel, restoran dan juga panggung wayang

Projek yang dicadangkan oleh HK Ship Art Club itu merancang mengubah kapal persiaran seberat 60,000 tan menjadi pusara terapung yang berpangkalan di Hong Kong

Lebih menarik lagi, kapal itu turut menawarkan perkhidmatan seperti kapal persiaran mewah

Akhbar South China Morning Post melaporkan, ahli perniagaan di sebalik cadangan itu berusaha mencari pelaburan berjumlah RM256 juta untuk membiayai projek berkenaan

Sebahagian dana itu akan digunakan untuk membeli kapal persiaran yang dianggarkan berharga RM71.45 juta

























































http://www.hmetro.com.my/node/172403?platform=hootsuite

Saturday, October 08, 2016

Tengku Amir Shah dimasyhurkan sebagai Raja Muda Selangor





KLANG: Tengku Amir Shah dimasyhurkan Raja Muda Selangor dalam Istiadat Pemasyhuran Gelaran dan Mengangkat Sumpah serta Menjunjung Duli di Istana Alam Shah, di sini, pagi ini

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan mengurniakan Keris Kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor kepada Tengku Amir Shah

Turut berangkat ke istiadat berkenaan, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin

Terdahulu, Tengku Amir Shah mengangkat sumpah sebagai Raja Muda Selangor dan menandatangani Lafaz Akuan Sumpah Gelaran

Tengku Amir Shah kemudian berangkat meninggalkan Balairung Seri untuk keluar dari Selangor selama tujuh hari, seperti amalan yang ditetapkan sebelum kembali semula pada 15 Oktober nanti bagi menyempurnakan Istiadat Menghadap dan Menjunjung Duli di istana sama

Raja Muda Selangor diputerakan pada 12 Disember 1990 di San Francisco, Amerika Syarikat, hasil perkahwinan Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan Puan Nur Lisa Idris

Baginda mempunyai dua kekanda, Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah

Tengku Amir Shah mendapat pendidikan awal dan menengah di Alice Smith School, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pendidikan di Wellington College, United Kingdom pada 2004 hingga selesai peringkat A Level pada tahun 2009

Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekologi dan Biologi Alam Sekitar di Universiti Leeds, United Kingdom

Selepas tamat pendidikan, Tengku Amir Shah menjalani kursus persediaan ketenteraan di Akademi Tentera Darat (ATD) di Port Dickson, Negeri Sembilan sebelum mendaftar diri Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst, United Kingdom dan menamatkan latihan dengan cemerlang pada 15 April lalu

Baginda kini adalah seorang pegawai tentera berpangkat Leftenan Muda di Batalion ke-17, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), yang ditauliahkan kepada baginda pada 19 Julai lalu





Ibu lahir anak dalam lif Hospital




Ibu lahir anak dalam lif Hospital Umum Sarawak


 

 KUCHING: Bagi seorang ibu, kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat pastinya detik melahirkan anak kesayangan

Bagaimanapun, pengalaman dilalui seorang ibu muda, Zuriada Nasikin, 18, dari Kampung Sejaie Masjid, Sadong Jaya lebih istimewa selepas 'terpaksa' melahirkan anak sulungnya dalam lif Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas terperangkap lebih satu jam apabila lif berkenaan tiba-tiba berhenti akibat masalah teknikal

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi semalam ketika ibu berkenaan, yang diiringi dua jururawat bertugas dikejarkan ke wad bersalin di tingkat empat hospital berkenaan

Bagaimanapun, katanya, keadaan bertukar menjadi cemas apabila lif berkenaan tiba-tiba mengalami masalah teknikal hingga menyebabkan mangsa dan dua jururawat yang mengiringnya terperangkap

"Dalam tempoh sejam menunggu untuk diselamatkan, jururawat terbabit sempat menjadi 'bidan' kepada kelahiran bayi berkenaan.... merekalah 'hero' sebenar dalam insiden ini," katanya ketika dihubungi BH

Farhan berkata, sebuah jentera bersama enam anggota dikejarkan ke HUS dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang sejurus dimaklumkan mengenai kejadian

"Sejurus tiba, anggota bertugas mengumpil sedikit ruang pada pintu lif bagi tujuan pengudaraan selepas jururawat memaklumkan kepanasan dan mengalami kesukaran bernafas

"Lif berjaya dibuka tidak lama kemudian dengan menggunakan kunci dan mangsa segera diberi rawatan oleh jururawat yang bertugas, serta diperiksa oleh pegawai perubatan," katanya

Difahamkan, ia adalah kejadian yang pertama seumpamanya berlaku pada tahun ini di hospital terbabit dan bayi lelaki dengan berat 2.5 paun dilaporkan selamat

Farhan berkata, kesemua pegawai dan anggota terbabit dalam operasi berkenaan turut meluangkan masa menziarahi ibu muda berkenaan dan bayi lelakinya petang tadi

Petua Dan Tips Untuk Dapatkan Anak Kembar



Petua Dan Tips Untuk Dapatkan Anak Kembar! PERLU TAHU!
BOLEHKAH SEMUA WANITA HAMIL ANAK KEMBAR?
Bukan mudah untuk mendapat kembar kecuali mereka yang mempunyai sejarah kembar dalam keturunan. Mereka yang  mengambil ubat kesuburan atau sedang menjalani rawatan IVF juga berpeluang mengandung lebih daripada satu .
“Habis tu, kalau yang tiada keturunan kembar, memang takkan dapat hamil anak kembarkah?”
Jangan putus asa. Sebenarnya, semua wanita berpotensi untuk mengandung kembar. Ia tidak bergantung kepada genetik semata-mata. Macam tak percaya kan?
7 CARA HAMIL ANAK KEMBAR
Jika anda teringin hamil anak kembar, anda disarankan:
 1. AMBIL SUPLEMEN ASID FOLIK
Terdapat kajian yang mengatakan wanita yang merancang untuk mengandung dan mengambil asid folik mempunyai peluang 40% untuk mengandung kembar.
Suplemen asik folik ini biasanya akan dibekalkan oleh klinik kesihatan ibu dan anak semasa anda membuat pemeriksaan bulanan.
2. JANGAN TERLALU KURUS
Dalam isu  Obstetrics & Gynecology Mac 2005, didapati wanita yang mempunyai berat berlebihan mempunyai peluang untuk mengandung kembar.
Menurut kajian tersebut, wanita yang mempunyai BMI (‘body mass index’) 30 dan ke atas mempunyai kelebihan untuk hamil anak kembar.
Benar atau kebetulan? Apapun, kalau ingin tambah berat badan jangan sampai membahayakan kesihatan ya.
3. MAKAN PRODUK TENUSU
Wanita yang makan banyak produk tenusu dipercayai mempunyai lima kali ganda peluang untuk hamil anak kembar!
Ini kerana produk tenusu mengandungi ‘Insulin-like Growth Factor’ yang membantu peluang mendapat anak lebih daripada satu.
Produk tenusu selain susu segar termasuklah keju, yogurt, dan paling sedap – aiskrim!
4. MAKAN UBI KAYU
Ia meningkatkan ‘hyperovulation’ dan peluang untuk mendapatkan anak kembar.
Bukan susah sangat nak dapat ubi kayu di negara kita kan? Rugi kalau tak cuba!
5. MAKAN PIL MAGNESIUM BERSAMA KALSIUM
Jika ingin dapatkan kembar perempuan, elok amalkan makan pil magnesium bersama kalsium.
Kedua-dua jenis nutrisi ini amat penting dalam memastikan tubuh badan berupaya untuk membina keperluan secukupnya bagi mendapatkan anak kembar.
6. AMBIL PIL PERANCANG SELAMA ENAM BULAN
Ambil pil perancang dan gunakan sekitar enam bulan kemudian berhenti.
Hormon biasanya akan meningkat kerana perubahan badan selepas pengambilan pil perancang. Masa inilah juga telur akan keluar lebih daripada satu dan peluang untuk mendapatkan kembar tinggi.
7. MENJALANI RAWATAN KESUBURAN
Mengambil ubat kesuburan juga meningkatkan peluang mengandung kembar, tapi pastikan dengan merujuk pada doktor dahulu.
Kini, terdapat banyak rawatan kesuburan yang boleh dijalankan di klinik swasta mahupun kerajaan. Pilih yang paling sesuai dengan keadaan dan keperluan tubuh badan anda.
REZEKI ANAK KEMBAR TETAP DI TANGAN TUHAN, IKHTIAR TUGAS MANUSIA!
Sebagai manusia, kita boleh merancang dan berusaha. Kemudian, serahkan padaNya.
Jika sudah mencuba namun tidak berhasil mendapatkan anak kembar, bersyukurlah dengan rezeki yang diberikan. Mudah-mudahan ada rezeki di kemudian hari!





wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...