Ibu lahir anak dalam lif Hospital Umum Sarawak
KUCHING: Bagi seorang ibu, kenangan terindah yang tidak dapat
dilupakan sepanjang hayat pastinya detik melahirkan anak kesayangan
Bagaimanapun, pengalaman dilalui seorang ibu muda, Zuriada Nasikin, 18, dari Kampung Sejaie Masjid, Sadong Jaya lebih istimewa selepas 'terpaksa' melahirkan anak sulungnya dalam lif Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas terperangkap lebih satu jam apabila lif berkenaan tiba-tiba berhenti akibat masalah teknikal
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi semalam ketika ibu berkenaan, yang diiringi dua jururawat bertugas dikejarkan ke wad bersalin di tingkat empat hospital berkenaan
Bagaimanapun, katanya, keadaan bertukar menjadi cemas apabila lif berkenaan tiba-tiba mengalami masalah teknikal hingga menyebabkan mangsa dan dua jururawat yang mengiringnya terperangkap
"Dalam tempoh sejam menunggu untuk diselamatkan, jururawat terbabit sempat menjadi 'bidan' kepada kelahiran bayi berkenaan.... merekalah 'hero' sebenar dalam insiden ini," katanya ketika dihubungi BH
Farhan berkata, sebuah jentera bersama enam anggota dikejarkan ke HUS dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang sejurus dimaklumkan mengenai kejadian
"Sejurus tiba, anggota bertugas mengumpil sedikit ruang pada pintu lif bagi tujuan pengudaraan selepas jururawat memaklumkan kepanasan dan mengalami kesukaran bernafas
"Lif berjaya dibuka tidak lama kemudian dengan menggunakan kunci dan mangsa segera diberi rawatan oleh jururawat yang bertugas, serta diperiksa oleh pegawai perubatan," katanya
Difahamkan, ia adalah kejadian yang pertama seumpamanya berlaku pada tahun ini di hospital terbabit dan bayi lelaki dengan berat 2.5 paun dilaporkan selamat
Farhan berkata, kesemua pegawai dan anggota terbabit dalam operasi berkenaan turut meluangkan masa menziarahi ibu muda berkenaan dan bayi lelakinya petang tadi

No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..