Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Showing posts with label banjir. Show all posts
Showing posts with label banjir. Show all posts

Friday, February 17, 2017

Hujan lebat landa Arab Saudi, Beberapa kawasan dilanda banjir




JEDDAH/RIYADH: Hujan lebat berterusan menyebabkan gangguan besar-besaran di beberapa bahagian pentadbiran diraja di sini, dengan rantau Asir terjejas teruk akibat banjir
Hujan lebat dan suhu rendah dijangka berterusan sehingga esok di bandar ini sebelum bertukar kepada hujan renyai di Asir dan wilayah timur

Jabatan Meteorologi dan Alam Sekitar (PME) berpusat di Jeddah memberitahu akhbar Arab News, suhu waktu siang di rantau Asir dijangka mencecah 24 darjah Celsius hari ini dan menurun sedikit kepada 23 darjah Celsius esok

Suhu waktu malam jatuh ke paras 17 darjah Celsius. Di Jeddah, suhu malam ini dijangka jatuh ke paras 19 darjah Celsius

Angka kematian semalam kekal seorang di mana mangsa terbunuh di rantau Asir kerana kawasan lembah dinaiki air. Sekurang-kurangnya 10 lagi cedera dan seorang dilaporkan hilang

Pertahanan Awam melaporkan, 25 orang diselamatkan dalam kejadian banjir

Jurucakap Pertahanan Awam Asir, Mohammed Al-Asimi memberitahu agensi SPA, bilik operasi jabatan menerima 699 laporan berkaitan banjir di Abha Selasa, berikutan sembilan kawasan lembah dinaiki air

Bulan Sabit Merah Arab Saudi turut melaporkan 104 nahas kereta dan pemandu kenderaan terperangkap berikutan perubahan cuaca









sumber







Tuesday, January 24, 2017

BANJIR: Air mula naik di Segamat, Labis




Segamat: Hujan berterusan sejak 11.30 malam semalam menyebabkan beberapa kawasan di tepi Sungai Segamat, Sungai Batu Badak dan Sungai Juaseh di Segamat dan Labis dinaiki air setinggi 0.5 meter namun tiada penduduk dipindahkan

Pegawai Daerah Segamat, Mohd Haffiz Ahmad berkata, antara kawasan yang mula dinaiki air ialah Kampung Lembah Bakti, Paya Merah, Kampung Segamat Kecil di Labis dan Kampung Bukit Tunggal, Ulu Jementah, Kampung Paya Lebar di Batu Anam

Katanya, dalam pada itu, beberapa jalan raya sekitar Pemanis, Taman Yayasan dan Batu Badak turut dinaiki air tetapi sehingga 6.30 petang tadi masih boleh dilalui kenderaan

"Mengambil kira perkembangan cuaca semasa, pelbagai agensi bertanggungjawab diletakkan dalam keadaan siap sedia jika keadaan menjadi bertambah buruk

"Penduduk juga dinasihatkan mematuhi arahan dan memberikan kerjasama jika pihak berkuasa meminta mereka berpindah supaya proses menjadi lebih lancar dan mudah," katanya ketika dihubungi, hari ini





KREDIT

Wednesday, January 11, 2017

Cacing 'melimpah' keluar selepas banjir surut



Cacing berkenaan - Foto pembaca Sinar Online

HULU TERENGGANU
- Cacing 'melimpah' selepas banjir surut, itu fenomena baharu yang berlaku di Hulu Terengganu.

Menurut Wan Hasmah Abas,53, fenomena seumpama itu merupakan kejadian pertama yang berlaku di Kampung Tok Lawit, Kuala Berang.

"Kejadian ini merupakan kejadian pertama kali berlaku, sejak berbelas tahun dahulupun saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini.

"Cacing ini berwarna merah gelap,panjang, dan sangat licin...bukan seperti cacing yang biasa orang buat umpan untuk memancing," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Katanya kawasan kampung itu dilanda banjir selama empat hari.

"Sebelum banjir besar itu dah ada yang keluar (cacing), tetapi selepas banjir surut ia melimpah keluar," katanya lagi.

Kejadian banjir berlaku di Terengganu bermula pada 31 Disember lalu, ianya kembali pulih sepenuhnya (di semua kawasan) pada 9 Januari 2017.





kredit














wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...