Bukan Padding! – Tasha Shilla
Seperti yang umum sedia maklum, Anugerah Meletop ERA (AME) sudah pun
melabuhkan tirainya pada malam Sabtu lepas dan meninggalkan pelbagai
respon positif serta negatif di kalangan penonton.
Majlis anugerah tersebut menyaksikan ramai selebriti tempatan bergaya
sakan dengan pakaian yang dihasilkan oleh pereka fesyen pilihan
masing-masing.
Selain daripada Neelofa yang mendapat kritikan pedas dengan fesyen
peliknya, Tasha Shilla turut mendapat perhatian daripada pengikut tegar
perkembangan seni tempatan.
Memang tidak dapat dinafikan, busana yang dipakai oleh Tasha nampak
cantik, tiada cacat cela, dan berjaya menyerlahkan bentuk badannya
dengan sempurna.
Bagaimanapun, timbul pula spekulasi yang mengatakan Tasha memakai
padding supaya bahagian dada dan punggungnya kelihatan lebih menonjol.
Tasha yang dihubungi oleh OHBULAN! sebentar tadi menafikan perkara
itu sekeras-kerasnya sambil menegaskan badannya adalah original.
Saya taknak komen banyak pasal ni. Terpulanglah orang nak
cakap apa. Apa yang ada di badan saya memang original sebab saya selalu
amalkan senaman. Saya tak perlukan padding.
Kalau orang kat luar sana nak bentuk badan macam saya, pergilah buat
senaman. Kawan saya, Sakinah pun dah buat kelas senaman, boleh ikut
serta untuk miliki badan yang cantik dan sihat.
Dalam masa yang sama, Tasha juga berkongsi serba sedikit mengenai
hubungannya bersama seorang jejaka bernama Hans yang sering menemaninya
sejak kebelakangan ini.
Memang saya berkawan rapat dengan dia. Untuk beritahu
yang kami bercinta atau dia kekasih saya, itu mustahil. Sebab bagi saya,
selagi kami belum berkahwin lebih elok rasanya saya katakan kami sedang
berkawan dan saya bahagia sekarang ni.
Mengenai kerjaya pula, Tasha kini sedang sibuk menjalani penggambaran
untuk sebuah drama berjudul Gerimis Salju Naminara di samping Afiq Muiz
dan Nazim Othman sehingga bulan April sebelum memikirkan untuk menerima
tawaran lain pula selepas ini.
~ KREDIT SUMBER ~
Pose Istimewa utk Peminat Tasha
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-