Awas video lucah watak animasi
Antara senarai video yang terdapat dalam laman video sosial yang pastinya membimbangkan ibu bapa hari ini
SHAH ALAM - Teknologi di hujung jari kini mendedahkan kanak-kanak kepada perkara tidak bermoral.
Ibu bapa pula dilihat lebih cenderung memberikan anak kecil mereka gajet
dan akses internet dengan alasan mahu anak tenang dan tidak diganggu.
Terbaru, menerusi perkongsian pengguna Facebook bernama Cikgu Zahran
mendakwa, ada pihak tidak bertanggungjawab menyunting watak animasi
kegemaran kanak-kanak, Upin dan Ipin menjadi video lucah ringan.
Video tersebut dimuat naik ke dalam sebuah platform video sosial terkenal dan mendapat tontonan tinggi.
“Lepas raya hari tu, dah dua kali aku dapat kesan anak aku tengok benda
pelik yang tak sepatutnya dilihat ketika usia kanak-kanak.
“Ada manusia tak guna di luar sana mengambil kesempatan. Aku tak pasti
apa matlamat mereka sama ada mahu mendapatkan tontonan ribuan pengguna
atau agenda merosakkan pemikiran kanak-kanak,” katanya.
Menjelaskan perkara tersebut, Cikgu Zahran berkata, laman video sosial
tersebut bahaya apabila ruangan carian telah menjadi carian dan
memutarkan video secara automatik.
“Kita sangka budak tengah tengok Upin dan Ipin, tetapi mereka dibawa ke saluran lain.
“Cuti raya aku kesan anak perempuan aku tengok video budak lelaki
bersunat. Budak-budak yang naif bukan tahu apa-apa, dan aku dah beri
amaran. Hari ini pula tengok kak Ros (watak dalam Upin dan Ipin) tengah
bersalin,” katanya.
Cikgu Zahran turut mendakwa, wujud 'sa-luran jahat' dari negara jiran
yang mahu mengaut keuntungan daripada watak animasi terkenal.
“Mungkin ini salah satu agenda jahat sebab Upin dan Ipin terkenal sampai ke sana.
“Jadi, ibu bapa perlu pantau perkara seumpama ini. Kanak-kanak tak salah
sebab tak tahu apa-apa, cuma kita risau akibat terdedah dengan benda
pelik, nanti mereka akan pergi ke fasa mencuba pula,” katanya.
Perkara itu mendapat respons pengguna Facebook lain, yang rata-rata
bimbang kewujudan video berkenaan dan meminta ibu bapa memantau kartun
yang ditonton anak masing-masing.
http://www.sinarharian.com.my/semasa...imasi-1.703265