Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Showing posts with label BUDGET 2018. Show all posts
Showing posts with label BUDGET 2018. Show all posts

Thursday, November 23, 2017

Fenomenal Bitcoin. Apa Istimewa Dengan Bitcoin. Something Big is coming.. Now






Fenomenal Bitcoin. Ada Apa Dengan Bitcoin. Something Big is coming.. 


Semua orang di dunia mesti tahu tentang Wang Kertas mereka yang boleh dicetak atau dicetak, diadakan dan dilihat.Adakah anda tahu mengenai Bitcoin, saya pasti anda pernah mendengarnya sekurang-kurangnya. 

Bitcoin adalah mata wang maya seperti mata wang seperti RINGGIT atau Dolar, tetapi Bitcoin hanya terdapat dalam bentuk digital.Pada tahun 2009 bitcoin mula dicipta Tahun 2010 1 (satu) Bitcoin bernilai RM800, - Jadi, maka anda membeli 1000 Bitcoin dengan harga RM800000, - sahaja.
September 2016 1 Bitcoin bernilai antara RM 1650 hingga RM2000 dan jika anda menjualnya sekarang (2017) maka anda akan menerima 8 Juta


Pada saat ini 1 bitcoin dengan harga RM800, - kenapa kita tidak membelinya? ya kerana kita tidak mengerti / tidak memahami masa depan dan apa yang bitcoin. Pada bulan November 2017 1 Bitcoin bernilai RM30000, - lebih banyak, dan diramalkan akan terus meningkat kepada puluhan juta pada masa depan bagi setiap 1 bitcoin. Harga Bitcoin begitu hebat, sehingga mencapai 9000 x kali ganda dalam selang 7 tahun. Apa yang salah dengan bitcoin.

Ramai orang merujuknya sebagai Bitcoin Fenomenal. Adakah fenomena bitcoin akan diulang pada tahun yang akan datang,

Mari kita Kutip BITCOIN PERCUMA...YA PERCUMA 

DAFTAR SEKARANG KLIK FREE BITCOIN


Sejam 0.000024 BTC , SIKIT SIKIT LAMA LAMA JADI BANYAK  JOM KUMPUL




FREEBITCOIN










Thursday, October 05, 2017

Bajet 2018 [Semua cadangan Majlis Konsultasi Bajet 2018 akan diperhalusi - Najib







Semua cadangan Majlis Konsultasi Bajet 2018 akan diperhalusi - Najib

KUALA LUMPUR 15 Jun - Kerajaan memberi jaminan semua cadangan dan pandangan yang dikemukakan dalam Majlis Konsultasi Bajet 2018 akan diperhalusi dan diberi pertimbangan yang sewajarnya.

Sambil menyifatkan majlis konsultasi sebagai platform penting bagi sektor awam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memberi pandangan terhadap cabaran serta langkah menanganinya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usaha itu turut menunjukkan dasar keterbukaan dan keprihatinan kerajaan dalam mendahulukan kepentingan rakyat.

Malah, kata Perdana Menteri, pembentangan yang dikemukakan oleh wakil daripada Bank Dunia, Malaysian Rating Corporation Berhad, Deloitte Southeast Asia, Universiti Malaya dan Catcha Group juga sangat berguna dan informatif.


“Banyak isu yang telah dibangkitkan antaranya oleh Dr. Deepak Mishra dari Bank Dunia yang mencadangkan agar fokus diberikan kepada peningkatan produktiviti serta pertumbuhan yang lebih inklusif termasuk penambahan tenaga kerja wanita.

“Malaysian Rating Corporation Berhad yang diwakili oleh Nor Zahidi Alias pula mengunjurkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5 peratus pada tahun 2018 dan beliau mencadangkan agar usaha-usaha diteruskan untuk meningkatkan pertumbuhan pendapatan bagi penduduk bandar bagi menangani isu golongan miskin bandar atau urban poor,” kata Najib menerusi laman blog beliau, najibrazak.com hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut berkata, beliau yakin persekitaran global yang berdaya saing mampu dicapai oleh negara dengan membangunkan semangat keusahawanan kuat selain digerakkan dengan budaya inovasi dan kreativiti yang memberi keutamaan kepada ekonomi digital.

Katanya, bagi mencapai hasrat itu, Malaysia harus lebih proaktif dan agresif menerapkan penggunaan teknologi dan pendigitalan dalam perniagaan yang secara langsung dapat meningkatkan produktiviti.

“Digital Malaysia diberi keutamaan yang tinggi dalam agenda kerajaan dan kita akan memperhebatkan inovasi memandangkan ia adalah faktor pembezaan memacu keuntungan dan pertumbuhan jangka panjang. Justeru, saya berasa gembira apabila mendapat maklum balas positif mengenai inisiatif seperti Digital Free Trade Zone yang disampaikan oleh wakil Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM).

“Dalam menggalakkan pertumbuhan e-Dagang, wakil ACCCIM juga mencadangkan peningkatan nilai pengecualian cukai ke atas pembelian dalam talian. Kavita Rekhraj dari Deloitte Southeast Asia pula telah menekankan kepentingan ‘sharing economy’ dan bagaimana konsep tersebut boleh memberi manfaat besar kepada rakyat Malaysia.

“Contohnya, seorang pemandu e-Hailing boleh mendapat pendapatan sebanyak RM4,300 sebulan dan seorang hos platform Airbnb boleh mendapat pendapatan sebanyak RM17,000 jika mendapat tempahan sebanyak 60 malam,” katanya.

Selain itu, kata Perdana Menteri, Patrick Grove dari Catcha Group juga telah mencadangkan agar Malaysia menjadi negara pertama memperkenalkan rangka kerja berkenaan penghantaran barang menggunakan dron selain mendigitalkan semua perkhidmatan kerajaan dalam meningkatkan kecekapan.

“Beliau juga menyarankan agar subjek kecerdasan buatan (artificial intelligence) dijadikan sebahagian daripada kurikulum di sekolah menengah bagi memastikan sistem pendidikan negara menghasilkan pelajar yang inovatif. Ini penting dalam memastikan pelajar kita berupaya berubah mengikut keperluan masa hadapan lebih-lebih lagi untuk mengisi pekerjaan yang kini masih belum wujud lagi,” katanya.

Tambah Perdana Menteri, topik pendidikan turut dibincangkan dalam majlis itu antaranya wakil daripada Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM) memohon agar peruntukan biasiswa dan geran bagi pelajar universiti swasta berdasarkan merit diwujudkan terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan kurang upaya selain berharap kerajaan meningkatkan peruntukkan untuk latihan vokasional.

Menurut Datuk Seri Najib, beliau turut berkongsi mengenai prestasi ekonomi negara bagi suku pertama tahun ini yang mana ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.6 peratus dengan pelaburan langsung asing (FDI) meningkat kepada RM17 bilion terutamanya dalam sektor perkhidmatan, perlombongan dan pembuatan.

“Saya yakin ekonomi negara akan kekal stabil dan kukuh dengan pertumbuhan yang positif hasil daripada dasar-dasar yang digubal kerajaan

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada 236 wakil institusi yang hadir dan telah menyumbang kepada perbincangan yang sangat intensif dan produktif pagi tadi. Insya-Allah, kerajaan akan membentangkan bajet yang prihatin terhadap masalah rakyat serta progresif dalam memastikan negara terus maju membangun ke arah Transformasi Nasional 2050 (TN50),” katanya. - UTUSAN ONLINE








SUMBER KREDIT http://www.utusan.com.my/berita/nasi...#ixzz4kCEuIXeZ
© Utusan Melayu (M) Bhd

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...