Nuffnang Adds
ADVERTSLET
Ruang Iklan Sewa
WELCOME
Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...
Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
GuaBlog.com
Welcome marque
Ruang Iklan utk disewa
Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!
Showing posts with label Kemalangan. Show all posts
Showing posts with label Kemalangan. Show all posts
Friday, March 07, 2014
Wednesday, December 25, 2013
Photo Helikopter Nuri membuat pendaratan cemas

Photo
Helikopter Nuri membuat pendaratan cemas setelah mengalami kerosakan
teknikal. Syabas kepada pilot & crew yg berjaya mengawal situasi
cemas dan mengelak dari kejadian lebih buruk berlaku.


Monday, December 16, 2013
Tergamam nampak treler 'terbang'

KEPALA BATAS – Seorang doktor muda menggambarkan dirinya bagaikan mati hidup semula selepas ternampak sebuah treler seolah-olah terbang memasuki laluannya dalam kemalangan di Kilometer 124.8 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Sungai Dua dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 7.15 malam itu, Suraya Hashim, 29, tidak cedera tetapi kereta Hyundai Elantra dipandunya mengalami kerosakan apabila beberapa keping papan lapis yang dibawa treler itu menghempap keretanya.
“Saya bersyukur kerana sempat mengelak dan menyifatkan kejadian itu seperti mati hidup semula,” kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian malam kelmarin.
Suraya bekerja di Hospital Sungai Petani.
sumber:
Tuesday, December 10, 2013
Pengalaman 28 jam terapung di laut : Pelatih Komando

MELAKA – Bagaikan mati hidup semula. Itulah yang dirasakan oleh 13 anggota tentera yang hilang selepas bot mereka terbalik dipukul ribut di perairan Pulau Upeh, perairan Selat Melaka di sini Sabtu lalu.
Walaupun berdepan ombak besar, ia tidak mematahkan semangat dua pegawai dan 11 pelatih kursus asas komando dari Pusat Latihan Peperangan Khas, Kem Sungai Udang di sini untuk bekerjasama menyelamatkan diri selepas dilaporkan hilang selama 28 jam hilang di laut.
Salah seorang pelatih yang enggan dikenali berkata, semasa kejadian angin kuat dan laut bergelora menyebabkan bot mereka terbalik
~ kredit to kosmo
Friday, October 11, 2013
Masej Terakhir dari Pembantu juruterbang MasWing yang maut di Kudat !
Masej Terakhir dari Pembantu juruterbang MasWing yang maut di Kudat !
Masej Terakhir dari Pembantu juruterbang MasWing yang maut di Kudat !
Pembantu Juruterbang Marc Joel Bansh yang meninggal dunia malam tadi selepas 4 jam bertarung nyawa akibat dari kecederaan parah ketika pesawat MasWing yang dipandu nya terhempas di kawasan kampung di kudat petang semalam .
Sebelum kejadian mendiang Marc Joe Bansh pernah memuat naik sekeping gambar pesawat yang akan dipandunya melaluai lama sosialnya di situ tertulis masej " ADA RIBUT DATANG " dalam gambar itu juga kelihatan awan hitam.
Itu lah masej terakhir dan mungkin petanda bagi mediang Marc yang mana pesawat yang di pandunya bersama Kapten kapal MasWing tesebut terhempas di Kudat petang semalam , dalam kejadian tersebut pemandu kapaterbang tersebut hanya mengalami kecederaan , manakala Marc cedera parah .
Seorang lagi penumpang yang berusia 96 tahun juga maut dalam kejadian tersebut , pesawat tersebut dipercayai membawa 12 penumpang semasa kejadian tersebut , punca kejadian mungkin di sebabkan angin kuat , namun siasatan sedang di jalankan ,Takziah untuk keluarga Mediang Marc Joel Bansh .
~ kredit & sumber
Thursday, August 22, 2013
Lokasi kemalangan maut dari Genting Highlands
.Bas yng terhumban ke dalam gaung
di kilometer 3 Jalan Karak-Genting. Laporan terkini setakat ini ialah
kesemua mangsa telah dikeluarkan dengan jumlah mangsa 53 orang dan 37
orang daripadanya terkorban.

37 maut :Tragedi Bas Genting Highlands
Nahas terburuk dalam sejarah kemalangan negara itu berlaku kira-kira pukul 2.24 petang ketika bas dipandu Lim Kok Ho, 44, yang turut maut, menuruni puncak Genting Highlands ketika hujan renyai-renyai menuju ke ibu negara.
Selain 37 mangsa yang terkorban, 16 lagi penumpang cedera parah dan mereka dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong.
Malah ada di antara mangsa kemalangan ngeri itu yang tercampak keluar dari bas sejauh 200 meter selepas kenderaan itu terhumban ke dalam gaung. Kebanyakan mangsa maut akibat terhimpit dan tercampak ke bahagian tempat duduk pemandu selepas bas itu terjunam.
Penolong Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi), Datuk Soiman Jahid memberitahu, bas itu dipercayai hilang kawalan sewaktu menuruni selekoh berhampiran tokong Cina lalu merempuh penghadang jalan sebelum terhumban ke dalam gaung.
“Terdapat beberapa mangsa yang tercampak keluar dari bas sejauh 200 meter ke dalam gaung ketika bas itu terhumban.
“Sebanyak 53 penumpang dipercayai menaiki bas berkenaan. Bagaimanapun setakat ini kita belum mengenal pasti punca sebenar kemalangan berlaku.
“Mangsa pertama yang cedera dibawa keluar pada pukul 3.54 petang manakala mayat terakhir dikeluarkan pada pukul 8.01 malam. Kesemua mayat mangsa dihantar ke HKL manakala 16 mangsa yang cedera dihantar ke HKL, Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang dan Hospital Bentong," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Identiti kesemua mangsa yang maut belum disahkan namun pecahan mereka ialah seorang lelaki Melayu; 19 lelaki Cina dan sembilan wanita Cina; tiga lelaki India dan seorang wanita India serta keturunan lain tiga lelaki dan seorang wanita.
Menurut Soiman, sebanyak 452 anggota pasukan penyelamat terdiri daripada anggota polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pasukan perubatan bertungkus-lumus mengeluarkan mayat dan mangsa kemalangan itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Mohd. Mansor Mohd. Noor memberitahu, setakat ini belum dikenal pasti sama ada terdapat kanak-kanak yang turut terkorban.
“Pasukan menyelamat menggunakan kren untuk mengeluarkan semua mereka yang tercedera dari lokasi kejadian," katanya.
Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai melawat tempat kejadian.
Artikel Penuh :
Subscribe to:
Posts (Atom)

















