KEPALA BATAS – Seorang doktor muda menggambarkan dirinya bagaikan mati hidup semula selepas ternampak sebuah treler seolah-olah terbang memasuki laluannya dalam kemalangan di Kilometer 124.8 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Sungai Dua dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 7.15 malam itu, Suraya Hashim, 29, tidak cedera tetapi kereta Hyundai Elantra dipandunya mengalami kerosakan apabila beberapa keping papan lapis yang dibawa treler itu menghempap keretanya.
“Saya bersyukur kerana sempat mengelak dan menyifatkan kejadian itu seperti mati hidup semula,” kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian malam kelmarin.
Suraya bekerja di Hospital Sungai Petani.
sumber:
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..