Kuala Lumpur: Kerajaan tidak melihat sebarang keperluan untuk menaikkan
kadar tarif elektrik berikutan kestabilan harga minyak dunia.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata harga runcit
petrol dan diesel dunia kekal di bawah paras AS$100 dolar satu tong.
“Kalau minyak sedang turun, kenapa pula nak kaji tarif elektrik. Kita
tak boleh kata apa sekiranya perkara ini belum lagi jadi, lagipun saya
tidak diberikan apa-apa taklimat mengenai tarif elektrik akan naik,
selalunya kementerian kewangan akan dipanggil,” katanya ketika diminta
mengulas mengenai kajian tarif elektrik yang sedang dijalankan
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Menerusi kenyataan media sebelum ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB)
bergantung sebanyak 70 peratus kepada gas yang dipengaruhi harga minyak
dunia bagi menjana elektrik, manakala selebihnya bergantung kepada arang
batu dan hidro.
Sasar KDNK 5.5 peratus
Ahmad juga berkata, kerajaan yakin negara bakal mencatatkan pertumbuhan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.5 peratus tahun depan, berdasarkan
asas ekonomi yang kukuh dan banyak projek dilaksanakan untuk memperkukuh
lagi ekonomi.
“Ekonomi Malaysia berada di landasan ke arah mencapai sasaran
pertumbuhan setahun penuh sebanyak 4.5 peratus hingga lima peratus bagi
2013,” katanya pada sidang media mengenai seminar berkaitan pemerkasaan
ekonomi, di sini, semalam.
Ahmad berkata, bagi meningkatkan pemahaman rakyat mengenai Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebelum dilaksanakan, kerajaan akan
mengadakan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional.
sumber:
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..