Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Wednesday, December 18, 2013

Harga naik, suka tak suka tetap kena bayar.

SHAH ALAM – Meskipun terpaksa, rakyat tetap perlu membayar harga barangan keperluan yang semakin meningkat ketika ini.

Penganalisis ekonomi, Prof Madya Dr Abu Sofian Yaacob berpendapat, kenaikan harga barang tersebut melibatkan barang keperluan yang memang digunakan rakyat dalam kehidupan seharian.

“Kalau kita bercakap mengenai negara maju, memang kita nak pendapatan itu tinggi tapi apa yang berlaku, pendapatan itu pada kasarnya memang tinggi tetapi dari segi kuasa pembelian itu jadi rendah.

“Semua peralatan rumah yang kita gunakan memerlukan elektrik. Malah peti ais menggunakan elektrik 24 jam. Kereta pun sudah bukan satu kemewahan tapi satu keperluan.

“Jadi, rakyat tak ada pilihan. Suka tak suka kita kena bayar juga sebab kita gunakan,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Menurut beliau, punca utama kenaikan harga adalah kenaikan bahan bakar utama iaitu petrol.

“Kalau kita lihat yang sebelum ini, bagaimana kita perlu bayar lebih? Punca utama sekali adalah kenaikan harga bahan bakar seperti petrol. Kenaikan itu secara tak langsung akan menaikkan juga harga barangan yang lain.

“Bahan bakar ini diperlukan oleh kebanyakan industri, jadi, semua barang naik harga. Begitu juga elektrik. Tarif elektrik naik, harga barang akan naik. Jadi, walaupun hanya satu barang naik, tapi ia sangat penting, ia akan beri kesan dominan kepada perkara lain,” katanya.

Apabila soal penarikan subsidi disentuh, beliau membangkitkan ke mana subsidi yang ditarik itu dialirkan.

“Dari segi ekonomi, apabila subsidi tak ada, kita fahamlah. Bahasa mudahnya, barang akan jadi mahal, tetapi ke mana duit subsidi itu dibelanjakan atau dilaburkan? Itu persoalannya.

“Kerajaan pun kenalah belanja dengan berhemah, ini dia suruh rakyat berhemah tapi kerajaan sendiri masih belanja dengan mewah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berpendapat bahawa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak membantu bebanan rakyat ekoran kenaikan harga barangan keperluan.

“Rakyat tak puas hati...walaupun tak naik gaji tak apa tapi harga barang itu kekal sama. Pemberian BR1M itu semua tidak membantu sangat sebenarnya. Kerajaan beri setahun sekali.

“Katakanlah RM600 dibahagi dengan 12 bulan, hanya RM50 sahaja sebulan. Tapi kalau barang-barang semua naik sampai RM500, maknanya, 1 per 10 sahaja kerajaan bantu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar rakyat lebih bijak memilih sesuatu barangan yang berharga lebih rendah ketika berbelanja.

“Kalau benda mahal, tapi ada barang yang kualitinya lebih kurang dan harga lebih murah, kita pilihlah yang lebih murah. Di rumah, penggunaan itu lebih berhemahlah.

“Contohnya elektrik itu yang tak guna tutup suis, yang lampu mahal-mahal itu tukar kepada mentol yang lebih menjimatkan. TV dan komputer buka bila perlu untuk beberapa jam sahaja. Kalau panas, perlu buka penyaman udara tapi kalau tak perlu, pakai kipas saja,” katanya.

Sebelum ini berlaku pengurangan subsidi yang menyebabkan kenaikan petroleum RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, diikuti pemansuhan subsidi gula 34 sen, kemudian peningkatan tarif elektrik 4.99 sen satu kilowat sejam (KWJ).

Terbaru, diumumkan pula semakan semula kadar gas, tambang LRT serta monorel dan kadar tol membabitkan 13 lebuh raya.



No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...