Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Tuesday, December 17, 2013

GST akan kurangkan aliran keluar wang haram kata BNM.

Tarikh: December 16, 2013
KUALA LUMPUR - Isu aliran keluar kewangan haram akan dikurangkan dengan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang memerlukan pelaporan nilai tokok pada semua peringkat pengeluaran, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank pusat itu berkata kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mencegah aktiviti haram bagi mengurangkan aliran kewangan seperti ini.

"Menyedari kepentingan menangani aliran kewangan yang berkaitan dengan aktiviti luar aturan (irregular activities), usaha berterusan yang konkrit dan bersepadu antara agensi penguatkuasaan termasuk agensi merentas sempadan akan terus dilaksanakan bagi memastikan sistem kewangan Malaysia berintegriti dan stabil," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

BNM berkata laporan terkini oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan asing telah membangkitkan isu aliran keluar kewangan haram yang besar dari negara-negara sedang membangun.

Menurut bank pusat itu, laporan itu memperakui bahawa penggunaan hab eksport semula (re-export hubs) menyebabkan anggaran manipulasi penetapan harga dagangan (trade mispricing) terlebih catat.

"Bagaimanapun, anggaran yang tidak memasukkan eksport semula melalui Hong Kong (the “Hong Kong” effect) adalah tidak signifikan bagi Malaysia kerana perdagangan Malaysia dengan Singapura untuk eksport semula adalah lebih daripada tiga kali saiz perdagangan Malaysia dengan Hong Kong.

"Jika eksport semula melalui Singapura ke 10 rakan perdagangan Malaysia yang utama dimasukkan, ini akan mengurangkan trade mispricing Malaysia kira-kira 70 peratus," kata BNM.

Laporan itu juga menganggarkan sebanyak 20 peratus daripada aliran keluar haram merupakan pindahan perolehan yang tidak direkodkan melalui saluran tidak rasmi.

"Bagi ekonomi yang sangat terbuka seperti Malaysia dengan jumlah perdagangan barangan dan perkhidmatan pada 162 peratus daripada KDNK, pengumpulan perangkaan kesilapan dan ketinggalan (E&O) dalam imbangan pembayaran (BoP) cenderung berlaku.
***
"Yang penting, tidak keseluruhan anggaran E&O disebabkan oleh aktiviti haram dan perangkaan rentas sempadan Malaysia telah secara konsisten memenuhi semua piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.*
***
"E&O dan BoP, khususnya, berpurata pada 2 peratus daripada jumlah dagangan, jauh lebih rendah daripada tanda aras sebanyak 5 peratus yang ditetapkan oleh IMF,' kata BNM.****
***
Pada 1 Mac tahun ini, BNM telah mengeluarkan siaran akhbar yang memberikan makluman terkini berhubung dengan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Pasukan Petugas Khas Pelbagai Agensi Peringkat Tinggi.*
***
"Ini termasuk mengukuhkan rangka kerja pengawalseliaan, memperhebat usaha penguatkuasaan dan mempertingkat mekanisme pengawasan. Langkah-langkah ini telah memberikan hasil positif dan akan terus diperhebat," tegas BNM. - Bernama


No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...