PUTRAJAYA - Kenaikan tarif elektrik baharu berkuat kuasa 1 Januari
2014, masih tidak mencukupi untuk menampung kos dan perbelanjaan Tenaga
Nasional Bhd (TNB), kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga
Datuk Ir Ahmad Fauzi Hasan.
"TNB masih perlu meminjam untuk bangunkan infrastruktur berikutan
infrastruktur sedia ada di Semenanjung Malaysia sudah berusia, dengan
sistem pembekalan atau penghantaran baharu perlu dibangunkan dari
selatan ke Lembah Klang, yang memerlukan perbelanjaan berbilion-bilion
ringgit.
"Begitu juga loji jana kuasa baharu perlu dibina dan ini membabitkan
banyak sumber kewangan untuk 20 tahun akan datang, terutama semakin
banyak loji jana kuasa yang ditamatkan operasi akibat tamat tempoh,"
katanya.
Ahmad berkata demikian kepada pemberita pada 'Sesi Penerangan Penetapan
Tarif Elektrik Di Semenanjung Malaysia' yang disertai lebih 40 wakil
dari Persatuan Industri dan Pengguna, di sini hari ini.
Beliau berkata, TNB membelanjakan sekitar RM6 bilion hingga RM 7 bilion
setiap tahun untuk perbelanjaan modal dan penyenggaraan infrastruktur,
berbanding keuntungan direkodkan tahun ini sebanyak RM4.6 bilion.
Menurut Ahmad sebagai agensi kawal selia, Suruhanjaya Tenaga akan
memantau secara teliti kecekapan operasi dan setiap perbelanjaan TNB
mulai tahun hadapan.
"Setiap bulan, TNB perlu melaporkan kepada Suruhanjaya Tenaga berhubung
prestasi kualiti perkhidmatan, kos-kos yang terbabit. Tahun depan pula,
Suruhanjaya Tenaga akan lebih rapi memantau kos-kos yang dibiayai oleh
TNB untuk membekalkan elektrik.
"Kita akan pastikan hanya kos-kos yang efisien atau cekap sahaja yang
boleh dimasukkan ke dalam tarif. Kos-kos yang tidak efisien, tidak
dibenarkan masuk ke dalam tarif," katanya.
Berkuat kuasa 1 Jan, purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia akan
naik sebanyak 4.99 sen/kwj kepada 38.53 sen/kwj daripada 33.54 sen/kwj
pada masa ini.
Sebelum ini Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd
(TNB) Datuk Seri Azman Mohd berkata tarif elektrik baharu itu merupakan
sebahagian daripada program rasionalisasi subsidi kerajaan untuk
mengukuhkan fiskal dan ia perlu untuk kebaikan jangka panjang ekonomi
negara. - Bernama
Nuffnang Adds
ADVERTSLET
Ruang Iklan Sewa
WELCOME
Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...
Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
GuaBlog.com
Welcome marque
Ruang Iklan utk disewa
Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!
Friday, December 20, 2013
Tarif eletrik naik pun belum mampu tampung kos & biaya TNB yg tinggi.
Labels:
Barang Naik,
POLITIK,
PRU13 Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..