Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Showing posts with label Misteri Alam. Show all posts
Showing posts with label Misteri Alam. Show all posts

Saturday, June 09, 2018

Malam Lailatul Qadar (Al-Qadr).




Apabila tiba 10 malam terakhir bulan Ramadan, maka berlumba-lumbalah ramai umat Islam untuk beribadah lebih hebat daripada kebiasaan. Tujuannya adalah satu, iaitu untuk mendapat keberkatan dan kelebihan yang ada pada malam yang disebutkan sebagai Malam Lailatul Qadar (Al-Qadr).

Ada banyak pendapat ulama mengenai bila berlakunya atau tarikh terjadinya Malam Lailatul Qadar ini. Namun, hanya mereka yang berjaya mendapatkannya sahaja akan tahu bila malam tersebut telah berlaku.

3 Tanda Malam Lailatul Qadar Telah Berlaku

Tanda Malam Lailatul Qadar Telah Berlaku
Daripada Ustaz Zahazan Mohamed, persoalan samada Malam Lailatul Qadar telah berlaku atau belum, boleh diketahui menerusi 3 kejadian atau tanda-tanda berikut:

Petanda Pertama

Malam yang tenang, suasana tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk. 

3 Petanda Seseorang Telah Temui Malam Lailatul Qadar
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: "Malam Qadar ini tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk, matahari akan terbit kemerahan dan cahayanya tak begitu kuat." (H.R Ibn Khuzaimah)

Petanda Kedua

Tanda kedua iaitu terangnya cahaya dan Nur malam itu hingga menyebabkan hati rasa lapang lebih dari malam-malam yang lain. Angin pada malam itu pula kelihatan tenang tanda ada tanda sebarang kehadiran tahi bintang. Sabda Rasulullah S.A.W: "Malam qadar adalah ketenangan tidak panas dan tidak sejuk dan juga tiada tahi bintang padanya." (H.R Ahmad )

Petanda Ketiga

Cara Ketahui Malam Lailatul Qadr Telah Terjadi
Tanda ketiga pula ialah matahari terbit pada waktu paginya tidak begitu terang, lain daripada kebiasaan. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Pagi Lailatul Qadar, matahari terbit tanpa kesilauan hingga lah ia naik." (H.R Muslim)

Dan dari pengalaman dan cerita yang pernah saya dengar, mereka yang telah menemui malam ini akan nampak kelainan dari segi seri wajah, dan wataknya juga menjadi lebih baik daripada sebelumnya, tanpa dia sendiri menyedarinya.

Kena Cari Baru Jumpa

Dan ada yang mengatakan bahawa malam Lailatul Qadar hanya akan muncul dan berlaku pada orang Muslim yang benar-benar mencarinya. Jika tidak mencari, maka ia tidak akan berlaku pada orang tersebut melainkan dengan izin Allah untuk memperlihatkan kehebatanNya.

Apapun, bila ia berlaku dan akan berlaku adalah di luar pengetahuan kita, kerana ia merupakan rahsia Allah S.W.T. Dan kalau anda nak mencari dalil secara akal pun, agak mustahil diketahui tarikh betul ianya terjadi disebabkan kitaran dan waktu masa antara tempat adalah tidak sama.



Tips Ulama Mencari Malam Lailatul Qadar. Kalau difikirkan, agak malang umat Islam zaman masa kini sebab nyawa dan umur amat pendek jika nak dibandingkan dengan umat-umat zaman terdahulu. Umat akhir zaman, seperti pernah dinyatakan Rasulullah S.A.W, rata-rata mempunyai umur sehingga 60-70 tahun.

Nak dibandingkan dengan umat sebelum ketibaan Nabi Muhammad S.A.W, sebelum hadirnya kitab Al Quran; umat sebelum itu rata-rata umur memang cecah ratusan dan ribuan tahun. Adakah umat Muhammad S.A.W tidak layak untuk memberikan ketaatan kepada Allah SWT sehinggakan dipendekkan umurnya?

Tips Daripada Ulama - Cara Mencari Malam Lailatulqadar

Tips Ulama Cara Mencari Malam Lailatul Qadar
Tips Ulama Cara Mencari Malam Lailatul Qadar
Dari sudut ibadah kepada Allah Taala, nampaknya satu kerugian sebab usia yang tak cukup panjang ini akan menyebabkan amalan baik yang dilakukan pun tak cukup setara dengan umat sebelum ini, walhal Allah S.W.T menyebut umat Islam di zaman ini adalah umat terpilih. Jadi, mana kelebihannya?

Dek kerana inilah, Baginda S.A.W memohon kepada Allah S.W.T memberi peluang umatnya supaya dapat beramal sama nilainya dengan amalan umat sebelum mereka. Berdasarkan permohonan inilah Allah S.W.T telah menyediakan satu bulan yang terdapat di dalamnya satu hari yang penuh hebat, penuh berkat, penuh mulia... malam yang cukup special yang dinamakan Lailatul Qadar

Maksud al-Qadar

Panduan Mencari Malam Lailatul Qadar
Syeikh Muhammad Abduh berpendapat malam itu diturunkan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W kerana al-Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu, Allah S.W.T mula mentakdirkan agamaNYA dan memerintahkan NabiNYA bagi menyeru manusia kepada agama dan melepaskan mereka daripada segala kerosakan.

Mari singkap beberapa pendapat dari ulama yang boleh dijadikan panduan dan tips untuk mencari malam Lailatul Qadar ini. 

Ulama Berbeza Pandangan Mengenai Bila Malam Lailatul Qadar

Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. 

Ertinya apabila tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, jadi tahun akan datang pada malam berbeza. Hal sama dikatakan Ibn Hazim, lailatulqadar ada kalanya malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadhan. 

Menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam sama setiap Ramadhan iaitu malam 27 Ramadhan berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W daripada Ubai bin Kaab yang dilaporkan Tirmizi dan hadis daripada Muawiyah yang dilaporkan Abu Daud, yang bermaksud:
"Saya mendengar Rasulullah berkata: Carilah lailatulqadar itu pada malam 27 Ramadan."
Namun, dalil paling kuat mengenai Lailatul Qadar ialah hadis daripada Aisyah yang dilaporkan Imam Bukhari, yang bermaksud:
"Carilah sedaya upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan."
Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas menunjukkan bila malam itu berlaku tetapi sepakat dengan hadis daripada Aisyah, ia berlaku pada malam ganjil akhir Ramadhan.

Tips Malam Lailatul Qadar dari Imam Al Ghazali

Cara Beribadah Mencari Malam Seribu Bulan
Imam Al Ghazali dan lainnya mengatakan: "Sesungguhnya dapat diketahui (Lailatul Qadar) dari permulaan atau malam pertama bulan Ramadhan.

Jika hari pertama jatuh pada malam Ahad atau Rabu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam tanggal 29 Ramadhan. Atau jika malam pertama jatuh pada malam isnin maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 21 Ramadhan. Atau jika malam pertama jatuh pada malam Selasa atau Jumaat maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 27 Ramadhan. 

Atau jika malam pertama jatuh pada malam Khamis maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 25 Ramadhan. Atau jika malam pertama jatuh pada malam Sabtu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 23 Ramadhan.

Semoga dengan sedikit perkongsian ilmu ini akan membawa kita, sebagai umat Islam sebagai umat yang tahu bersyukur akan nikmat yang telah Allah S.W.T berikan ini. Ia tidak didatangkan kepada umat sebelumnya, maka seharusnya Lailatul Qadar itu dicari, tetapi tidak mengabaikan amalan terbaik sepanjang Ramadhan.































Saturday, February 18, 2017

Suami isteri bela kerbau 1,134 kilogram dalam rumah





Austin (Amerika Syarikat): Walaupun hampir beberapa kali dihempap haiwan kesayangan mereka, pasangan Ronnie dan Sherron Bridges tetap tidak mahu berpisah dengan kerbau yang tinggal serumah dengan mereka.

Pasangan dari Texas itu membiarkan kerbau seberat 1,134 kilogram (kg) yang mereka namakan Wild Thing itu berkeliaran di dalam rumah mereka.

Malah kerbau itu juga mempunyai biliknya sendiri untuk membolehkan dia menonton filem aksi selain makan bersama mereka di meja di dapur rumah itu.

Wild Thing juga menjadi pengapit Ronnie dan Sherron ketika mereka berkahwin 10 tahun lalu.

Bridges, 60, dan Sherron, 44, pernah memiliki 52 kerbau tetapi menjual hampir semuanya 13 tahun lalu, kecuali seekor anak haiwan itu.















sumber
















Wednesday, February 15, 2017

Ikan linang seberat 11 kilogram ditemui





Salah seorang nelayan darat di Kampung Bukit Genting menunjukkan ikan seberat lebih 11 kilogram yang ditemui di Sungai Pahang


JERANTUT - Seorang nelayan darat tidak menyangka umpan anak ikan seluang yang diletakkan petang Sabtu lalu di Sungai Pahang, Kampung Bukit Genting, di sini menggunakan julai (sejenis kail) berjaya menaikkan sejenis ikan dipercayai ikan linang sepanjang hampir dua meter

Kisah terbabit telah berjaya mencuri perhatian umum apabila ia mula tular dalam laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak semalam

Nelayan terbabit, Abdul Muin Husin, 48, berkata, setelah memasang julai petang Sabtu lalu, dia dan anak saudara sepupunya pergi melihat keadaan julai yang telah pasang keesokan paginya

"Pagi itu (kelmarin) saya datang dengan anak saudara sepupu saya ke tempat saya pasang jelai. Bila sampai sana, saya tengok tali kail itu sering (tegang) menegak saja. Saya bagi anak sedara sepupu saya ada ikan itu. Ketika awal saya tarik, ikan masih tidak nampak. Dalam hati kata, besar betul ikan ini," katanya

Usaha menarik tali pancing diteruskan sehinggalah kepala ikan sepanjang sejengkal timbul di dasar sungai

"Saya tercengang bila tengok kepala ikan itu. Nak dikatakan ular bukan sebab saya tengok mulutnya luas. Nak kata labi-labi pun bukan juga sebab tak ada kaki

"Kebetulan saya ada bawa candik (sejenis sauk besar). Hulur ke dalam sungai, tapi masih tak lepas nak angkat ikan itu sebab panjang sangat. Kebetulan ada kenalan dian kawasan sekitar, saya suruh dia tengok, dia kata toman, saya kata takkanlah toman sebab panjang. Bila tengok panjang, kenalan itu terus lari sebab geli tengok ikan itu," katanya

Abdul Muin terus berusaha untuk cuba mengangkat ikan itu ke atas botnya dan setelah ikan itu berjaya dinaikkan, dia terus membawanya ke rumah rakit

"Kebetulan ada orang dekat rumah rakit itu, jadi saya pun tanyalah mereka ikan apa itu. Mereka kata bukan belut sebab ekor ikan itu lain. Ekor ikan ini macam ekor ikan Tilan Pengayuh

"Ada seorang kawan saya panggil dia Angah. Angah memang sudah lama jadi nelayan darat. Angah tengok ikan itu, dia kata ada insang. Dia kata belut dan dia suruh saya bagi ikan ini pada madrasah (Madrasah Al-Fatihah Kampung Bukit Genting) sebab ustaz di sana suka makan belut," katanya

Abdul Muin sempat mengambil gambar ikan terbabit sebelum dihantar ke Madrasah Al-Fatihah lalu menghantar gambar tersebut kepada pihak Jabatan Perikanan Jerantut untuk memastikan jenis ikan terbabit

Pengarah Perikanan Negeri, Datuk Adnan Hussain berkata, melihatkan dari bentuk fizikal ikan terbabit dipercayai ikan tersebut adalah sejenis ikan Linang

Beliau bagaimanapun tidak dipastikan sama ada ikan terbabit hanya wujud 30 tahun sekali kerana tiada kajian dilakukan setakat ini bagi menunjukkan penemuan sedemikian




kredit sumber

Tuesday, February 14, 2017

11 Jenis Mimpi Bersetubuh Dan Maknanya



|Ramai orang berkata mimpi adalah mainan tidur dan berkata kadang mimpi adalah salah satu tanda awal atau kelanjutan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.
Tidak sedikit sebenarnya orang yang menjadikan mimpi sebagai teori meramal apa yang berlaku di pendepan hari.
Merujuk kepada tajuk ‘mimpi tentang bersetubuh” tentu setiap orang mengalami hal ini terutamanya remaja yang baru menginjak alam dewasa.
Dalam mimpi bersetubuh ada bermacam macam jenis,ada yang bermimpi bersetubuh dengan rakan,artis ,pasangan curang ,kena rogol,bahkan bersetubuh dengan saudara kandung,dan lain lain.
Dr.Susan Block,adalah Seorang pakar pernah mengeluarkan teori yang mengatakan”walaupun seluruh badan kita rehat ketika tidur tidak bermakna nafsu anda juga berehat.
Mimpi adalah suatu alam dimana kita berada di dalamnya dengan keadaan separuh sedar untuk mengeluarkan apa yang sedang membelenggu hidup kita.
Tidak semua mimpi seks pertanda retaknya sebuah hubungan ia lebih menjurus kepada masalah keinginan dan harapan dalam kehidupan.

Untuk selanjutnya Berikut Adalah 11 Jenis Mimpi Bersetubuh Dan Maknanya.

1.Mimpi bersetubuh dengan bekas kekasih,suami atau isteri.
Bermimpi kepada bekas orang yang di sayang sebenarnya bukan bermakna anda masih mempunyai peluang dalam perbaikan dalam hubungan.
Jika anda telahpun berkahwin semula dan bermimpi dengan bekas kekasih itu tandanya anda takut hubungan rumah tangga baru anda mengalami nasib sama dengan yang sebelumnya.
Mimpi ini boleh juga di tafsirkan ada sesuatu perasaan yang belum sempat anda luahkan kepada bekas isteri suami atau kekasih anda,seperti permintaan maaf yang ikhlas
2.Mimpi bersetubuh dengan kenalan
Mimpi ini tidak bermakna kenalan baru adalah jodoh anda,hanya saja mungkin anda terlalu kagum dengan ciri ciri yang terdapat pada kenalan baru tersebut.
Sikap kagum anda menunjukkan anda ingin memiliki ciri ciri tersebut,sama ada untuk diri anda sendiri atau kepada pasangan anda.
3.Mimpi bersetubuh dengan saudara kandung
Mimpi yang dikategorikan mimpi buruk dan menjijikkan ini jarang di alami oleh individu tapi kadang kadang ia berlaku Bila sudah teruk,
Tapi jangan risau, Jenis mimpi ini sebenarnya khusus buat orang yang merajuk.makna mimpi ini adalah menunjukkan bawah saudara kandung anda merindui dan mahu anda dekat dengannya serta mahu anda meminta maaf padanya atas kesalahan yang anda buat.
4.Mimpi bersetubuh dengan lawan sejenis.
Mimpi dengan lawan sejenis”homoseksual,lesbian” adalah berkait rapat dengan keyakinan diri anda.

Bergantung bagaimana mimpi tersebut berlaku,selalunya mimpi hubungan sejenis adalah tentang menerima bahagian tubuh anda yang berasa kurang puas hati biasanya berlaku pada saiz zakar dan payudara.
Akan tetapi mimpi hubungan sejenis kepada rakan karib boleh di tafsirkan adanya perselisihan antara berdua,boleh juga sebagai adanya sesuatu yang sangat anda miliki terdapat pada rakan anda.
Jangan risau mimpi ini tidak bermakna anda seorang gay atau lesbian.
5.Mimpi bersetubuh dengan artis.
Walaupun anda memintai artis tersebut,hingga terlintas dalam fikiran kotor untuk bersetubuh dengan beliau,mimpi bersetubuh dengan artis sebenarnya lebih dari itu.
Ia lebih kepada keinginan untuk menjadi popular,kaya dan sama halnya seperti seorang artis,Jika anda mengalami mimpi seperti ini jangan berangan nak jadi kekasih artis konon memiliki pertanda jodoh kuat dari mimpi.
6.Mimpi bersetubuh dengan bos
Jenis mimpi ini sama sekali tidak bermakna anda meminati bos,atau benar benar ingin melakukan hubungan seks dengan beliau dari perasaan anda yang ragu ragu sebelum ini.
Ia lebih cenderung kepada rasa ingin tahu keperibadian bos dan mahu rapat dengannya,boleh juga situasi di tempat kerja dimana anda merasakan tidak setuju dengan idea bos tapi dipendam karena takut.
Boleh juga di tafsirkan, anda merasa jauh tertinggal dengan stail idea yang bos anda miliki dan mahu rapat dan disenangi oleh bos,faktor ini menjurus kepada mimpi bersetubuh..
7.Mimpi bersetubuh di tempat awam.
Biasanya mimpi ini akan datang apabila ada ahli keluarga rakan atau tempat sekerja membuat fitnah atau memberikan komen pedas dan mendedahkan keburukan anda kepada umum.
8.Mimpi Kena rogol
Mimpi kena rogol,cabul sebenarnya tidak memberi masalah yang besar yang mungkin anda sangka memudaratkan seperti yang di dakwa sesetengah pihak.
Mimpi ini sebenarnya berlaku apabila anda berasa kehidupan atau keyakinan diri anda terancam.
Tapi jika anda pernah dirogol sebelum ini dan bermimpi kejadian itu semula,itu memberi makna yang jauh berbeza,sebaiknya anda meminta nasihat pakar berhubung mimpi dirogol.
9.Mimpi curang dengan pasangan.
Mimpi curang dengan pasangan sehingga menjurus kepada hubungan seks boleh di sebabkan faktor berikut.
-Anda terpaksa berkompromi dengan prinsip hidup dan maruah anda.
-Anda juga telah menemui situasi di mana anda terpaksa menipu dan tidak berlaku jujur Kepada pasangan.
-Cuba meneroka jenis seks yang anda sukai.
10.Mimpi pasangan curang
Mimpi pasangan curang atau bermain kayu tiga hingga melakukan hubungan seks sebenarnya lebih Straight Forward berbanding dengan mimpi curang dengan pasangan.
Mimpi ini akan berlaku apabila anda memiliki perasaan takut ditinggal pasangan,atau apabila pasangan kurang memberikan perhatian pada anda.
Mimpi pasangan curang juga boleh berlaku sekiranya anda risau sama ada pasangan anda beleh diharapkan untuk memikul tanggung jawab di masa hadapan.
11.Mimpi bersetubuh bersama kekasih rakan.
Jenis mimpi ini boleh berlaku sekiranya anda mengagumi ciri ciri yang di miliki oleh kekasih rakan anda,jangan risau anda hanya sekedar mengagumi dan ingin sekali memiliki ciri ciri yang sama.
Mimpi ini juga boleh di tafsirkan bahwa anda ingin sekali memiliki pasangan seperti kekasih rakan anda.





Saturday, February 04, 2017

MISTERI BURUNG HITAM MELANDA TEXAS, AMERIKA



1 FEB. 2017
MISTERI BURUNG HITAM MELANDA TEXAS, AMERIKA
📰 Seram ! Setelah Beberapa Hari Masjid di Texas di Bakar Massa Anti Islam, Tiba-tiba Ribuan Burung Hitam Bersuara Menakutkan Menyerbu Texas, Petanda Azabkah?
Sebuah fenomena menyeramkan terakam oleh kamera. Hal ini terjadi di sepanjang jalan bebas di Houston, Texas, Amerika Syarikat.
Saat itu secara tiba-tiba ribuan burung hitam tampak memenuhi langit yang gelap.
Video tersebut dirakam oleh salah seorang pemandu yang menyaksikan sendiri saat kawanan burung hitam itu menyerbu kota dengan pola terbang yang tidak teratur.
Bahkan burung-burung itu terbang dengan ketinggian yang sangat rendah hingga membuat para pemandu memperlahankan kenderaan.
Dalam video tersebut ribuan burung itu juga terdengar mengeluarkan suara yang menakutkan seperti sedang membawa khabar buruk.

Apa bila kita mencapai UMUR 40 TAHUN


Umur 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.
Memang bermula 40 tahun, Tuhan akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Tuhan selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.
Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarganya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.
Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Tuhan. Malah dikala orang lain semua bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan, dia pula mencari masalah baru.
Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.
Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.
Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.
Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.
Sehinggalah tiba saat ruh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.
.
.
Aku...
Kadangkala leka juga.... 😭😭😭
#SalamJumaat...

Udang krai RM 126,066




Bangkok: Seekor udang krai yang mempunyai tompok coklat di badan menjadi udang hiasan paling mahal di Thailand apabila dijual pada harga 1 juta baht (RM126,066).
Udang krai luar biasa itu dibiak oleh seorang penternak, Kanokphum Siriwat, 28, di daerah Kamphaeng Saen di wilayah Nakhon Pathom.
Hidupan air tawar itu dijual pada Isnin lalu kepada seorang pemilik restoran makanan laut, Prathan Lianpanich di daerah yang sama.
Udang krai yang diberi nama Chao Khun Chang itu berusia enam bulan dan dianggap unik kerana mempunyai corak tompok yang luar biasa.
Kanokphum berkata, dia menolak tawaran Prathan sebanyak dua kali dalam tempoh tiga bulan lalu apabila ahli perniagaan itu menawarkan harga hingga 500,000 baht (RM63,073) untuk membeli udang berkenaan.
Bagaimanapun, dia menjual udang itu kepada Prathan, peminat udang krai, selepas lelaki itu menawarkan harga 1 juta baht sebelum Tahun Baru Cina lalu.
Biasanya udang krai hiasan dijual pada harga sekitar 200,000 baht (RM25,230).
Kata Kanokphum, dia turut memberi Prathan seekor udang betina yang mempunyai kira-kira 300 anak.
Prathan berkata, udang krai seperti Chao Khun Chang sangat jarang ditemui dan dia kagum dengan corak serta warnanya yang unik.
Dia juga percaya udang kecil itu mampu membawa tuah kepada perniagaan restoran miliknya.





 kredit sumber
- Agensi



Wednesday, January 18, 2017

Misteri lori tiba-tiba bergerak sendiri rempuh pam minyak Petronas







KUCHING, 17 Jan — Seorang lelaki bernasib baik apabila masih selamat meski dirempuh sebuah lori di sebuah stesyen minyak di Kuching semalam.

Lori tersebut yang parkir untuk mengisi minyak tiba-tiba bergerak ke arah kiri, lalu melanggar pam minyak, belakang sebuah kereta dan seorang lelaki berbaju kuning sehingga terpelanting.

Motosikal yang mengisi minyak di sebelah pam terbalik akibat dihempap pam, sementara penunggangnya jatuh tergolek. Namun dua pekerja stesen minyak itu berjaya lari.

Keadaan luar biasa itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak di Lebuh Raya Kuching-Samarahan pada kira-kira jam 6.37 petang dan disebarkan melalui Facebook.

Satu sumber di balai polis Kota Samarahan mengesahkan kejadian tersebut kepada ProjekMMO tetapi tiada kecederaan serius dilaporkan.

“Ya, memang ada insiden tersebut berlaku semalam dan ada laporan polis dibuat. Tapi tidak membabitkan kecederaan serius,” kata sumber, yang enggan mendedahkan butiran nahas pelik itu.

Sementara itu, menurut Sarawakiana pula, dua lelaki mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut.

“Seorang lelaki yang berdiri berdekatan sebuah kereta dan seorang lagi di sebelah motosikal juga dilanggar,” kata sumber kepada portal itu.

Punca kemalangan dan anggaran kerugian dilaporkan masih belum dapat dipastikan.











Monday, December 12, 2016

Lelaki tinggal dalam lubang selama 8 tahun di Kelantan




Zaudah menunjukkan lubang yang menjadi tempat Azmi (kiri) menyendiri sebelum ini.

POHON TANJONG - Seorang lelaki di Kampung Pohon Tanjong di sini, memilih tinggal dalam lubang sejak kematian ibunya, lapan tahun lalu.

Ibu saudaranya, Zaudah Awang Kecik, 64, berkata, anak saudaranya, Azmi Othman, 42, yang dipercayai mempunyai masalah mental, gemar menyendiri dan tinggal dalam lubang bawah rumah yang gelap.

Menurutnya, Azmi meletakkan tikar bagi memudahkannya memasuki lubang berkenaan selain mengelak daripada berasa sakit kerana lubang agak sempit.

“Alhamdulillah, selepas setahun makan ubat hospital, Azmi makin pulih dan tak lagi terperap dalam lubang ini.

“Kadang-kala saya risau juga kalau dia masuk semula ke lubang ini, tapi mujurlah penduduk kampung simpati, membaiki rumah dan akan menutup semula lubang itu,” katanya.

Zaudah berkata, bapa Azmi, Othman Che Ibrahim meninggal dunia akibat sakit tua tahun lalu, manakala ibunya, Zaharah Awang Kecik meninggal dunia pada tahun 2000 akibat sakit sama.

Zaudah berkata, sejak kematian ibunya, Azmi berubah sikap dan tidak bergaul dengan rakan lain.

Ketika itu katanya, Azmi mencari tempat untuk menyendiri dan menemui lubang di lantai rumah berkenaan yang masih dalam pembinaan.

Namun katanya, anak ketiga daripada lima beradik ini bertuah kerana adik-beradik, saudara dan penduduk kampung begitu cakna dengan keperluannya.

Menurutnya, mereka bergilir membersihkan rumah tersebut agar Azmi dapat hidup dalam suasana bersih.

Katanya, mereka tidak mahu penyakit berkenaan kembali menyerang dan menyebabkan Azmi hidup menyendiri di tempat terpencil.

“Azmi tak ada sebarang bantuan bulanan, jadi dia terpaksa mengharapkan sumbangan masyarakat setempat.

“Saya harap pihak berkenaan sedia membantu dan meringankan beban Azmi di sini,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/...ubang-1.595965








Thursday, December 08, 2016

Orang Minyak Mengganas Di Kuala Pilah



Terkejut minyak dalam tangki kereta disedut hingga kering


Radziah menunjukkan penutup tangki minyak keretanya dibuka dan diletakkan di atas keretanya.

KUALA PILAH - Sepasang suami isteri terkejut apabila melihat penutup tangki minyak terbuka dan bonet hadapan kenderaan mereka renggang mengakibatkan minyak dalam tangki itu lesap, pada pagi semalam di Taman Melati Indah, Batu Kikir.

Kejadian itu disedari jam 7.30 pagi oleh pasangan suami isteri, Idris Hamid, 54, dan Radziah Abdul Ghani, 56, ketika hendak pergi bekerja di Felda Bukit Rokan, Gemencheh.

Menurut Radziah, suaminya terlebih dahulu menyedari kejadian itu sebelum memanggilnya keluar dari rumah.

“Ketika keluar rumah, suami saya terkejut setelah ternampak penutup minyak kereta milik saya jenis Daihatsu Charade berada di atas bumbung kereta.

“Mengesyaki sesuatu, suami saya membuat pemeriksaan dan mendapati penutup minyak terbuka dan didakwa diumpil oleh individu.

“Panik melihat kejadian itu, suami terus menghidupkan enjin dan mendapati meter minyak ke bawah (E). Ini menunjukkan minyak disedut kerana sebelum ini petrol ada setengah tangki.

“Memang tidak logik kalau minyak kereta ini cepat habis. Ini kerana kali terakhir menggunakan kereta ini ketika pergi ke pasar malam Batu Kikir sebelum diletak di parkir hadapan rumah kira-kira jam 9 malam,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Radziah berkata, suaminya kemudian turut memeriksa sebuah lagi kereta jenis Honda Accord.

“Ketika suami sedang menghidupkan enjin Honda Accord, suami perasan bonet hadapan kereta renggang dan dipercayai dibuka oleh individu.

“Setelah dibuka bonet hadapan, suami mendapati paip utama minyak petrol tercabut. Dipercayai minyak disedut dari bahagian enjin.

“Melihat kepada cara pencuri ini, mungkin dia seorang berpengalaman dalam bab-bab enjin hingga mampu melakukan perbuatan ini,” katanya tidak mengesyaki sesiapa namun kini lebih berwaspada.

Jelasnya, kejadian itu pertama kali berlaku di taman tersebut dan ketika ini suaminya belum sempat membuat laporan polis berikutan lokasi kerja agak jauh dari rumah.

Difahamkan, dua hari sebelum kejadian ini, tiga tabung Masjid Kariah Desa Anggerik dipecahkan oleh individu yang tidak dikenali dengan jarak lokasi taman hanya 500 meter sahaja.






Kredit Source


Sunday, November 06, 2016

LEMBAGA GANGGU OPERASI IMIGRESEN











LEMBAGA GANGGU OPERASI IMIGRESEN (Walkie-talkie Bunyi Mengilai)

HULU TERENGGANU: Sekumpulan pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Terengganu yang menjalankan operasi membanteras pendatang tanpa izin di kawasan pembalakan dalam air di Sungai Ketiar, Tasik Kenyir di sini, awal pagi semalam, seram sejuk apabila terdengar suara wanita mengilai.

Suara menyeramkan itu hanya didengari daripada satu walkie-talkie sedangkan terdapat beberapa lagi walkie-talkie digunakan pegawai dan anggota terbabit dalam kejadian jam 3.30 pagi.

Berikutan itu, operasi yang bermula jam 11 malam di kawasan berkenaan dibatalkan apabila beberapa pegawai dan anggota menggigil untuk meneruskan tugas.

Ketika itu, mereka sedang menjalankan pemeriksaan dalam kongsi atas air di sungai terbabit.

Pegawai Imigresen, Mohd Rizal Hashim Bakri yang berada bersama kumpulan itu mulanya menyangka suara itu hanya gurauan rakan setugas, namun sangkaannya meleset kerana tidak didengari walkie-talkie lain.

“Walkie-talkie yang dipegang pegawai itu adalah jenis lama yang bergelombang tinggi dan kemungkinan suara hilai lembaga halus boleh menembusinya,” katanya.

Mengulas kejadian terbabit, Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen negeri, Norazman Abd Ghani yang mengetuai operasi membabitkan 40 anggota, termasuk empat kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri mengakui terlihat satu lembaga dengan jelas.

Selepas ternampak lembaga bermata merah dan berambut panjang di atas pokok kira-kira dua meter dari tempatnya berdiri, katanya, beliau tanpa menceritakan kepada anggota lain segera kembali ke kenderaan kira-kira 200 meter dari tempat kejadian.

Katanya, operasi di kawasan 20 kilometer menghampiri sempadan Kenyir/ Gua Musang, Kelantan itu pertama kali dilakukan.

Beliau berkata, kejadian mistik itu pertama dilaluinya sepanjang bertugas dengan Jabatan Imigresen.

“Sebelum ini, saya tidak percaya cerita mistik, apatah lagi mengenai kewujudan langsuir yang dikatakan hanya khayalan semata-mata, tetapi selepas melihat sendiri wajah ngeri dan hilai lembaga itu, ia memang menakutkan,” katanya.

Dalam operasi sebelum itu, katanya, dua lelaki nekad terjun ke dalam sungai selepas terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, lapan lelaki Thailand yang lena tidur dalam kongsi atas air ditahan kerana tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Mereka dibawa ke Depot Tahanan Imigresen, Ajil untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)© Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
Sumber: HarianMetro










Wednesday, October 12, 2016

Warga emas tak jumpa jalan balik lepas jumpa perempuan cantik





Saari (dua, kanan) memimpin abangnya dengan bantuan Bomba Penyelamat Pasir Mas dan Rantau Panjang sebelum dibawa pulang.

RANTAU PANJANG - "Pak Do nak pergi Pasir Mas, tapi masa berjalan Pak Do jumpa hantu dan perempuan cantik. Pak Do tak jumpa jalan balik," kata seorang warga emas yang dilaporkan hilang, semalam.

Mangsa, Ismail Mamat, 57 dilaporkan hilang lebih 24 jam ditemui keletihan, kira-kira 25 kilometer dari lokasi rumahnya.

Ismail berkata, disebabkan sesat, dia terpaksa tidur di tepi jalan dan mengharapkan penduduk untuk menghulurkan makanan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Adni Ibrahim berkata, warga emas berkenaan ditemui oleh orang awam di kedai kosong, dekat Kampung Banggol Kulim pada jam 5.45 petang.

"Bertindak atas maklumat awal, saya bersama empat anggota ke lokasi tersebut dan membawa mangsa ke Balai Bomba Rantau Panjang untuk rawatan lanjut.

"Pada mulanya, mangsa cuba mengelak namun akur selepas dipujuk serta dipimpin oleh anggota terlibat," katanya.

Beliau berkata, Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I, El Taraff Mohd Zachariah mendapati, tahap kesihatan mangsa dalam keadaan baik.

Dalam pada itu, adik mangsa, Saari Mamat, 55, berkata, dia bersyukur abangnya ditemui dalam keadaan selamat.

Menurutnya, sebelum ini ahli keluarga risau sekiranya mangsa berada di parit air atau hutan berhampiran.

"Syukur, tuhan makbulkan doa kami dan kami ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha mencari abang saya sehingga ditemui,” katanya.

Mangsa yang mempunyai masalah gangguan perasaan didapati hilang dari rumahnya pada jam 8 pagi, kelmarin.








kredit N Sumber







Friday, November 28, 2014

Tafsir Mimpi TAJUL MULUK



Ketika tidur sesekali kita bermimpi, entah itu mimpi baik atau buruk. Terkadang mimpi itu begitu berkesan, sehingga kita ingin tahu apa makna di baliknya. Ada kalanya mimpi itu demikian menakutkan, yang membuat kita tak ingin menceritakannya pada siapapun.
Berbagai pertanyaan kemudian timbul. Apakah semua mimpi itu bisa dipercaya dan punya arti? Perlukah setiap mimpi dipertimbangkan atau sebaiknya diabaikan saja? Apa akibat dari sebuah mimpi? 

Dapatkah mimpi dijadikan salah satu sumber ilmu pengetahuan?
Di dalam al-Qur’an terdapat beberapa ayat mengenai mimpi, misalnya dalam QS Ash Shaaffaat 37: 102 diriwayatkan bahwa Nabi Ibrahim AS. bermimpi melihat dirinya menyembelih Ismail as anaknya. “Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata, “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab, “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.”

Sekiranya anda bermimpi......

-Di patuk atau di belit ular anda akan memperolehi isteri/suami 
-Mengerjakan sembahyang sempurna pekerjaan dunia dan akhirat 
-Memakan api anda akan memperolehi seorang isteri yang papa tapi bijaksana. 
-Burung putih terbang di rumah atau dapat ditangkap alamat beroleh pasangan hidup yang budiman lagi berharta 
-Membaca Al-Quran anda akan panjang usia dan memperolehi apa yang dihajati.

Doa apabila bermimpi :

Do'a Ketika Mimpi Baik

"Alhamdulillahil-ladzii qadlaa haajati"
Artinya : "Segala puji bagi Allah yang telah memberi hajatku"

(Apabila mendapat mimpi yang baik dan disuruh menceritakan)

"Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam"

(Apabila mendengar cerita mimpi yang baik)

"Semoga baik apa yang engkau temui dan terpelihara dari keburukan engkau. Semoga baik untuk kita dan buruk untuk musuh-musuh kita. Segala pujian bagi Allah Tuhan seluruh alam."


(Apabila mendapat mimpi yang buruk dan ditegah menceritakan)

Allaahumma innii a;uudzu bika min 'amalisy syaythaani, wa sayyi'aatil ahlaami

"Ya Allah, aku mohon perlindungan kepada Engkau daripada perbuatan syaitan dan dari keburukan mimpi."

(Ketika terjaga kerana terkejut atau takut sesuatu di waktu tidur)

"Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kemurkaan-Nya dari kejahatan hamba-hamba-Nya dari bisikan syaitan yang mendekatiku."




Friday, November 14, 2014

Lelaki bertelur mungkin dijel?







Jakarta: Tersohor atau meringkuk di penjara?
Ada dua kemungkinan dihadapi ‘lelaki bertelur’ yang mencetuskan kegemparan ramai beberapa hari lalu.

Ketua Jabatan Kesihatan Jakarta Utara, Bambang Suheri berkata, jika terbukti dakwaan Sinin adalah bohong, dia boleh didakwa di mahkamah.
“Dia menyebabkan keresahan orang ramai.
“Lebih penting, dia mem*****kan masyarakat jika dakwaannya cuma rekaan,” katanya semalam.

Sinin, 62, yang menetap di Tanjung Wangi, Penjaringan, baru-baru ini mendakwa dia mengeluarkan telur sejak 1998.
Akhir-akhir ini, kata Sinin, kekerapan itu meningkat dan menghasilkan lebih 200 biji sejak ia bermula 16 tahun lalu.
Kata Bambang, ketika ini pasukan perubatan memeriksa dakwaan Sinin bagi mendapatkan kesahihan.

“Kami meminta Sinin sedar kesan dakwaannya itu,” katanya.
Menurut Bambang, berdasarkan kajian sains, sangat sukar mempercayai ada manusia menghasilkan telur seperti seekor ibu ayam.
“Menurut ilmu kedoktoran, tidak mungkin telur boleh keluar melalui dubur kerana ia pasti akan pecah terlebih dulu,” katanya.
Keganjilan lain termasuk keadaan telur Sinin yang keluar dalam keadaan kering serta bersih.









Cerita Berkaitan : Lelaki warga emas Bertelur KLIK SINI
















sumber:






Saturday, November 08, 2014

Lelaki warga emas dakwa bertelur semenjak 1998.


Jakarta: Seorang warga emas mendakwa, dia boleh bertelur sejak 1998 dan setakat ini tiada siapa tahu punca fenomena itu.

Kata Sinin, 62, polis juga pernah menyoal siasat - dan mengambil telurnya - selepas penduduk setempat kecoh mengenai ‘kelebihan’ dimilikinya.

“Mula-mula telur itu keluar dari dubur saya tiga bulan sekali, tetapi kini saya bertelur lebih kerap,” katanya.

Kini menetap di Penjaringan di Jakarta Utara, Sinin berkata, sehingga kini menurutnya, dia sudah mengeluarkan 202 biji telur, termasuk 100 biji yang keluar pada tahun 2000.


Kata Sinin, sesetengah telurnya dibuang begitu saja, manakala sebahagian lagi diberi kepada sesiapa yang berminat.

Menceritakan pengalamannya bertelur, Sinin berkata, mula-mula dia berasa sakit seperti memulas pada perut.

Lama-kelamaan, menurutnya, dia akan mengeluarkan telur melalui proses sama seperti orang membuang air besar.

Sehingga kini Sinin masih bingung untuk menjelaskan bagaimana kejadian itu berlaku.

“Cuma dulu saya pernah bermimpi ada seseorang memberi saya telur.

“Tiba-tiba saya boleh bertelur,” katanya.

Bagaimanapun, telur Sinin yang mirip seperti telur ayam tidak boleh keras apabila direbus.

Anak Sinin, Sunarto, 40, berkata dia pernah cuba merebus telur bapanya tetapi selepas satu jam, ia kekal seperti asal.








Thursday, November 06, 2014

Yusof Haslam Tunggu 23 Tahun Terbitkan Drama 'Bercakap Dengan Jin'




Impian penerbit filem Skop Production iaitu Datuk Yusof Haslam untuk mengadaptasi novel seram yang popular sekitar tahun 1980an iaitu Bercakap Dengan Jin tercapai apabila Astro berbesar hati untuk menayangkannya di saluran Mustika HD.

Yusof berkata, sebelum ini beliau pernah untuk menerbitkan naskhah tersebut untuk dijual di sebuah stesen televisyen namun gagal kerana ketika itu cerita-cerita seram tidak digalakkan untuk tayangan umum.

"Akhirnya impian saya untuk jayakan adaptasi novel seram popular pada tahun 1980an ini tercapai juga.

"Dulu memang ada usaha untuk terbitkannya tetapi ketika itu cerita-cerita seram sebegini tidak begitu digalakkan oleh kerajaan," ujarnya.

Yusof berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama seram bersiri Bercakap Dengan Jin di Restoran Serai, KL Life Centre, di sini, Khamis.

Drama 13 episod ini bakal disiarkan pada setiap Selasa, pukul 10 malam di Mustika HD (saluran 134) dan Astro Bella (saluran 133) bermula 4 November ini.

Sementara itu, Yusof berkata, cabaran utamanya adalah berhadapan dengan tahap kesihatan pelakon veteran Datuk Rahim Razali yang terpaksa menjalani penggambaran 14 hari tanpa henti.

Tambah Yusof, disebabkan perkara tersebut juga pelakon berusia 75 tahun itu jatuh sakit akibat terlalu penat.

"Saya rasa bersalah dengan Datuk Rahim Razali yang jatuh sakit ketika penggambaran sehingga dia terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

"Alhamdulillah dia sihat dan boleh menyambung penggambaran tersebut, kalau tidak pening juga saya untuk mencari penggantinya," ujar Yusof.

Selain itu katanya, cabaran daripada segi penggunaan imej janaan komputer (CGI) untuk beberapa babak dalam drama tersebut memerlukan kos agak tinggi.

Drama arahan Londo Zawawi dan C. Kumaresan ini menceritakan kisah benar yang dilalui oleh penulis iaitu Tamar Jalis tentang pengalaman datuknya iaitu seorang pengamal perubatan tradisional di sekitar negeri Perak.

Selain Rahim, pelakon laij yang turut membintangi drama ini ialah Pekin Ibrahim, A.Galak dan Oktavia Manrose.














sumber

Friday, October 31, 2014

Berpesta tangkap lampam timbul serah diri






Parit Buntar: Penduduk Kampung Parit Kasa, di sini, dikejutkan dengan fenomena ribuan ikan lampam muncul di permukaan tali air sejak jam 7 pagi semalam, menyebabkan kawasan berkenaan dikerumuni penduduk yang bagaikan berpesta.

Rata-rata penduduk yang mengetahui kejadian itu memenuhi kawasan berkenaan dengan membawa pelbagai peralatan termasuk jala, pukat dan sauk, malah ada yang terus terjun ke dalam tali air menangkap ikan menggunakan tangan.

Difahamkan, sehingga jam 2 petang semalam, penduduk mendakwa menaikkan 100 kilogram ikan lampam.

Abdul Halim Siga, 54, berkata, kejadian itu pertama kali berlaku sepanjang dia tinggal di kampung itu.

Katanya, dia menyedari kejadian berkenaan pada jam 7 pagi apabila melihat banyak kelibat ikan bermain di permukaan air.

“Saya segera mengambil jala dan melemparkannya ke arah kumpulan ikan terbabit dan dengan sekali campak, saya dapat lebih 20 ikan.

“Saya kemudian mengajak ahli keluarga untuk sama-sama menangkap ikan itu,” katanya.

Orang ramai mula mengerumuni kawasan itu selepas melihat penduduk menaikkan banyak ikan.

Seorang lagi penduduk Syamsul Razman, 32, berkata, fenomena itu mungkin terjadi akibat limpahan air bukit merah ke dalam Sungai Kerian.







~ sumber 












Friday, September 26, 2014

KHASIAT DAUN PANDAN






Khasiat Daun Pandan

1. Menurunkan darah tinggi

Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas
sahaja. Minum airnya.


2. Matikan kuman dalam darah

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

3. Melembutkan Daging

Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.

Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

4. Melicinkan kulit

Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

5. Mengecutkan rahim

Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari

P/s : Selamat mencuba







Thursday, September 25, 2014

Nelayan berjaya tangkap sotong sebesar bas mini




Gambar tidak bertarikh memaparkan Kapten John Bennett bergambar bersama sotong gergasi di Laut Rose, Antartika, baru-baru ini. - AGENSI

AUCKLAND 17 Sept. - Sebuah kapal nelayan laut dalam berjaya menangkap seekor sotong gergasi yang jarang ditemukan sebesar saiz sebuah bas mini di kawasan lautan terpencil di Antartika.

Mail Online melaporkan, kapten kapal berkenaan, John Bennett bersama anak buahnya berjaya menangkap sotong seberat 350 kilogram itu di Laut Rose lapan bulan lalu.

Bennet berkata, ini merupakan kali kedua dia berjaya menangkap sotong gergasi dan berhasrat untuk menyimpan tangkapan terbaharunya bagi tujuan kajian.

"Kali pertama saya menangkap sotong gergasi adalah kira-kira tujuh tahun lalu dan kini sotong tersebut dipamerkan di Muzium Kebangsaan New Zealand, Te Papa," jelasnya.

Sotong yang mempunyai lapan sesungut dengan setiap satunya berukuran satu meter itu kini dibekukan sejak ditangkap bagi membolehkan para saintis membuat kajian.

Saintis sotong dari Universiti Teknologi Auckland, Kat Bolstad yang mengetuai penyelidikan terhadap sotong berkenaan menyifatkan haiwan tersebut sebagai 'begitu besar dan cantik'.

"Pada dasarnya ini merupakan satu spesies yang jarang ditemukan dan merupakan satu peluang keemasan bagi kami untuk mengkajinya.

"Kami begitu teruja untuk mengenali sotong ini yang dipercayai sotong betina dan mempunyai telur," jelas Bolstad.



~ sumber ~ 



Tuesday, September 23, 2014

150,000 tetamu tempah penginapan di hotel yang belum siap



BILIK-BILIK hotel yang terdapat di sebuah hotel bawah laut yang sedang dalam pembinaan di Fiji.- Agensi

SUVA, Fiji - Seramai 150,000 tetamu telah membuat tempahan untuk menginap di sebuah hotel mewah bawah laut yang masih dalam pembinaan di sebuah pulau di sini, lapor Metro.uk kelmarin.

Pembinaan hotel berkenaan yang dibina oleh seorang bilionaire dari Amerika Syarikat bermula pada tahun 2001 tetapi sehingga kini ia masih belum siap.

Hotel yang terletak kira-kira kira-kira 13 meter di bawah laut itu mempunyai 25 bilik, sebuah restoran, bar, gim dan sebuah gereja.

Seorang jurucakap hotel berkata, setiap tetamu perlu membayar lebih £9,000 (RM47,227) seminggu untuk tinggal di hotel berkenaan yang hanya boleh diakses melalui sebuah lif ke dasar laut.

"Hotel ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi dengan setiap milik mempunyai dua pintu kalis tekanan dan sistem sokongan hayat berasingan.

"Tarikh pembukaan hotel ini masih dirahsiakan tetapi kami sudah mempunyai senarai menunggu hampir 150,00 tetamu," katanya. - Agensi








wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...