Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Showing posts with label EURO 2012. Show all posts
Showing posts with label EURO 2012. Show all posts

Wednesday, July 04, 2012

EURO 2012 :Edisi penuh rekod

KEMENANGAN Sepanyol ke atas Itali 4-0 di final Euro 2012 adalah kemenangan dengan margin terbesar pernah direkodkan dalam final Piala Dunia atau Kejohanan Eropah. Kita imbas kembali perjalanan sepanjang Euro yang direkodkan menerusi statistik.

Bagaimana Euro 2012 memberi nilai tambah kepada Sepanyol


1. Sepanyol adalah pasukan Eropah pertama memenangi tiga kejohanan utama berturut-turut iaitu Euro 2008, Piala Dunia 2010 dan Euro 2012.

2. Sepanyol mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 12 perlawanan akhir Kejohanan Eropah, sembilan kemena�ngan, tiga seri iaitu satu rekod dalam kejohanan itu.


3. Skuad Vicente del Bosque tidak pernah bolos sebarang gol dalam lima perlawanan terakhir Kejohanan Europah, satu rekod dalam kejohanan ini.


4. Penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas menyamai rekod Edwin van der Sar dengan sembilan perlawanan tanpa bolos di Euro.

5. Casillas memenangi 100 daripada 137 perlawanan antarabangsa dan menjadi pemain pertama mencatat rekod 100 kemenangan antarabangsa. Dia juga memegang rekod dunia dengan 79 perlawanan tanpa bolos.

6. David Silva terbabit dalam kebanyakan gol di Euro 2012, iaitu dua gol dan tiga bantuan jaringan.

7. Enam pemain Barcelona berada dalam kesebelasan utama Sepanyol. Ia bukan satu rekod memandangkan tujuh pemain Dynamo Kiev mewakili Soviet Union pada final 1988.


Perlawanan akhir

1. Margin kemenangan Sepanyol dengan empat gol adalah yang paling besar direkodkan dalam final Piala Dunia dan Kejohanan Eropah.

2. Sepanyol menamatkan permainan dengan 52% penguasaan keseluruhan dan mengatasi Itali dengan 529 penguasaan berbanding 451.

3. Juan Mata adalah pemain gantian yang menjaringkan gol terpantas di Euro 2012 iaitu satu minit 14 saat sebaik diturunkan ke padang.

4. Xavi membantu jaringan Fernando Torres dalam kedua-dua final 2008 dan 2012.

5. Fernando Torres menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam dua final Kejohanan Eropah.

6. Sepanyol adalah pasukan ketiga menjaringkan dua gol sebelum separuh masa kedua dalam final Kejohanan Eropah iaitu di Itali pada 1968 dan Czechoslovakia pada 1976.

7.Pasukan yang menjaring�kan tiga atau lebih gol dalam di final Kejohanan Eropah adalah Jerman Barat yang menewaskan Soviet Union 3-0 pada 1972.

Pemain Itali, Antonio Cassano digantikan lapan kali dalam pusingan akhir Kejohanan Eropah selepas diletakkan dalam kesebelasan utama, memecahkan rekod yang dikongsi bersama Dennis Bergkamp dan Mario Gomez.

8. Ini adalah Piala Dunia atau Kejohanan Eropah kedua di mana kedua-dua pasukan mempunyai penjaga gol sebagai kapten. Sebelum ini ia membabitkan perlawanan akhir Piala Dunia 1934 di antara Itali (Giampiero Combi) dan Czechoslovakia (Franta Planicka).



Pusingan kalah mati

1. Gandingan hantaran paling kerap dilakukan England dalam perlawanan suku akhir di mana mereka tewas kepada Itali adalah di antara Joe Hart dan Andy Carroll, yang menyertai permainan sebagai pemain gantian selepas satu jam perlawanan.

2. Itali melakukan 815 hantaran berbanding England dengan 320.

3. Perancis mempunyai ha�nya 40.3% penguasaan bola berbanding Sepanyol, rekod terendah dicatatkan oleh pasukan kendalian Lauren Blanc yang kini meninggalkan pasukan itu dan hanya melakukan satu percubaan tepat.

4. Miroslav Klose mengumpul 64 jaringan antarabangsa ketika menentang Greece, kurang empat berbanding rekod yang dicatatkan legenda Jerman, Gerd Muller.

5. Republik Czech gagal melakukan percubaan tepat ketika tewas 0-1 kepada Portugal di separuh akhir.


Peringkat kumpulan

1. Penyerang Republik Czech, Milan Baros menghabiskan 217 minit di padang sebelum melakukan percubaan tepat di Euro 2012.

2. Poland adalah pasukan tuan rumah kedua yang gagal melepasi peringkat kumpulan di Euro (selepas Austria pada 2008).

3. Dua perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan membuat paling banyak percubaan (Belanda mln Denmark, Russia mln Greece) yang menyaksikan kedua-dua Belanda dan Russia tewas 0-1.

4. Belanda gagal memenangi perlawanan peringkat kumpulan Euro buat pertama kali.
5. Portugal berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati Kejuaraan Eropah dalam setiap penyertaan mereka (enam kali).

6. Ireland menamatkan peringkat kumpulan dengan bolos sembilan gol dan hanya Yugoslavia mencatat lebih ba�nyak iaitu 10 gol pada 1984.

7. Wayne Rooney beraksi selama 673 minit tanpa gol dalam kejohanan utama sebelum dia menjaringkan gol ke atas Ukraine.

8. Empat daripada lima gol England di Euro 2012 datangnya menerusi hantaran.

9.Andriy Shevchenko menjaringkan dua gol buat Ukraine ketika menentang Sweden biarpun menguasai bola hanya selama 15 saat.

10. Cristiano Ronaldo menjadi pemain Portugal pertama menjaringkan gol dalam lima kejohanan utama (Euro 2004, 2008 dan 2012 serta Piala Dunia 2006 dan 2010).


~sumber~

Monday, July 02, 2012

EURO 2012 Astro QUEEN










Beliau secara tiba-tiba beliau muncul di kaca TV, LCD, LEDTV , Laptop, Ipad dan skrin mamak kita semenjak mulanya Euro. Siapakah awek berambut coklat dan berdada bidang ini? Kenapa beliau muncul tanpa diajak? Ladies and gents memperkenalkan Kay Murray (32), seorang personaliti TV yang berasal dari Middlesborough United Kingdom.

Sebelum muncul di rancangan Astro Euro beliau bekerja sebagai penyampai berita dan wartawan untuk Madrid TV. Beliau bekerja untuk juara La Liga 2011/2012 ini sejak 2006. Walaupun berasal dari England, Kay petah berbahasa Sepanyol dan ini memudahkan kerja beliau menemuramah pemain Real.

Tahukah anda di Madrid TV beliau berambut perang. Untuk Astro Euro beliau mewarnakan rambut menjadi coklat. Kenapa? Aku pun tak tahu mungkin untuk kelihatan lebih serius. Pencapaian terbaik beliau ialah menjadi hos kepada majlis FIFA World Player of The Year Award bersama lagenda Holland Ruud Gullit.

Personally aku rasa dia ok tapi aku lebih prefer Jay Menon. Mungkin Jay memerlukan co host wanita kerana jika anda tak tahu lagi Jay baru sahaja berkahwin dengan Stephan Cieplik 2 Jun yang lalu. Jangan kacau orang baru kahwin.

Jika anda mahu mendekatkan diri dengan Kay Murray sila follow twitter beliau di @KateLMurray . Sila enjoice. Dengan ketiadaan England kami yakin malam ni Kay akan menyokong Sepanyol.


~sumber~

Sunday, July 01, 2012

EURO 2012 FINAL / AKHIR EURO 2012


RAMALAN

ISNIN 2 JULAI2012 - KIEV


ITALY 0

VS

SPAIN 3


KEPUTUSAN SEBENAR

ITALY 2

VS

SPAIN 0


~KEPUTUSAN SEBENAR


~UPDATED 2.07.12




Quarter-finals
Semi-finals
Final












21 June – Warsaw







Czech Republic

27 June – Donetsk

Portugal


Winner of quarter-final 1

23 June – Donetsk



Winner of quarter-final 3


Spain


1 July – Kiev

France


Winner of semi-final 1

22 June – Gdańsk



Winner of semi-final 2

Germany

28 June – Warsaw

Greece


Winner of quarter-final 2

24 June – Kiev



Winner of quarter-final 4


England



Italy

EURO

ROLL CALL OF CHAMPION


Final result Host nation

1960 USSR 2 - 1 Yugoslavia France

1964 Spain 2 - 1 USSR Spain

1968 Italy 1-1 ( 2-0 replay ) Yugoslavia Italy

1972 W. Germany 3 - 0 USSR Belgium

1976 Czechoslovakia 2-2 (5-3 pens) W. Germany Yugoslavia

1980 W. Germany 2-1 Belgium Italy

1984 France 2 - 0 Spain France

1988 Netherland 2 - 0 USSR Germany

1992 Denmark 2 - 0 Germany Sweden

1996 Germany 2 - 1 Czech republic England

2000 France 2 - 1 Italy Netherland /Belgium

2004 Greece 1 - 0 Portugal Portugal

2008 Spain 1 - Germany Austria / Switz




EURO 2012 FINAL

Awal Pagi ESOK Penentu siapa Juara EURO 2012..spt biasa aku akan membuat ramalan...walaupun pasukan Pilihan aku KALAH..aku tetap dgn ramalan bahawa SPAIN akan mengecewakan ITALY Viva La Roja


SPAIN Vs ITALY

4 2


~keputusan sebenar~

SPAIN Vs ITALY

X X


~updated 2 JULAI 2012




Quarter-finals
Semi-finals
Final


21 June – Warsaw



Czech Republic 0

27 June – Donetsk

Portugal 1

Portugal 0 (2)

23 June – Donetsk

Spain (p) 0 (4)

Spain 2


1 July – Kiev

France 0

Spain 99

22 June – Gdańsk

Italy 1

Germany 4

28 June – Warsaw

Greece 2

Germany 1

24 June – Kiev

Italy 2

England 0 (2)

~ BAHANA EURO 2012


ORANG ramai berkumpul di sebuah restoran di Kuching, Sarawak yang menyediakan skrin besar yang menayangkan salah satu siaran langsung Euro 2012 - Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Simptom yang dikaitkan dengan Euro 2012 amat ketara dengan meningkatnya desakan untuk bertaruh dan berjudi, lebih banyak cuti sakit, ponteng dan ramai yang lewat ke tempat kerja.

JobStreet.com dalam kenyataan yang dibuatnya berdasarkan satu penyelidikan memberitahu, banyak aktiviti telah dapat dikesan di pejabat sepanjang musim demam bola sepak, yang akan berakhir hujung minggu ini.

Antara yang paling menonjol - judi dan pertaruhan membabitkan wang ringgit.

"Tiga syarikat telah dapat mengesan aktiviti perjudian di kalangan pekerja," katanya.

Tuesday, June 26, 2012

EURO 2012 SEMI FINAL / SEPARUH AKHIR EURO 2012

SUKU AKHIRSEPARUH AKHIRAKHIR
21 Jun – Warsaw
Czech Republic 0
27 Jun – Donetsk
Portugal 1
Portugal
23 Jun – Donetsk
Spain
Spain 2
1 July – Kiev
France 0
Pemenang Separuh Akhir 1
22 Jun – Gdańsk
Pemenang Separuh Akhir 2
Germany 4
28 Jun – Warsaw
Greece 2
Germany
24 Jun – Kiev
Italy
England 0 (2)
Italy (p) 0 (4)



RAMALAN

RABU 27 JUN 2012 - DONETSK


PORTUGAL 2

VS

SPAIN 4


KEPUTUSAN SEBENAR

PORTUGAL 2

VS

SPAIN 4

~UPDATED 27.06.12

RAMALAN

KHAMIS 28 JUN 2012 -WARSAW

GERMANY 3

VS

ITALY 1


~KEPUTUSAN SEBENAR


GERMANY X

VS

ITALY X


~UPDATED 28.06.12


Sunday, June 24, 2012

EURO 2012 : HADIAH WANG TUNAI

Hadiah wang tunai

UEFA mengumumkan bahawa sebanyak € 196 juta telah ditawarkan kepada 16 pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini, meningkat dari € 184 juta pada kejohanan sebelumnya. Taburan wang hadiah adalah seperti berikut:

Hadiah untuk menyertai: € 8 juta

Bayaran tambahan berdasarkan prestasi pasukan:

Juara: € 7,5 juta ( RM37.5 Juta )

Naib juara: € 4,5 juta ( RM22.5 Juta )

Mencapai peringkat separuh akhir: € 3 juta (RM 15 Juta )

Mencapai suku akhir: € 2 juta ( RM10 Juta )

Penamat di tempat ketiga dalam kumpulan: € 1 juta ( RM5 Juta )

Memenangi perlawanan kumpulan: 1000000 € ( RM5 Juta )

Seri perlawanan peringkat kumpulan: € 0,5 juta ( RM2.5 juta )



~MENANG KALAH SERI Semua Dapat DUIT


Friday, June 22, 2012


GOAL SCORE

Euro 2012: Portugal di separuh akhir

Aksi Cristiano Ronaldo ketika pertemuan Portugal dan Republik Czech. Gol Ronaldo membawa pasukannya ke separuh akhir. - Foto ihsan CNN

PORTUGAL muncul pasukan pertama melangkah ke separuh akhir kejohanan Euro 2012 dengan mengatasi Republik Czech 1-0 di Stadium Nasional, Warsaw sebentar tadi.
Satu-satunya gol pada perlawanan suku akhir Portugal-Republik Czech ini diperoleh pada separuh masa kedua, dijaringkan oleh
Cristiano Ronaldo pada minit ke-79.
Dengan kemenangan ini, Portugal akan bertemu sama ada Sepanyol atau Perancis di separuh akhir.
Ronaldo, ketua pasukan Portugal, menjadi wira apabila membenam Republik Czech 1-0.

Babak perlawanan pertama perlawanan, kedua-dua pasukan menampilkan permainan seimbang dan jarang melakukan sebarang percubaan berbahaya ke gawang lawan masing-masing.

Cuma pada minit kecederaan sebelum tamat separuh masa pertama, Ronaldo hampir mengejutkan Czech apabila rembatannya terkena tiang gol dan penjaga gawang, Petr Cech sudahpun tertewas.

Bersambung babak kedua, Portugal mula mengatur beberapa serangan.

Sekali lagi, Ronaldo menunjukkan kehebatannya sebagai pakar melalui sepakan percuma dari luar kotak penalti dan telah terkena tiang pada minit ke-48.

Pada minit ke-57, gol menerusi tandukan penyerang Portugal, Hugo Almeida yang menggantikan Helder Postiga dibatalkan oleh pengadil perlawanan dari England, Howard Webb kerana berada dalam kedudukan ofsaid.

Anak-anak buah Paulo Bento mendominasi sepanjang babak kedua dengan melancarkan serangan demi serangan ke arah gawang Czech namun gagal membuahkan hasil.

Czech mempamerkan aksi bertahan dan hanya melakukan dua percubaan sahaja sepanjang perlawanan.

Dengan kemenangan Portugal itu, ia sekali gus mengecewakan pasukan Michel Bilek dan para penyokong mereka untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan edisi kali ini.

Berdasarkan rekod, Czech telah bertemu mereka sebanyak dua kali dengan menewaskan Portugal 1-0 pada perlawanan suku akhir Euro 2006, tetapi tewas kepada Portugal 3-1 ketika aksi peringkat kumpulan Euro 2008.


Sekilas fakta perlawanan:

Keputusan semasa: (0) Rep Czech (1) Portugal

Penguasaan bola: (43%) Rep Czech (57%) Portugal

Percubaan ke arah gawang: (2) Rep Czech (20) Portugal

Sepakan sudut: (6) Rep Czech (11) Portugal

Kad kuning: Limbersky (Rep Czech); Veloso, Nani (Portugal)
Senarai pemain Republik Czech:
1. Petr Cech (k)
6. Tomas Sivok
3. Michael Kadlec
8. David Limbersky
2. Theodor Gebre Selassie
13. Jaroslav Plasil
14. Vaclaf Pilar
17. Tomas Hubschman
19. Petr Jiracek
22. Vladimir Darida
15. Milan Baros
Senarai pemain Portugal:
12. Rui Patricio
2. Bruno Alves
3. Pepe
5. Fabio Coentrao
21. Joao Pereira
4. Miguel Veloso
8. Joao Moutinho
16. Raul Meireles
17. Nani
7. Cristiano Ronaldo (k)
23. Helder Postiga


EURO 2012

Pusingan KALAH MATI

Quarter-finalsSemi-finalsFinal
21 June – Warsaw
Czech Republic 0
27 June – Donetsk
Portugal 1
Portugal
23 June – Donetsk
Winner of quarter-final 3
Spain
1 July – Kiev
France
Winner of semi-final 1
22 June – Gdańsk
Winner of semi-final 2
Germany
28 June – Warsaw
Greece
Winner of quarter-final 2
24 June – Kiev
Winner of quarter-final 4
England
Italy
~sumber~

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...