Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Wednesday, July 04, 2012

EURO 2012 :Edisi penuh rekod

KEMENANGAN Sepanyol ke atas Itali 4-0 di final Euro 2012 adalah kemenangan dengan margin terbesar pernah direkodkan dalam final Piala Dunia atau Kejohanan Eropah. Kita imbas kembali perjalanan sepanjang Euro yang direkodkan menerusi statistik.

Bagaimana Euro 2012 memberi nilai tambah kepada Sepanyol


1. Sepanyol adalah pasukan Eropah pertama memenangi tiga kejohanan utama berturut-turut iaitu Euro 2008, Piala Dunia 2010 dan Euro 2012.

2. Sepanyol mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 12 perlawanan akhir Kejohanan Eropah, sembilan kemena�ngan, tiga seri iaitu satu rekod dalam kejohanan itu.


3. Skuad Vicente del Bosque tidak pernah bolos sebarang gol dalam lima perlawanan terakhir Kejohanan Europah, satu rekod dalam kejohanan ini.


4. Penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas menyamai rekod Edwin van der Sar dengan sembilan perlawanan tanpa bolos di Euro.

5. Casillas memenangi 100 daripada 137 perlawanan antarabangsa dan menjadi pemain pertama mencatat rekod 100 kemenangan antarabangsa. Dia juga memegang rekod dunia dengan 79 perlawanan tanpa bolos.

6. David Silva terbabit dalam kebanyakan gol di Euro 2012, iaitu dua gol dan tiga bantuan jaringan.

7. Enam pemain Barcelona berada dalam kesebelasan utama Sepanyol. Ia bukan satu rekod memandangkan tujuh pemain Dynamo Kiev mewakili Soviet Union pada final 1988.


Perlawanan akhir

1. Margin kemenangan Sepanyol dengan empat gol adalah yang paling besar direkodkan dalam final Piala Dunia dan Kejohanan Eropah.

2. Sepanyol menamatkan permainan dengan 52% penguasaan keseluruhan dan mengatasi Itali dengan 529 penguasaan berbanding 451.

3. Juan Mata adalah pemain gantian yang menjaringkan gol terpantas di Euro 2012 iaitu satu minit 14 saat sebaik diturunkan ke padang.

4. Xavi membantu jaringan Fernando Torres dalam kedua-dua final 2008 dan 2012.

5. Fernando Torres menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam dua final Kejohanan Eropah.

6. Sepanyol adalah pasukan ketiga menjaringkan dua gol sebelum separuh masa kedua dalam final Kejohanan Eropah iaitu di Itali pada 1968 dan Czechoslovakia pada 1976.

7.Pasukan yang menjaring�kan tiga atau lebih gol dalam di final Kejohanan Eropah adalah Jerman Barat yang menewaskan Soviet Union 3-0 pada 1972.

Pemain Itali, Antonio Cassano digantikan lapan kali dalam pusingan akhir Kejohanan Eropah selepas diletakkan dalam kesebelasan utama, memecahkan rekod yang dikongsi bersama Dennis Bergkamp dan Mario Gomez.

8. Ini adalah Piala Dunia atau Kejohanan Eropah kedua di mana kedua-dua pasukan mempunyai penjaga gol sebagai kapten. Sebelum ini ia membabitkan perlawanan akhir Piala Dunia 1934 di antara Itali (Giampiero Combi) dan Czechoslovakia (Franta Planicka).



Pusingan kalah mati

1. Gandingan hantaran paling kerap dilakukan England dalam perlawanan suku akhir di mana mereka tewas kepada Itali adalah di antara Joe Hart dan Andy Carroll, yang menyertai permainan sebagai pemain gantian selepas satu jam perlawanan.

2. Itali melakukan 815 hantaran berbanding England dengan 320.

3. Perancis mempunyai ha�nya 40.3% penguasaan bola berbanding Sepanyol, rekod terendah dicatatkan oleh pasukan kendalian Lauren Blanc yang kini meninggalkan pasukan itu dan hanya melakukan satu percubaan tepat.

4. Miroslav Klose mengumpul 64 jaringan antarabangsa ketika menentang Greece, kurang empat berbanding rekod yang dicatatkan legenda Jerman, Gerd Muller.

5. Republik Czech gagal melakukan percubaan tepat ketika tewas 0-1 kepada Portugal di separuh akhir.


Peringkat kumpulan

1. Penyerang Republik Czech, Milan Baros menghabiskan 217 minit di padang sebelum melakukan percubaan tepat di Euro 2012.

2. Poland adalah pasukan tuan rumah kedua yang gagal melepasi peringkat kumpulan di Euro (selepas Austria pada 2008).

3. Dua perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan membuat paling banyak percubaan (Belanda mln Denmark, Russia mln Greece) yang menyaksikan kedua-dua Belanda dan Russia tewas 0-1.

4. Belanda gagal memenangi perlawanan peringkat kumpulan Euro buat pertama kali.
5. Portugal berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati Kejuaraan Eropah dalam setiap penyertaan mereka (enam kali).

6. Ireland menamatkan peringkat kumpulan dengan bolos sembilan gol dan hanya Yugoslavia mencatat lebih ba�nyak iaitu 10 gol pada 1984.

7. Wayne Rooney beraksi selama 673 minit tanpa gol dalam kejohanan utama sebelum dia menjaringkan gol ke atas Ukraine.

8. Empat daripada lima gol England di Euro 2012 datangnya menerusi hantaran.

9.Andriy Shevchenko menjaringkan dua gol buat Ukraine ketika menentang Sweden biarpun menguasai bola hanya selama 15 saat.

10. Cristiano Ronaldo menjadi pemain Portugal pertama menjaringkan gol dalam lima kejohanan utama (Euro 2004, 2008 dan 2012 serta Piala Dunia 2006 dan 2010).


~sumber~

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...