Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Wednesday, July 04, 2012

Lindungi anak bahaya Internet


BANYAK bahaya yang menular boleh ditemui di ruangan Internet dan kanak-kanak adalah golongan paling mudah diancam serta tidak bersedia menghadapi keadaan itu.

Walaupun begitu, masih ramai ibu bapa dilihat leka mengenai bahaya yang menanti serta mengambil sikap sambil lewa mengenai perlindungan terhadap generasi muda daripada kecelaruan di Internet.

Mengikut statistik yang dikeluarkan menerusi hasil kaji selidik Harris Interactive membabitkan kira-kira 9,000 pengguna Internet di Amerika Syarikat, Russia dan Eropah dari Februari hingga Mac lalu, hanya lima peratus saja yang mengutamakan perlindungan anak-anak mereka daripada kandungan ‘dewasa’.

Perlindungan diambil sambil lewa walaupun pengguna talian Internet menarik semakin ramai golongan muda,, melalui pengenalan laptop peribadi dan telefon pintar yang tidak lagi hanya digunakan pelajar universiti.


Alat komunikasi berteknologi tinggi itu turut popular dan �biasa digunakan pelajar sekolah, apatah lagi bagi setiap tiga telefon bimbit ketika ini, dua dari�padanya adalah telefon pintar dan digunakan untuk melayari laman Internet.


Lebih ramai bimbang pemikiran anak mereka mungkin dirosakkan orang yang ditemui dalam laman sosial sembang atau rangkaian sosial lain iaitu kerisauan yang disuarakan kira-kira 10 peratus responden dalam kajian itu, menjadikannya kebimbangan kedua terbesar dalam talian.

Kebimbangan itu mempunyai asas yang kukuh dengan 53 peratus daripada pengguna mengatakan penyalahgunaan alam maya sebagai satu masalah yang serius.

Ada antaranya juga pernah ‘menangkap’ anak mereka melayari laman yang melarang pengunjung terdiri kanak-kanak atau menghantar maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali.

Secara keseluruhannya, membimbangkan apabila ibu bapa tidak melakukan lebih usaha membantu anak-anak mereka mendapatkan perlindungan yang terbaik daripada Internet tanpa meletakkan mereka pada risiko.

Bantuan melindungi anak masing-masing daripada bahaya Internet ada dalam bentuk perisian, membolehkan ibu bapa tenang dan tidak perlu sentiasa membuat pemantauan ketika anak menggunakan komputer bagi mengelak anak melihat bahan tidak sepatutnya.

Pasaran perisian dipenuhi dengan program yang secara automatik memantau penggunaan komputer atau Internet. Fungsi itu disediakan sebagai perisian secara bersendirian atau sebagai sebahagian daripada pakej keselamatan yang lebih besar misalnya, modul kawalan ibu bapa di Kaspersky Internet Security 2012 yang boleh mengawal selia akses kanak-kanak ke laman web dan aplikasi.

Ia memantau komunikasi anak-anak di rangkaian sosial dan satu-satunya perkara yang ibu bapa perlu lakukan adalah membuat akaun untuk kanak-kanak itu pada komputer rumah dan pada awalnya menyesuaikan modul.

Selain komputer peribadi, perlindungan juga diperlukan bagi peranti mudah alih yang menurut kaji selidik sama oleh Harris Interactive, kira-kira separuh daripada responden menggunakan tablet mereka (46 peratus) dan telefon pintar (47 peratus) untuk berkomunikasi di rangkaian sosial.

Untuk melindungi peranti ini, dedikasi penyelesaian mudah alih diperlukan dan perisian Kaspersky Parental Control for Android boleh menyekat akses kepada laman web yang mengandungi kandungan tidak dikehendaki serta sekatan tempat pelancaran aplikasi.

Kaspersky Lab adalah syarikat swasta terbesar dunia yang menyediakan penyelesaian perlindungan daripada bahaya di Internet.

Syarikat itu antara empat pembekal penyelesaian keselamatan untuk pengguna yang berada pada kedudukan tertinggi di dunia.

Ia beroperasi di hampir 200 negara dan wilayah di seluruh dunia, memberikan perlindungan untuk lebih 300 juta pengguna Internet di seluruh dunia. Maklumat lanjut boleh didapati di www.kaspersky.com.

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...