Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Sunday, July 22, 2012

Bazar Ramadan Setiawangsa bebas kontroversi hari ini

Bazar Ramadan Setiawangsa bebas kontroversi hari ini
HIDAYAH HAIROM
22 Julai 2012
Bazar Ramadan Setiawangsa bebas kontroversi hari ini
Keadaan di Bazar Ramadhan Setiawangsa yang mendapat sambutan pengunjung
KUALA LUMPUR - Walaupun dilanda kontroversi berikutan kekecohan semalam, Bazar Ramadan Setiawangsa di Jalan Setiawangsa 13 di sini mendapat sambutan daripada pengunjung hari ini.

Tinjauan Sinar Harian kira-kira jam 6.30 petang tadi mendapati, bazar tersebut sesak dengan pengunjung.

Beberapa anggota rela dilihat berkawal mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Seorang pengunjung, hanya mahu dikenali sebagai Nurul Ain, 19, berkata, dia sememangnya pengunjung tetap bazar di Setiawangsa setiap kali Ramadan.

Menurutnya, bazar di situ perlu dikekalkan, namun perlu dikawal agar tidak mengakibatkan kesesakan yang teruk.

"Sekarang ini lokasinya di hadapan sekolah memang tidak sesuai, dan saya tahu ini hanya sementara.

"Tetapi pihak bertanggungjawab perlu bijak mengatasi masalah ini supaya peniaga dapat terus berniaga, dan pengunjung dapat terus berbelanja tanpa memberi gangguan kepada sesiapa," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, peniaga jus buah, Ghani Abdullah,  42, berkata, dia tetap akan berniaga namun lokasinya bergantung kepada hasil perbincangan yang akan berlangsung bersama DBKL.

Katanya, bazar Ramadan Setiawangsa telah wujud sejak 20 tahun lalu dan di situ para peniaga mengambil peluang memperoleh pendapat tambahan dalam tempoh sebulan.

"Saya difahamkan perbincangan akan berlangsung dalam jam 10 pagi dan keputusan akan diberikan paling lambat dalam jam 12. Jadi semuanya bergantung.

"Bagaimanapun, kami akan tetap mencari lokasi yang sesuai dan perkara ini memerlukan kerjasama semua pihak, membolehkan kami terus berniaga," katanya.

Semalam, berlaku kekecohan di tapak bazar Ramadhan Setiawangsa di Jalan Setiawangsa 9 disebabkan peniaga mendapat halangan daripada DBKL untuk membuka gerai atas alsan tiada permit dikeluarkan kepada pihak penganjur.

Bagaimanapun, akhirnya, atas budi bicara pihak DBKL, peniaga dibenarkan membuka gerai di Jalan Setiawangsa 13 semalam dan hari ini sementara sebarang keputusan dibuat pihak tertinggi DBKL melalui perbincangan  yang dijangka berlangsung esok.

~sumber~

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...