Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Monday, July 23, 2012

Belum sedia anjur Sukan Sea 2017

Belum sedia anjur Sukan Sea 2017
Wartawan Sinar Harian
21 Julai 2012
Malaysia belum sedia anjur Sukan Sea 2017
Zolkples
PENGUMUMAN negara selaku tuan rumah Sukan Sea 2017 nyata mengejutkan banyak pihak apabila perkara tersebut masih belum mendapat kelulusan kerajaan mengenai penganjurannya.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong berkata, setiap keputusan yang dibuat perlu mendapat kelulusan apatah lagi penganjuran sukan berskala seperti itu memerlukan dana besar dengan bantuan kerajaan.

"Ia mesti mendapat kelulusan Kabinet kerana tempoh lima tahun bukannya singkat dan masih ada beberapa venue sukan yang perlu penambahbaikan.

"Kita masih tiada velodrom tertutup termasuk pusat sukan di Bukit Jalil yang perlu diperbaiki. Sebab itu ia sepatutnya dibincangkan terlebih dahulu sebelum dimaklumkan kepada umum," katanya.

Beliau yang juga Ahli Lembaga Majlis Olimpik Malaysia berkata, ini akan mendatangkan implikasi kerana negara kekurangan venue sukan, penempatan atlet termasuk acara-acara yang akan dipertandingkan kelak.

"Saya sendiri masih belum lihat bentuk cadangan dan ia juga tidak dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat sebelum ini. Malah pengumuman seperti ini sepatutnya diumumkan sendiri oleh Presiden MOM (Tan Sri Tun Imran Tuanku Jaafar).

"Selain itu, kita juga kekurangan atlet dalam beberapa acara seperti judo dan gusti. Tempoh lima tahun tidak cukup untuk melahirkan mereka," katanya.

Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek memberi bayangan bahawa penganjuran Sukan Sea 2017 di Malaysia mungkin sukar dilaksana kerana melibatkan perbelanjaan tinggi sambil memberi contoh apabila cadangan untuk menjadi tuan rumah Sukan Asia 2019 yang ditolak oleh Kabinet kerana melibatkan kos besar.

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...