Penyala obor Olimpik jadi pertikaian
23 Julai 2012
Identiti individu itu masih dirahsiakan sehingga tiba pada hari perasmian, bagaimanapun Persatuan Olimpik
Britain (BOA) dan London 2012 berharap Pengerusi jawatankuasa penganjur Olimpik London, Sebastian Coe adalah calon paling layak untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Selain Coe, dua atlet Olimpik Britian, Sir Steve Redgrave and Daley Thompson juga antara calon pilihan termasuk Dame Kelly Holmes serta Roger Bannister.
Ketua Eksekutif BOA, Andy Hunt bagaimanapun enggan mendedahkan sama ada individu yang dipilih untuk menyalakan obor itu adalah bekas atlet Olimpik.
"Perkara ini masih dalam perbincangan dan kita akan mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan isu ini. Kita masih dalam peringkat akhir untuk membuat keputusan.
"Semuanya positif dan ia adalah perkara penting. Ia keputusan bersama antara BOA dengan Sukan Paralimpik dan Jawatankuasa Penganjuran Olimpik London (LOCOG),"
katanya yang menafikan berlaku sebarang
percanggahan mengenai perkara tersebut
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..