BlackBerry RM118 hanya 7 Julai
CELCOM Axiata Berhad (Celcom), penyedia telekomunikasi mudah alih pertama di negara ini menawarkan BlackBerry Curve 9320 dengan harga semurah RM118 kepada 200 pelanggan pertama hanya pada 7 Julai ini.
Tawaran sehari itu membabitkan kedai Bluecube di Pavilion Kuala Lumpur, 1Borneo Mall Kota Kinabalu dan The Spring Kuching apabila pelanggan hanya perlu mendaftar pelan RM88 dengan kontrak 12 bulan.
Ketua Pegawai Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, model terbaru itu diperkenalkan Celcom dalam usaha memanfaatkan perkhidmatan BBM, rangkaian media sosial dan sambungan yang baik oleh syarikatnya.
“Penggunaan BlackBerry menepati keupayaan Celcom yang mampu menawarkan liputan meluas dan stabil,” katanya.
jommmm
ReplyDelete